Wednesday, December 31, 2008

Rangka Kursus

Sinopsis Kursus

Kursus ini menyediakan pelajar-pelajar dengan pengetahuan asas mengenai proses kemahiran dan tingkahlaku membuat keputusan dengan bijak dan efisien. Ini termasuk memberi pelajar kefahaman mengenai beberapa pendekatan membuat keputusan berdasarkan model-model pembuatan keputusan yang dipilih.
Aspek-aspek yang mempengaruhi pembuatan keputusan seperti aspek nilai, keperluan dan tujuan serta elemen ketidakpastian juga dibincangkan. Di samping itu, faktor agama dan keagamaan, pengalaman, persekitaran, kognitif, psikologi, etika dan personaliti individu juga diambilkira dalam membuat keputusan.

Objektif Kursus

Adalah diharapkan pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
•Mengetahui dan memahami teori-teori dan model-model menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
•Mengetahui, memahami dan menggunakan kaedah-kaedah dan pendekatan-pendekatan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
•Mengetahui dan memahami faktor-faktor yang mempengaruhi proses membuat keputusan
•Menggunakan kaedah-kaedah dan pendekatan-pendekatan yang dipelajari dalam banyak aspek kehidupan dan berorganisasi.

Kaedah Penilaian

•Tugasan 1 (individu ) 10%
•Tugasan 2 (kumpulan) 30%
•Peperiksaan akhir semester 50%
•Penglibatan & Kehadiran : 10%

Jadual Kuliah

•ISNIN 1400-1500 DK1.FPI
•RABU 1500-1700 OD SISWA

Liputan Kuliah

Kuliah bagi kursus ini akan meliputi topik-topik seperti berikut:
•Pengenalan KMK
•Teori & model membuat keputusan
•Proses kognitif dalam MK
•Fasa kesedaran
•Kebarangkalian dalam MK
•Pencarian masalah
•Fasa analisis
•Penjanaan alternatif
•Pemilihan alternatif & kaedah
•Fasa implementasi
•Psikologi MK
•Perspektif Agama dan isu-isu dalam MK

Pensyarah

Encik A Zamri Mansor
Bilik 17, Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia
Ph: 03-8921 6891
http://zt2263.blogspot.com
SPIN

Masa Rundingan

•Setiap Khamis 10-12 th.
•Rundingan secara maya dijalankan menerusi ruangan ‘Comment’ pada blog kursus http://zt2263.blogspot.com/

Rujukan

Baron, J. (1994). Thinking and deciding. Cambridge University Press: Cambridge (BF 441. B29 1994)

Bazerman, M. H. (1994). Judgment in managerial decision making. John Wiley & Son: New York

Beach, L. R. (1997). The psychology of decision making. London: Sage Publications. (HD 30.23 .B424 n.2)

Jones, M. D. (1998). 14 powerful techniques for problem solving. New York: Three River Press

Kleindorfer, P. L., Kunreuther, H. C., & Schoemaker, P.J.H. (1993). Decision sciences: An integrative perspective. Cambridge University Press: Cambridge (HD 30.23. K46)

Murali Sambasivan & Salleh Yahya (2002). Decision analysis: Study guide. Prentice Hall: Kuala Lumpur (HD 30.23.M87)

Noorderhaven N. (1995). Strategic decision making. Addison-Wesley: Wokingham, England (HD 30.23. N665)

2 comments:

Unknown said...

en zamri.. yang asgnment individu 2 blh x klu sya quote tafsiran pakar dalam english je... or sya still kena translate dlm bm???

Sed Abd said...

salam.. saya nak tanya berkaitan dengan teori Gastalt iaitu berkaitan dengan framing the problem... contohnya dalam kenalpasti permasalahan LCCT LAbu yang dibatalkan, saya perlu mengetahui matlumat yang secukupnya atau bagaimana...adakah semua matlumat dari pelbagai sudut seperti rakyat? kerajaan dan badan swasta itu sendiri perlu saya kenalpasti atau bagaimana ??