Wednesday, February 16, 2011

3 Tugasan 1



Pelajar-pelajar yang sudah hantar Tugasan 1 ialah:


Senarai Lengkap Pelajar Yang Sudah Hantar Tugasan 1

Haniey Beserians A133706 NURFARHANI BINTI MOKHTAR (PPT PERMATA KASIH) 19-Sep

vanice Lim A134780 LIM PUI CHIN - EMOSI KMK‎ - Dear Sir, Good day!! Kindly find the attached document for your kind perusal. Thanks & … 18-Sep

Norsharilla Hamdan A127123 NORSHARILLA BINTI HAMDAN - EMOSI KMK 17-Sep

Kheeshaa Baskaran A134511 KHEESHAA A/P BASKARAN 7-Sep

KhaLiLaH JaMaLuddiN PROPOSAL TUGASAN 2 KUMPULAN INSPIRASI 2-Sep

Accord Admirer Honda (2) NUR FATHEN HANNANI B T AHMAD YAZID (A134538) 31-Aug

hazielah hayu (2) A133696_HAZIELAH BT HAYU 30-Aug

ann lan A132782 ANN BIE LAN 30-Aug

Mirul Goth A127420 . MOHD AMIRUL SHAFIK BIN SHAMSUL. ( tugasan 1 ) 30-Aug

amira zalikha A129213 Amira Zalikha Binti Ahya Almuddin 30-Aug

ann lan PPT SURVIVOR 30-Aug

nur mazwiena nur mazwiena bt tadjolu ros a132571‎ - tuan minta maaf, saya sudah menghantar file pada ari jumaat lepas tetapi saya telah menghantar … 28-Aug

nur ain MARIAH BT CHE SOH (A131309) 27-Aug

Siti Nor Najwa Mohamed R. siti nor najwa A133947‎ - assalamualaikum... tugasan 1 untuk individu 27-Aug

haziyatul najihah hasin FW: A134580-HAZIYATUL NAJIHAH BINTI HASIN‎ - From: haziyatulnajihah@hotmail.com To: tugasan2263@gmail.com Subject: A134580-HAZIYATUL NAJIHAH … 27-Aug

Jabar Alhayyan A131321 MUHAMMAD ALIFF BIN MOHAMAD 27-Aug

Luqmal Hadi A134548 Luqmal Hadi bin Jusoh @ Yusoff‎ - En. Zamri, saya daripada kumpulan Optimis agak musykil untuk menghantar tugasan dalam bentuk … 27-Aug

jovialniza grandiose A129095 NURHANIZA BINTI BASIR HUSSAIN 27-Aug

jovialniza grandiose tugasan 1 A129095 NURHANIZA BINTI BASIR HUSSAIN‎ - KUMPULAN ALTERNATIF 26-Aug

naz rusly A128891 Fatin Nazihah Bt Ahamad Rusly 26-Aug

jovialniza grandiose TUGASAN 1 NURHANIZA BINTI BASIR HUSSAIN 26-Aug

Muhammad Faizal A129158 Mohd Faizal Bin Shaifuldin 26-Aug

Wani Zakaria A133758 HAZWANI BT ZAKARIA 26-Aug

Joe Hassan A128056 Zulfadzli Bin Hassan 26-Aug

Ruben Kummar A134412 RUBEN KUMMAR A/L GNANASEGARAN 26-Aug

vanice Lim (2) A134780 Lim Pui Chin‎ - Dear Sir, Kindly find the attached document for your kind perusal. Thanks & Regards, Lim Pui … 26-Aug

Hanyesa Yahaya SITI HANISAH MURSYIDAH BT YAHAYA (A132009) 26-Aug

nur mazwiena A132571,nur mazwiena bt tadjolu ros 26-Aug

jamie neo A132408 Neo Pei Yee‎ - Selamat sejahtera Tuan, di sini ialah Tugasan 1 saya. Terima Kasih 26-Aug

Niah Sweet A134100 NUR BADANIAH BINTI LEYWAT 26-Aug

Norizzati Hidayah Binti . A127735 NORIZZATI HIDAYAH BINTI MOHAMAD UNI 26-Aug

Nik Siti Munirah Nek Mat. A132430 NIK SITI MUNIRAH BT NEK MAT DIN 26-Aug

Salwa Ismail Tugasan 1 A132899 Salwa Ismail 26-Aug

Nurul Kamilah A133333 kamilah 26-Aug

SITI VAFA A134077 Siti Raihan 26-Aug

Haniey Beserians A133706 NURFARHANI BINTI MOKHTAR 26-Aug

Nina Izzati Tugasan 1:A133942 NINA IZZATI BT ZULKEFLI 26-Aug

elicia tan A 133171 ELICIA TAN YEN MIN 26-Aug

Fatin Afeeqa A133186 FATIN AFEEQA 26-Aug

lyana lyana Tugasan 1; A134270; Lyana binti Rasali 26-Aug

Nurina Nasaruddin A132100 NURINA BINTI NASARUDDIN 26-Aug

Elya Dayana A128992 Elya Dayana binti Tajuddin 26-Aug

nurul ain najwa muhamad A133889 NURUL AIN NAJWA MUHAMAD 26-Aug

Rayzan Ray A130115 SAHREZAN BIN ABDUL SALAM 26-Aug

miera gurl A127282 Amira binti Azmi 26-Aug

Zeera Aziz A133014 Nadzirah Aziz 26-Aug

candy gan chin yee A132837 Candy 26-Aug

Zeera Aziz A133014 NADZIRAH AZIZ 26-Aug

farahimah ali A134456 NUR FARAHIMAH BINTI ALI 26-Aug

Nurfadzilah Fadryin A127907 - NURFADZILAH BT FADRYIN 26-Aug

lok yan jin A133183 LOK YAN JIN 26-Aug

siti zulaika A 134040 SITI ZULAIKA BINTI HARUN 26-Aug

Azura Blueniph Memilih alternatif untuk melanjutkan pendidikan di dalam Negeri atau luar Negeri. A1317... 26-Aug

Nurul Husna A133766 NURUL HUSNA BINTI MOHD YUSOF 26-Aug

hidayat nur A127910 Nur Hidayat bin Rahmat 26-Aug

Maryam Yussoff A131913 MARYAM BINTI MOHAMAD YUSSOFF 26-Aug

KhaLiLaH JaMaLuddiN A134365 KHALILAH BINTI JAMALUDDIN 26-Aug

Nur Wahida Bt Mat Sani W. a128070 nur wahida binti mat sani 26-Aug

air Fun A133711 MUHD IRFAN BUKHARI BIN AHMAD NAZRI 26-Aug

Nurul Huda A127887 SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR 26-Aug

idayu ideris A133256 Idayu Ideris 26-Aug

syaikhah ismail syaikhah. A120054 Syaikhah Ismail 26-Aug

ummu aiman A132525 Ummu Aiman Binti Md Ghazali 26-Aug

Zaini Za A128256 Zaini Binti Abdul Aziz 25-Aug

Jayanthi Murugasan A128962 JAYANTHI MURUGASAN 25-Aug

fahrul razie a121405 RAZMALINDA‎ - Salam Dr Zamri saya Razmalinda Binti Abdul Razak A121405. Ini tugasan 2263 kemahiran Membuat … 25-Aug

Shamila Mila A132544 NOOR SHAMILA JOHARI 25-Aug

Kelvin Tan kian wei A133483 Tan Kian Wei‎ - Note: These attachments will expire in 30.00 days. 1.00 file(s) attached (0.33 MB): View All … 25-Aug

Pei San Ng A133819 Ng Pei San 25-Aug

Ida Jamalludin A133578 NUR HIDAYAH JAMALLUDIN 25-Aug

azah atan A134566 noor azah binti md atan 25-Aug

Diana Nasruddin (2) Noor Diana Binti Nasruddin Tay , A133039 24-Aug

razmalinda razak A 121405 RAZMALINDA BINTI ABDUL RAZAK 24-Aug

Noor Fatihah A134150 NOOR FATIHAH BT ALI‎ - SALAM 24-Aug

Nurul Izzaty A134008 NURUL IZZATY BT. AMINELDIN @ AMINUDIN 24-Aug

Norsharilla Hamdan A127123 NORSHARILLA BINTI HAMDAN‎ - Tugasan 1 - Individu 24-Aug

Izyan hazwani bt shaibun. tugasan1: A12156 izyan hazwani bt shaibun 24-Aug

Nur Faridah Tugasan 1: A 128389 Nur Faridah Bt A.Zabil 24-Aug

Fatin Nur Ezzati Sulaiman A133725 Fatin Nur Ezzati Binti Sulaiman 24-Aug

Jenna Robert ZZZT2263 TUGASAN INDIVIDU 23-Aug

Sahana Goshal tugasan 1: A127291 HEMAVATHY A/P RASINTHIRA 23-Aug

KOKILA VAANI A129659 KOKILAVAANI A/P RAVINDRAN 23-Aug

razmalinda razak A121405 RAZMALINDA BINTI ABDUL RAZAK‎ - Salam Dr. Jika saya tidak menepati kehendak tugasan yang Dr berikan saya berharap agar Dr sudi … 22-Aug

anisah siti A133599 SITI ANISAH BT HJ ABDULLAH SANI 22-Aug

miss dkzl A121379 DK NURADIAH AG TENGAH 22-Aug

fahrul razie SALAM ( razmalinda abdul razak a121405 )‎ - SALAM DR, sy razmalinda abdul razak... a121405, dr... saye dah menyiapkap tugasan individu untuk … 8-Aug



Markah Tugasan 1

Monday, October 18, 2010

Taklimat Peperiksaan 2010sem1

Format Soalan Peperiksaan 2010sem1

Sila klik hyperlink di atas

Markah pembentangan Sesi 2010sem1

HD - 8
Permata kasih - 8
Srikandi - 9
Optimis - 8
BMK - 9
Alternatif - 9.5
Inspirasi - 8
Decisionism - 8.5
ZT2263 - 8
SMS - 8
Survivor - 8
Plato - 9
Rainbow - 8
Teenagers - 8
Prodigy - 9
Tegas - 9
Pecelele - 8
Thinktank - 7.5

Wednesday, September 22, 2010

9 Senarai Pelajar Yang Hantar Tutorial Emosi KMK

hazielah hayu» A133696 Hazielah bt Hayu-Emosi KMK‎ - En.Zamri.sorry sebab lambat hantarSep 21


KOKILA VAANI» A129659 KOKILAVAANI A/P RAVINDRAN emosi kmkSep 21

Azura Blueniph› A131776 Azura-Emosi KMKSep 20

Hemavathy Rajendran» A127291 HEMAVATHY RASINTHIRA EMOSI-KMKSep 20

ummu aiman» A132525 Ummu Aiman Binti Md GhazaliSep 20

jovialniza grandiose» A129095 Nurhaniza Binti Basir Hussain-KMK EmosiSep 20

Noor Fatihah» A134150 NOOR FATIHAH BT ALI-emosi KMK‎ - SALAMSep 20

Izyan hazwani bt shaibun.» A129156 Izyan Hazwani Binti Shaibun -Emosi KMKSep 20

ann lan› A 132782 ANN BIE LAN - Emosi KMKSep 20

KhaLiLaH JaMaLuddiN» A134365 KHALILAH BINTI JAMALUDDIN - EMOSI KMKSep 20

lok yan jin» A133183 LOKYANJIN-Emosi KMKSep 20

Ruben Kummar» A134412 RUBEN KUMMAR GNANASEGARAN - EMOSI KMK‎ - Pengalaman yang telah saya alami adalah pengalaman saya pada tahun 2004. Kelas tingkatan kami, 2 … Sep 19

Pei San Ng (2)» A133819 Ng Pei San - Emosi KMKSep 19

Niah Sweet» A134100 Nur Badaniah binti Leywat-emosi KMKSep 19

siti zulaika (2)» A134040 Siti Zulaika BT Harun-Emosi KMKSep 19

amira zalikha» A129213 Amira Zalikha Binti Ahya Almuddin - Emosi KMKSep 19

Jayanthi Murugasan» A128962 Jayanthi A/P Murugasan-Emosi KMK‎ - Emosi merupakan perasaan kecewa,gembira,marah dan sebagainya yang mampu mempengaruhi sesuatu …Sep 19

Kheeshaa Baskaran» A134511 Kheeshaa a/p Baskaran - Emosi KMK‎ - Pada akhir tahun 2008, saya bersama keluarga saya telah berpindah dari Johor Bahru ke Kuantan … Sep 19

Nurul Husna» A133766 NURUL HUSNA BINTI MOHD YUSOF - Emosi KMKSep 19

nur mazwiena» A132571 NUR MAZWIENA BT TADJOLU ROS EMOSI KMKSep 19

Fatin Afeeqa» A133186 Fatin Afeeqa Mohd Ropi - Emosi KMKSep 19

candy gan chin yee» A132837 Candy Gan Chin Yee - Emosi KMKSep 18

Shamila Mila› A132544 NOOR SHAMILA BINTI JOHARI -Emosi KMKSep 18

jamie neo» A132408 Neo Pei Yee- Emosi KMK'‎ - Kisah di mana saya membuat keputusan semasa dipengaruhi dengan emosi ialah sewaktu saya di … Sep 18

Nur Faridah» A128389 Nur Faridah Binti A.Zabil - Emosi KMKSep 18

nurul ain najwa muhamad» A133889 NURUL AIN NAJWA MUHAMAD-Emosi KMKSep 14

Maryam Yussoff» A131913 Maryam Binti Mohamad Yussoff - Emosi KMK‎ - Peristiwa ini berlaku ketika keputusan Sijil Pelajaran Malaysia sesi 2007/2008 telah diumumkan … Sep 8

Maryam Yussoff» A131913 Maryam Binti Mohamad Yussoff - Emosi KMKSep 7

haziyatul najihah has. (2)» A134580-HAZIYATUL NAJIHAH BINTI HASIN-EMOSI KMK‎ - Tugasan tutorial pada kali ini ialah menceritakan tentang pembutan keputusan yang dipengaruhi … Sep 6

Wednesday, September 1, 2010

Tajuk 06 Emosi dan Pembuatan Keputusan (Slaid dan Audio)

Berikut ialah sesi pembelajaran gantian untuk mereka yang tidak dapat menghadiri sesi tutorial dan kuliah pada 6 dan 7 September 2010.

Sila dengar rakaman kuliah (Filefactory.com) dan pada yang sama 'play' slaid kuliah (Google PPT). Setelah mendengar rakaman kuliah, sila buat tugasan tutorial berikut dan post ke e-mail pensyarah2263@gmail.com. Pada subjek e-mail taip 'Matrik nama - Emosi KMK', contohnya 'A123456 Aina Badariah Che Din - Emosi KMK'

Soalan untuk tugasan tutorial ini ialah tuliskan satu esei pendek yang menceritakan kisah di mana keputusan anda dipengaruhi oleh emosi. Kaitkan apa yang anda alami dengan konsep 'Misatribution' atau 'Transfer of excitation' atau kedua-duanya sekali. Esei anda itu hendaklah di antara 500 hingga 600 perkataan, perlu dihantar sebelum 20 September 2010.





Monday, August 30, 2010

Fw: Kes Admirel Kimmel-Jawapan Kumpulan Decisionism



----- Forwarded Message ----
From: Nurfadzilah Fadryin <teta_fadz89@yahoo.com>
To: ayahlong_azm.tutorial_kmk@blogger.com.my
Cc: pensyarah2263@gmail.com
Sent: Tue, August 17, 2010 7:20:14 PM
Subject: Kes Admirel Kimmel-Jawapan Kumpulan Decisionism

NURFADZILAH BT FADRYIN
A127907
Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?
Pada pendapat saya,Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikiran positif walaupun pada hakikatnya mereka sepatutnya berfikir diluar kotak. Mereka terlalu yakin dengan idea atau pendapat mereka sehingga terlepas pandang realiti keadaan yang berlaku. Ini juga salah satu dari sifat rasional yang mana Laksamana Kimmel mengetahui semua alternatif yang mereka dan juga mengetahui buruk baik alternatif tersebut. Selain itu Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir dalam kekurangan maklumat yang diperlukan. Sekiranya pengurus kekurangan maklumat ini menyebabkan susah untuk mengenalpasti semua penyelesaian alternatif dan juga gagal meniliti kesemua alternatif yang berpotensi untuk dilaksanakan.
Laksamana dan penolong-penolongnya banyak mengikut heuristika iaitu pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul. Mereka juga banyak mengguna heuristika analogi iaitu penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur. Buktinya mereka mereka tetap tidak bertindak untuk bersiap sedia dengan peperangan kerana pada mereka amaran-amaran yang diterima masih belum meyakinkan bahawa Jepun akan menyerang Pearl Harbour.
Bias adalah antara perkara yang menyebabkan mereka tidakdapat membuat keputusan dengan tepat. Terdapat dua jenis bias dalam proses pembuatan keputusan mereka, yang pertama ialah Selectively Perception Bias yang mana keputusan yang mereka buat hanya dipengaruhi oleh sesuatu maklumat.Buktinya, Kimmel hanya benar-benar yakin bahawa jepun akan menyerang sebaik menerima arahan supaya melaksanakan langkah-langkah pertahan yang berpatutan sebagai persediaan untuk melancarkan rancangan perang laut. Jenis Bias kedua ialah Personal Experience Bias iaitupembuatan keputusan kuat sangant dipengaruhi oleh pengalaman seseorang itu.Dalam kes ini Kimmel yakin bahawa Jepun tidak mungkin menyerang Pearl Harbour,kerana berpendapat kebanyakaan dari kekuatan Jepun tertumpu di Asia.

 2. Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan ?
Proses pembuatan keputusan sering sahaja tidak terlepas dari halangan –halangan yang menyukarkan kita untuk membuat keputusan yang tepat.Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya juga tidak terlepas daripada halangan-halangan tersebut.Halangan mereka pertama tekanan tugas yang harus dilaksanakan untuk memastikan penghantaran bekalan kepada pengkalanp-pengkalan Amerika di Timur Jauh berjalan lancar membuatkan mereka tidak begitu peka terhadap tanda-tanda atau amaran yang diberikan pihak jepun.Halangan kedua adalah mereka tidak bersedia untuk menghadapi peperangan yang besar memandangkan kos yang tinggi akan dialami untuk menghadapi peperangan sebegitu. Ini membuatkan mereka bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan perang dan merasakan masih punya masa yang panjang.
Halangan ketiga ialah mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut ke atas Amerika. Halangan keempat ialah Laksamana Kimmel tidak mendapat maklumat yang lengkap dan jelas mengenai petanda yang diberikan. Ini kerana Pearl Harbour tidak disebut  dengan jelas dan khusus, sedangkan tempat-tempat lain seperti Filipina, Malaya dan tempat-tempat lain yang terpencil disebut dengan khusus. Kimmel telah menerima penafian bahawa kekaburan mengenai kedudukan Pearl Harbour dalam amaran –amaran bererti ia tidak dianggap sebagai satu amaran, walaupun amaran yang diterima menunjukkan sebaliknya. Halangan ialah sikap jumud dalam gaya pemikiran Kimmel sendri. Kimmel mudah menyetujui pendapat penolong-penolongnya yang membuat kesimpulan bahawa tiada sebarang kemungkinan Pearl Harbour  akan diserang mengejut.
Halangan yang kelima ialah Kimmel mengandaikan bahawa kesemua unit tentera darat di Hawaii telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepenuhnya dengan unit-unit Meriam Penangficia kapal terbang dan radar berada dalam keadaan bersiap sedia. Disini Kimmel telah menunjukan sikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan mereka tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil. Halangan kelima ialah mereka tidakdapat memecahkan kod satu maklumat rahsia yang dihantar oleh Jepun yang mengandungi maklumat bahawa serangan mengejut akan dilakukan ke atas Pearl Harbour dalam masa terdekat ketika itu. Kod itu hanya berjaya dipecahkan empat hari sebelum serangan dilakukan. Bagaimanapun Kimmel sekali lagi tidak mengendahkan maklumat itu kerana yakin dengan pendapat penolongnya yang mengatakan bahawa kekuatan Jepun tertumpu di Asia dan serangan ke atas Pearl Harbour tidak mungkin dilakukan dalam masa terdekat.Sayangnya,pada keesokan harinya Pearl Habour telah diserang Jepun.

NIK SITI MUNIRAH BT NEK MAT DIN
A132430
 1) Pada pendapat saya, pada awalnya Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnye berfikir secara bersama untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menghadapi peperangan dengan Jepun.Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya sedar akan risiko yang mareka hadapi sekiranya mereka tidak bersiap sedia menghadapi peperangan dengan Jepun.Oleh itu, Laksaman Kimmel telah menggunakan heuristika jalan-jawapan iaitu satu kaedah berfikir ke arah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudian barulah cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya.Mereka bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rnacangan perang dan merasakan masih mempunyai banyak masa untuk melaksanaknanya.Namun begitu, mereka tidak berfikir panjang dan rasional apabila semakin banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour(Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut.Walaupun mereka mengetahui bahawa mereka dan bahagian-bahagian lain daripada angkatan tentera Amerika Syarikat tidak bersedia untuk menghadapi peperangan, mereka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas.Dalam membuat keputusan, emosi juga memainkan peranan dan akan memberi kesan terhadap keputusan yang akan dibuat.Laksamana Kimmel dibuai emosi dan tampil meminta jaminan tentang pendiriannya daripada penolong-penolongnya. Maka, mereka memegang rasional-rasionalnya dan mengenepikan amaran-amaran yang diterima. Selain itu, personaliti juga akan memberi kesan kepada keputusan yang akan dibuat.Sikap jumud Laksaman Kimmel menyebabkan beliau telah menyetujui pendapat yang diutarakan oleh penolong-penolongnya dan telah membuat kesimpulan bahawa tidak wujud sebarang kemungkinan serangan mengejut ke atas Pearl Harbour.Kesimpulannye, cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnye berfikir bergantung atas keadaan persekitaran, emosi, dan personaliti. 


SITI HANISAH MURSYIDAH BT YAHAYA
A132009
SOALAN 1
Pada pendapat saya, terdapat beberapa kelemahan dalam cara-cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir dan membuat keputusan. Mereke tidak menggunakan sumber maklumat yang diperolehi secara optimum dalam membuat keputusan. Walaupun mereka mengetahui bahawa Pearl Harbour (Hawaii) mungkin akan diserang, namun mereka tidak mengambil berat tentang ancaman itu. Petanda-petanda yang telah ditunjukkan tidak mempengaruhi keputusan yang telah dibuat oleh Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya. Hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa mereka membuat keputusan tanpa mengambil kira semua maklumat yang ada. Malah, mereka juga tidak mengutamakan perkara yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Ini dapat dilihat apabila mereka memilih untuk menggunakan sumber yang ada pada mereka sahaja untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar baru serta menghantar bekalan kepada pengkalan-pengkalan yang hampir dengan Jepun. Mereka sepatutnya mengutamakan kewujudkan satu sistem amaran dalam mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan musuh. Selain itu, Laksamana Kimmel juga terlalu yakin dengan keputusan yang dibuat tanpa mengambil kira risiko-risiko atau kemungkinan yang akan berlaku. Beliau tidak memandang serius ancaman yang diberikan terhadap serangan ke atas Pearl Harbour kerana beliau menafikan Pearl Harbour sebagai sasaran pihak Jepun. Beliau memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan lalu sudah memadai untuk menghadapi kemungkinan serangan musuh. Kelemahan kepimpinan dan komunikasi beliau dapat dilihat apabila beliau  terlambat untuk menyedari bahawa pihak tentera darat juga hanya berada pada tahap berjaga-jaga yang terhad. Hal ini menyebabkan pihak jepun menyerang Pearl Harbour dengan mudah. Kegagalan dan kelemahan Laksamana Kimmel berfikir dan membuat keputusan menyebabkan banyak akibat buruk yang berlaku dalam peristiwa Pearl Harbour.


Noor Diana Bt Nasruddin Tay
A133039

Soalan 1
            Daripada petikan tersebut, saya telah membuat kesimpulan bahawa Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya adalah seorang yang tidak professional dalam menjalankan tanggungjawab terhadap jawatan beliau sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat. Pada pendapat saya, Laksaman Kimmel dan penolong-penolongnya sentiasa mengambil mudah akan sesuatu perkara sehingga membawa keburukan dan kemusnahan kepada negara sendiri. Contohnya, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal iaitu mereka bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan peperangan dan merasakan masih mempunyai masa untuk melaksanakannya. Mereka juga mengetepikan setiap amaran baru. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya juga suka membuat andaian sendiri yang tidak berasaskan kepada fakta atau maklumat yang benar. Mereka berfikir pihak Jepun tidak akan menyerang mana-mana kawasan Amerika Syarikat, walaupun ada kemungkinan Jepun akan menyerang, serangan itu tidak mungkin dilakukan ke atas Pearl Harbour. Mereka dengan yakinnya tidak mahu mengubah perancangan mereka. Walaupun Kimmel kerap membincangkan mengenai setiap amaran peperangan yang diterima dengan penolong-penolongnya, namun beliau tetap mengetepikan amaran-amaran tersebut. Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai sikap sambil lewa dan tidak mahu cuba untuk selesaikan masalah. Contohnya, Kimmel telah menerima maklumat yang jelas mengenai amaran perang daripada ketua operasi tentera laut di Washington. Amaran ini telah menimbulkan keresahan beliau namun tidak pula menggerakkan beliau untuk mengambil langkah-langkah pertahanan yang baru. Selain itu, Laksamna Kimmel juga mudah terpengaruh dengan kata-kata penolong-penolongnya dan beliau tidak mempunyai pendirian yang tetap untuk membuat keputusan. Amaran-amaran yang begitu banyak telah diterima oleh Kimmel telah menimbulkan kebimbangan beliau kepada penolong-penolongnya. Walaubagaimanapun, salah seorang daripada penolongnya telah meyakinkan beliau bahawa pihak Jepun tidak akan mampu untuk menyerang Pearl Harbour kerana kebanyakkan daripada kekuatannya terikat di Asia. Laksamana Kimmel juga menunjukkan sikap cepat berpuas hati. Oleh sebab Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kepada bahaya , beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan adalah memadai.
Soalan 2
            Halangan-halangan yang wujud semasa Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya membuat keputusan ada dari segi rasionalism. Mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang semua alternatif yang mungkin berlaku. Mereka tidak mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai kepentingan daripada setiap satu alternatif. Selain itu, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai sikap kepuasan hati. Kimmel memilih alternatif yang pertama untuk memuaskan cirri-ciri keputusan yang dibuat. Mereka mudah berpuas hati kerana faktor mereka tidak mempunyai masa, maklumat atau kebolehan untuk menanggani kerumitan dengan proses yang rasional. Heuristika representatif juga merupakan kesilapan dan bias yang bersistematik. Mereka yakin bahawa pihak Jepun tidak akan memyerang kawasan Amerika Syarikat kerana kekuatannya diikat di Asia lalu mereka menganggap kawasan Pearl Harbour akan selamat daripada diserang. Disamping itu, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai persepsi yang baik terhadap pihak Jepun. Persepsi bergantung pada tempat, masa, sikap, motivasi dan sebagainya. Dalam proses membuat keputusan, jika persepsi betul dan tepat, pemahaman mengenai masalah akan jadi betul dan ini akan membantu pembuatan keputusan yang tepat. Berbanding dengan cara Laksamana Kimmel membuat keputusan, awal-awal lagi mereka telah menunjukkan persepsi dan andaian yang tidak tepat terhadap pihak Jepun. Mereka mengenepikan amaran-amaran serangan yang diterima dan tidak cuba untuk merancang strategi baru malah mengekalkan perancangan yang sedia ada tanpa apa-apa perubahan untuk menyelamatkan Pearl Harbour.

NAMA PELAJAR : SITI ANISAH BINTI HAJI ABDULLAH SANI
NO MATRIK : A133599
KES ADMIRAL KIMMEL DI PEARL HARBOUR

1)Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?
 Pada pendapat saya, setelah membaca keseluruhan petikan, jelas dapat disimpulkan di sini bahawa cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir adalah sangat tidak profesional sebagai seorang yang memegang jawatan tinggi dan bertanggungjawab menjaga keamanan dan kenteraman rakyat Amerika Syarikat di Kepulauan Pasifik. Pembuatan keputusan sepatutnya merupakan sesuatu tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan untuk mencapai hasil yang diharapkan.
 Cara pemikiran Kimmel dan penolong-penolongnya pada mulanya bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan perang dan merasakan masih terdapat banyak masa untuk melaksanakannya. Namun, apabila tanda-tanda peperangan semakin jelas, sikap dan kelakuan mereka mula berbeza. Mereka tetap berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada awal dan mengenepikan setiap amaran baru tanpa memikirkan impak yang akan berlaku kepada seluruh warga Amerika Syarikat di Kepulauan Pasifik sekiranya mereka diserang.
  Sebagai seorang Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat, dalam membuat keputusan, Kimmel memerlukan penelitian dan pengetahuan yang mendalam. Jenis keputusan bergantung kepada jenis masalah dan sesuatu keputusan yang baik itu perlulah berdasarkan pengalaman, kecekapan, ketepatan maklumat dan analisa yang betul. Kimmel seharusnya mengambil setiap amaran mengenai peperangan tersebut sebagai satu petanda dan berbincang dengan segera dengan penolong-penolongnnya untuk merancang strategi dan menguatkan lagi pasukan pertahanan mereka dan bukanlah menganggap amaran peperangan itu sesuatu benda yang remeh temeh seperti yang mereka lakukan pada masa itu.
 Disini juga dapat kita nyatakan bahawa cara Kimmel berfikir adalah bersifat bias iaitu kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan inilah yang mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Bias inilah yang membuatkan Kimmel terlalu yakin kepada diri sendiri dalam melakukan keputusan yang terbaik dan hanya menerima dan dipengaruhi semua pendapat daripada penolong-penolongnnya tanpa melihat dari sudut yang berbeza. Kesan daripada penyerangan oleh Jepun ke atas Pearl Harbour pada 7 Disember 1941, tiada tanda-tanda amaran awal dikeluarkan sehinggalah penyerangan berlaku. Sebanyak 18 kapal perang, 170 pesawat terbang dan 3700 nyawa telah terkorban.


2) Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?
 Terdapat pelbagai halangan yang wujud sebelum dan selepas sesuatu keputusan itu dibuat dan kebanyakan daripada halangan-halangan ini berpunca daripada sikap dan cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya membuat keputusan itu sendiri. Antara halangan yang wujud adalah sebagai contoh apabila sikap dan kelakuan mereka mula berbeza. Mereka masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour mugkin akan menjadi sasaran serangan mengejut. Usaha dalam mewujudkan satu sistem amaran yang akan memberi keutamaan kepada mereka dalam mempertahankan kawasan autoriti mereka tidak diberi perhatian malah diabaikan.
 Pihak jepun pada fikiran mereka tidak akan menyerang mana-mana kawasan Amerika Syarikat. Kimmel juga sering kali dibuai emosi dan hanya meminta dan terus menerima pakai semua jaminan dan pendirian penolong-penolongnya. Sikap ini mengukuhkan lagi keputusannya untuk mengenepikan amaran-amaran yang diterima. Justeru, dalam membuat keputusan, kita perlulah berupaya mengenalpasti keserupaan dan kelainan, membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan simptom masalah, memecahkan masalah kepada komponen-komponen yang lebih kecil dan mengenalpasti masalah mengikut prioiriti. Keputusan yang diambil Kimmel sangat dipengaruhi oleh penolong-penolongnya.
 Selain itu, ancaman yang diterima sepatutnya sudah mencukupi untuk menyedarkan Kimmel akan bahaya yang mungkin mereka hadapi namun perbincangan mereka hanya terhad kepada realiti perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran ini. Sekali lagi dapat kita saksikan kecenderungan Kimmel dalam bersikap bias yang jelas terbit daripada heuristika representatif dan heuristika ketercapaian. Beliau menggunakan keputusan yang sama dari awal hingga akhir (anchoring bias) iaitu mengandaikan bahawa Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbour dan seterusnya amat yakin dengan keupayaan diri untuk membuat keputusan yang terbaik (overconfidence bias).
 Halangan seterusnya adalah cara pemikiran Kimmel sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat boleh dikatakan sangat sempit kerana beliau tidak memikirkan sesuatu perkara itu jauh kehadapan. Oleh sebab Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kepada bahaya, beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu sudah memadai. Ini jelas menunjukkan keputusan yang dibuat adalah salah kerana alternatif yang ada tidak dilakukan, gagal untuk mengenalpasti risiko yang ada pada keputusan yang dipilh, maklumat yang ada tidak didalami dan juga gagal untuk melakukan rancangan yang ada.



2) Sewaktu Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya membuat keputusan, mereka menghadapi halangan seperti 'bias' iaitu kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu.Kecenderungan ini mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Apabila Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kepada bahaya, jadi langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan adalah memadai.Beliau juga mengambil sikap lepas tangan terhadap kesemua unit tentera darat di Hawaii. Mereka juga mengahadapi masalah dalam membuat keputusan kerana tidak mempunyai cukup informasi melalui kod-kod rahsia yang dimusnahkan oleh pihak Jepun sebagai langkah berjaga-jaga. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya langsung tidak ada usaha untuk mendapat penjelasan daripada Washington mengenai bagaimana bahagian perisikan menafsirkan maklumat itu. Mereka juga terlalu optimis dengan keputusan yang mereka lakukan pada awalnya kerana pada persepsi mereka Pearl Harbour tidak mungkin menjadi sasaran serangan walaupun banyak amaran-amaran yang diberi. Emosi juga memainkan peranan dalam membuat keputusan. Apabila emosi terganggu, rasionalisasi dalam membuat keputusan akan berkurangan. Contohnya sewaktu Kimmel menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan kapal-kapal perang Amerika Syarikat di Pearl HArbour memandangkan pihak Jepun sedang membuat persediaan untuk menyerang. Oleh sebab emosi yang terganggu, Kimmel telah dipengaruhi oleh penolong-penolongnya yang meyakinkan beliau bahawa pihak Jepun tidak akan mampu untuk menyerang Pearl Harbour kerana kebanyakan daripada  kekuatannya terikat di Asia. Maka, halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan telah menyebabkan Pearl Harbour diserang oleh Jepun.
sekian

Monday, August 23, 2010

PPT zt2263

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

ZT2263

KUMPULAN : ZT2263

NAMA AHLI KUMPULAN:           Nurul Kamilah bt. Daud

                                                            Nadzirah bt. Aziz

                                                            Nurina bt. Nasaruddin

                                                            Salwa bt. Ismail

                                                            Lyana bt. Rasali





KES ADMIRAL KIMMEL DI PEARL HARBOUR



Persoalan 1: Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?



Laksamana Kimmel, Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat telah membuat keputusan dalam situasi yang rumit. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai objektif yang besar iaitu untuk mempertahankan Amerika Syarikat daripada diperang oleh Jepun. Pada pendapat kami, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya tidak berfikir menggunakan cara yang rasional. Hal ini demikian kerana seseorang yang berfikir secara rasional akan mengenalpasti masalah, mewujudkan penyelesaian, mengenalpasti keputusan dan memilih penyelesaian yg terbaik. Namun , mereka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas  walaupun mereka mengetahui bahawa mereka dan bahagian-bahagian lain daripada angkatan tentera Amerika Syarikat tidak bersedia untuk menghadapi peperangan.



Memandangkan beliau tidak mengikut prosedur yang rasional, Herbert Simon, 'a decision theorist' telah mencadangkan keputusan yang dibuat berpandukan pemprosesan maklumat yang terhad. Hal ini dapat dilihat apabila ancaman yakin dinyatakan melalui amaran-amaran ini sepatutnya sudah mencukupi untuk mendorong Kimmel berbincang dengan penolong-penolongnya tentang langkah-langkah yang perlu diambil. Tetapi perbincangan mereka hanya terhad kepada realiti perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran ini. Keputusan ini dapat dilihat melalui kecenderungan untuk mencapai kebolehan untuk mengurus berbanding jumlah informasi yang optimum. Keduanya adalah menggunakan jalan pintas. Ini dapat dibuktikan apabila Kimmel mengangap bahawa Pearl Habour tidak terdedah kepada bahaya, beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu adalah memadai. Pada waktu yang sama, beliau mengandaikan bahawa kesemua unit tentera darat di Hawaii telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepenuhnya dengan unit-unit Meriam Penangficia kapal terbang dan radar berada dalam keadaan bersiap sedia. Di sini, beliau telah menunjukkan juga sikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan mereka tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil. Jika jalan pintas ini dipengaruhi oleh pengalaman yang lepas, mereka akan dapat membantu pembuat keputusan untuk membuat keputusan mengenalpasti masalah yang dihadapi ketika itu. Seterusnya, mereka berfikir menggunakan cara 'satisficing'. Hal ini demikian kerana mereka tidak mempunyai masa, maklumat yang tepat dan kebolehan untuk menguruskan kesukaran dengan proses yang rasional. Selain itu, mereka telah membuat keputusan yang hanya mencapai tahap paling minimum yang pada pandangan mereka sudah cukup bagus. Mereka bersikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil. Akibatnya, apabila keadaan sudah terlambat barulah Kimmel mendapati bahawa pihak tentera darat juga hanya berada pada tahap langkah berjaga-jaga yang terhad dan usaha mereka hanya tertumpu kepada mempertahankan kemudahan-kemudahan ketenteraan dan menghadapi kemungkinan sabotaj daripada kalangan penduduk tempatan.

Berdasarkan persoalan diatas, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya juga menggunakan Model Pentadbiran. Hal ini kerana mereka membuat keputusan dalam situasi yang rumit yang berpandukan oleh keputusan yang tidak dirancang, ketidaktepatan dan 'ambiguity'. Oleh itu, mereka tidak menggunakan prosedur yang rasional dan alternatif yang dibuat adalah terhad dalam membuat keputusan.































Persoalan 2 : Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?



Laksamana Admirel Kimmel merupakan Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat yang bertugas di Pearl Harbour. Pada suatu ketika, hubungan antara Amerika dan Jepun semakin meruncing dan Jepun menghantar beberapa amaran yang jelas untuk menyerang Pearl Harbour. Kimmel mengambil keputusan yang rasional untuk memastikan angkatan tentera bersiap sedia untuk menghadapi perkara tersebut. Tiada halangan yang timbul pada peringkat awal kerana pihak Amerika Syarikat di Pearl Harbor bersiap sedia berpandukan tanda-tanda amaran yang diberi oleh pihak Jepun. Namun begitu, mereka masih meneruskan rancangan awal untuk mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan Jepun. Walaupun tanda-tanda amaran serangan daripada pihak Jepun semakin jelas berdasarkan keyakinan yang tinggi dalam diri Kimmel bahawasanya pihak Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbour. Perasaan yakin yang begitu tinggi ditambah dengan 'bounded rationality' yang menjadi sandaran Kimmel dan penolong-penolongnya menyebabkan mereka berdiam diri daripada persiapan yang lebih teliti dan rapi. Kimmel tidak membuat keputusan yang rasional kerana terikat denagn maklumat yang terhad oleh sekutunya yang lain walaupun seringkali bermesyuarat dengan penolong-penolongnya. Kimmel menghadapi keadaan 'bounded rationality' kerana terikat dengan faktor persekitaran iaitu keadaan Pearl Harbour yang diyakininya kuat dan sesekali tidak akan diserang oleh pihak lain. Selain itu, faktor kekaburan atau 'ambiguity' juga menjadi halangan dalam proses pemikiran Kimmel dimana amaran yang diterima tidak disebut secara khusus bahawa Pearl Harbour akan diserang berbanding tempat-tempat lain yang dinyatakan secara khusus kedudukannya. Sebagai contoh, Filipina dan Guam dinyatakan secara khusus yang akan menjadi daerah serangan tentera Jepun. Oleh sebab faktor 'ambiguity' tesebut, sekali lagi Kimmel mengambil keputusan untuk tidak membuat persiapan yang lebih terperinci untuk menghadapi perang ataupun untuk membuat serangan balas ke atas pihak Jepun dan merasakan bahawa langkah berjaga-jaga yang diamalkan beberapa bulan yang lalu sudah memadai untuk menghadapi apa jua keadaan selepas ini.  Tambahan lagi, kapasiti terhad yang ada pada minda manusia juga menjadi halangan. Walaupun terdapat beberapa amaran yang ditujukan  di Pearl Harbour, Kimmel mengambil sikap berdiam diri dan tidak bertanya lebih lanjut mengenai keperincian setiap rancangan untuk menghadapi sebarang serangan daripada tentera darat dan hanya mengandaikan bahawa semuanya berada dalam keadaan bersiap sedia tanpa mengetahui bahawa pihak darat hanya bersiap sedia pada langkah berjaga-jaga yang terhad. Keadaan seperti ini bolehlah dikatakan seperti membuat keputusan berbentuk pentadbiran dimana terdapat ciri-ciri yang mampu menghalang minda beliau untuk membuat keputusan yang baik. Selain itu, amaran-amaran yang tidak jelas bentuknya menjadi halangan kepada Kimmel untuk membuat keputusan secara rasional yang memaksa beliau untuk menggunakan jalan singkat untuk mencari penyelesaian. Kaedah 'satisficing' juga digunakan untuk menyedapkan hati bahawasanya Pearl Harbour tidak akan menjadi titik serangan pihak Jepun. Ini kerana kod-kod yang telah berjaya dipecahkan oleh ahli-ahli kriptograf yang menunjukkan bahawa Jepun akan menyerang namun Kimmel mengambil kaedah satisficing iaitu menganggap bahawa kod-kod itu menunjukkan langkah berjaga-jaga pihak Jepun bukan sebagai persediaan untuk berperang. Keadaan sudah terlambat untuk beliau menukar keputusan apabila tanda-tanda amaran sudah menjadi sangat jelas. Namun begitu, Kimmel dan penolong-penolongnya masih menggunakan pendekatan jalan pintas dan juga 'satisficing' dalam  keputusan mereka dengan tidak mengendahkan sebarang amaran dan yakin dengan langkah berjaga-jaga yang terhad dan kekuatan yang ada pada Pearl Harbour. Pelbagai halangan yang dihadapi itulah yang menyebabkan Pearl Harbour diserang oleh tentera Jepun pada 7 Disember 1941.


























Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan SURVIVOR

Soalan 1
Kami beranggapan bahawa Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya bersikap "Judging". Beliau berpegang teguh pada rancangannya dan tidak mengendahkan amaran-amaran mengenai kemungkinan berlakunya peperangan. Beliau kemudian membuat perancangan yang hanya mengutamakan program latihan untuk menyediakan anggota-anggota penting yang dapat menyempurnakan tugas-tugas mereka dan dapat memastikan agar penghantaran bekalan kepada pengkalan-pengkalan Amerika di Timur Jauh berjalan dengan licin.
Beliau juga menunjukkan sikap bias. Beliau mempunyai kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan ini mengganggu keupayaannya untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Sebagai contoh, Kimmel kerap membincangkan mengenai setiap amaran peperangan yang diterimanya dengan penolong-penolongnya. Tetapi, adakalanya beliau dibuai emosi tampil meminta jaminan tentang pendirian penolong-penolongnya. Beliau bersama-sama dengan penolong-penolongnya memegang rasional-rasional mereka. Oleh itu, sikap ini mengukuhkan lagi keputusannya untuk mengenepikan amaran-amaran yang diterimanya. Umpamanya, pada 27 November, 1941. Kimmel talah menerima maklumat yang jelas mengenai amaran perang daripada ketua operasi tentera laut di Washington. Amaran ini telah menimbulkan keresahannya, tetapi tidak pula menggerakkan beliau untuk mengambil langkah-langkah pertahanan yang baru.


Beliau juga menunjukkan sikap bias. Beliau mempunyai kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan ini mengganggu keupayaannya untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Sebagai contoh, Kimmel kerap membincangkan mengenai setiap amaran peperangan yang diterimanya dengan penolong-penolongnya. Tetapi, adakalanya beliau dibuai emosi tampil meminta jaminan tentang pendirian penolong-penolongnya. Beliau bersama-sama dengan penolong-penolongnya memegang rasional-rasional mereka. Oleh itu, sikap ini mengukuhkan lagi keputusannya untuk mengenepikan amaran-amaran yang diterimanya. Umpamanya, pada 27 November, 1941. Kimmel talah menerima maklumat yang jelas mengenai amaran perang daripada ketua operasi tentera laut di Washington. Amaran ini telah menimbulkan keresahannya, tetapi tidak pula menggerakkan beliau untuk mengambil langkah-langkah pertahanan yang baru.


Soalan 2
Halangan-halangan yang dihadapi oleh Laksamana Kimmel semasa membuat keputusan ialah sikapnya yang tidak bertanggungjawab. Beliau tidak mengendahkan amaran-amaran mengenai kemungkinan berlakunya peperangan. Beliau membuat perancangan yang mengutamakan program latihan untuk menyediakan anggota-anggota penting yang dapat menyempurnakan tugas-tugas mereka. Beliau juga memastikan agar penghantaran bekalan kepada pengkalan-pengkalan Amerika di Timur Jauh berjalan dengan licin. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya sedar akan risiko-risiko yang bakal mereka hadapi sekiranya mereka tidak bersiap sedia rnenghadapi peperangan dengan Jepun. Kos yang amat tinggi akan dialami untuk menghadapi peperangan yang sebegitu. Mereka bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan perang dan merasakan mereka masih mempunyai banyak masa untuk melaksanakannya.
                Walaupun tanda- tanda menjadi semakin jelas, sikap dan kelakuan mereka masih tidak berubah. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru. Mereka tidak mempedulikan petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang keras kepala dan tidak menganjak daripada keputusan yang telah dibuatnya.

Halangan seterusnya yang dihadapi merupakan penolong-penolongnya. Ancaman yang dinyatakan melalui amaran-amaran ini sepatutnya mencukupi untuk mendorong Kimmel berbincang dengan penolong-penolongnya tentang langkah-langkah yang perlu diambil. Tetapi, dalam perbincangan mereka penolong-penolong Kimmel menyatakan bahawa Hawaii atau Pearl Harbour tidak dinyatakan dengan khusus, sedangkan tempat-tempat lain seperti Filipina, Malaya serta tempat-tempat yang terpencil disebut secara khusus. Kimmel telah menerima penafian bahawa kekaburan mengenai keduduken Pearl Harbour dalam amaran-amaran bererti ia tidak dianggap sebagai satu amaran, walaupun amaran yang diterima menunjukkan sebaliknya. Hal ini membuktikan contoh kes "Bounded Rationality" di mana beliau dipengaruhi oleh pendapat penolong-penolongnya yang menafikan amaran serangan daripada pihak Jepun ke atas Pearl Harbour.

tutorial kemahiran membuat keputusan..

1.Pada pendapat saya,tentang cara Laksamana kimmel dan penolong-penolongnya berfikir a adalah tidak rasional kerana keputusan yang diambil oleh mereka adalah tidak berpadanan dengan keadaan yang akan mereka hadapi.Contoh ini dapat dilihat apabila laksamana kimmel tetap berpegang teguh dengan dasar yang mereka rumuskan dan mengenepikan setiap amaran baru,Sepatutnya laksamana kimmel berfikir  secara rasional dengan mengambil tindakan bagi setiap amaran baru yang keluar kerana dia akan membuat keputusan dalam situasi rumit. Seorang yang berfikiran rasional akn membuat keputusan dengan baik kerana dia mempunyai kecenderungan terhadap fikirannya manakala dia juga boleh mengira kebaikan bg setiap keputusan yang di ambil olehnya.Dan ini amat berbeza gengan sikap laksamana kimmel.                                                   Selain itu,cara laksamana kimmel berfikir adalah kolot kerana  menggunakan jalan pintas dalam membuat keputusan dalam situasi rumit yamg memerlukan penelitian dalam membuat keputusan.Sepatutnya dia tidak menggunakan jalan pintas kerana setiap jalan pintas yang di ambil mempunyai risiko yang tersendiri bahkan dia mempunyai masa untuk membuat keputusan.situasi ini dapat di lihat apabila laksamana kimmel masaih memberi cuti kepada anggota tentera lautdi Pearl Harbour(Hawai) dan banyak kapal perang marmanda pasifik yang dibenarkan berhenti di situ dan ia akan memudahkan sasaran di serang. Di samping itu juga ,laksamana kimmel menggunakan tahap pemikiran yang rendah kerana dia membuat andaiannya sendiri yang langkah berjaga yang dilakukan sebelum ni sudah mencukupi.Selain itu juga dia membuat andaian yang Pearl Harbour tidak akan diserang.Tindakan yang diambilnya  tidak menunjukkan sikap seorang laksamana yang berpengalaman dalam membuat keputusan.Laksamana kimmel juga menggunakan model pentadbiran dalam membuat keputusan iaitu dengan mendapatkan penyetujuan  dari penolong-penolongnya untuk menyongkong keputusannya. Disebabkan cara pemikiran laksamana kimmel yang tak teratur ,akhirnya Pearl Harbour di serang .       
2.                                                           Kes Admiral Kimmel di Pearl Harbour adalah salah satu kes yang memerlukan banyak pembuatan keputusan.Tetapi bukan senang untuk mereka membuat keputusan kerana ini membabitkan banyak perkara-perkara besar. Terdapat banyak halangan – halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan. Halangan yang pertama ialah Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan. Mereka terlalu taksub dengan pendirian mereka. Mereka berulang kali menegaskan keinginan mereka untuk kekal dengan keputusan menggunakan sumber yang ada pada mereka sahaja untuk melatih kelasi dan askar- askar baru serta menghantar bekalan kepada pengkalan yang hampir dengan Jepun. Seperti yang kita pelajari, cara pembuatan keputusan ini boleh disamakan dengan Heuristika Analogi. Penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur. Halangan yang kedua ialah mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour akan menjadi sasaran serangan mengejut. Mereka tidak member perhatian kepada usaha-usaha mewujudkan satu system amaran yang akan member keutamaan kepada mereka dalam mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan musuh. Seperti yang kita pelajari, kita perlu mempunyai 'peralatan' yang khusus iaitu peralatan kognitif.Alat-alat kognitif ialah persepsi, memori dan perhatian. Ini jelas menunjukkan mereka tidak member perhatian bahawa Pearl Harbour (Hawaii) akan menjadi sasaran. Antara perkara yang membuatkan Kimmel tidak percaya yang Pearl Harbour akan menjadi sasaran ialah "satu serangan mengejut mengejut daripada mana-mana arah termasuklah ke atas Filifina dan Guam adalah satu kemungkinan". Mereka mendapat terlalu banyak arahan , jadi tidak tahu untuk memilih yang mana satu tempat yang akan menjadi sasaran.

Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan SMS

1.Pada pendapat saya,tentang cara Laksamana kimmel dan penolong-penolongnya berfikir a adalah tidak rasional kerana keputusan yang diambil oleh mereka adalah tidak berpadanan dengan keadaan yang akan mereka hadapi.Contoh ini dapat dilihat apabila laksamana kimmel tetap berpegang teguh dengan dasar yang mereka rumuskan dan mengenepikan setiap amaran baru,Sepatutnya laksamana kimmel berfikir  secara rasional dengan mengambil tindakan bagi setiap amaran baru yang keluar kerana dia akan membuat keputusan dalam situasi rumit. Seorang yang berfikiran rasional akn membuat keputusan dengan baik kerana dia mempunyai kecenderungan terhadap fikirannya manakala dia juga boleh mengira kebaikan bg setiap keputusan yang di ambil olehnya.Dan ini amat berbeza gengan sikap laksamana kimmel.                                                   Selain itu,cara laksamana kimmel berfikir adalah kolot kerana  menggunakan jalan pintas dalam membuat keputusan dalam situasi rumit yamg memerlukan penelitian dalam membuat keputusan.Sepatutnya dia tidak menggunakan jalan pintas kerana setiap jalan pintas yang di ambil mempunyai risiko yang tersendiri bahkan dia mempunyai masa untuk membuat keputusan.situasi ini dapat di lihat apabila laksamana kimmel masaih memberi cuti kepada anggota tentera lautdi Pearl Harbour(Hawai) dan banyak kapal perang marmanda pasifik yang dibenarkan berhenti di situ dan ia akan memudahkan sasaran di serang.Di samping itu juga ,laksamana kimmel menggunakan tahap pemikiran yang rendah kerana dia membuat andaiannya sendiri yang langkah berjaga yang dilakukan sebelum ni sudah mencukupi.Selain itu juga dia membuat andaian yang Pearl Harbour tidak akan diserang.Tindakan yang diambilnya  tidak menunjukkan sikap seorang laksamana yang berpengalaman dalam membuat keputusan.Laksamana kimmel juga menggunakan model pentadbiran dalam membuat keputusan iaitu dengan mendapatkan penyetujuan  dari penolong-penolongnya untuk menyongkong keputusannya. Disebabkan cara pemikiran laksamana kimmel yang tak teratur ,akhirnya Pearl Harbour di serang .   
2.                                            Kes Admiral Kimmel di Pearl Harbour adalah salah satu kes yang memerlukan banyak pembuatan keputusan.Tetapi bukan senang untuk mereka membuat keputusan kerana ini membabitkan banyak perkara-perkara besar. Terdapat banyak halangan – halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan. Halangan yang pertama ialah Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan. Mereka terlalu taksub dengan pendirian mereka. Mereka berulang kali menegaskan keinginan mereka untuk kekal dengan keputusan menggunakan sumber yang ada pada mereka sahaja untuk melatih kelasi dan askar- askar baru serta menghantar bekalan kepada pengkalan yang hampir dengan Jepun. Seperti yang kita pelajari, cara pembuatan keputusan ini boleh disamakan dengan Heuristika Analogi. Penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur. Halangan yang kedua ialah mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour akan menjadi sasaran serangan mengejut. Mereka tidak member perhatian kepada usaha-usaha mewujudkan satu system amaran yang akan member keutamaan kepada mereka dalam mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan musuh. Seperti yang kita pelajari, kita perlu mempunyai 'peralatan' yang khusus iaitu peralatan kognitif.Alat-alat kognitif ialah persepsi, memori dan perhatian. Ini jelas menunjukkan mereka tidak member perhatian bahawa Pearl Harbour (Hawaii) akan menjadi sasaran. Antara perkara yang membuatkan Kimmel tidak percaya yang Pearl Harbour akan menjadi sasaran ialah "satu serangan mengejut mengejut daripada mana-mana arah termasuklah ke atas Filifina dan Guam adalah satu kemungkinan". Mereka mendapat terlalu banyak arahan , jadi tidak tahu untuk memilih yang mana satu tempat yang akan menjadi sasaran.

Tuesday, August 17, 2010

Kes Admirel Kimmel-Jawapan Kumpulan HD group


ZT2263

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN



NAMA KUMPULAN : HD GROUP



AHLI KUMPULAN :



SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR (KETUA)           A 127887

ZAINI BINTI ABDUL AZIZ                                                     A 128256

NORIZZATI HIDAYAH BINTI MOHAMMAD UNI             A 127735

NUR WAHIDA BINTI MAT SANI                                           A 128070







Soalan 1

Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?

Cara pemikiran Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya adalah berdasarkan mengikut emosi. Laksamana Kimmel membuat keputusan mengikut emosi yang boleh mempengaruhi sebarang keputusan yang di buat. Kadang kala beliau akan dibuai emosi dan ini akan mengakibatkan beliau tampil untuk meminta jaminan tentang pendirian mereka terhadap amaran yang diterima oleh mereka daripada penolong-penolongnya. Setiap keputusan yang di buat mengikut emosi adalah bukan keputusan yang tepat. Hal ini dibuktikan melalui cara beliau yang sentiasa meminta pandangan dari penolong-penolongnya dalam keadadan yang sentiasa beremosi.

Seterusnya, cara pemikiran mereka juga adalah berdasarkan bias iaitu kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Selain itu, bias juga merupakan kecenderungan untuk mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Dalam kes Kimmel di Pearl Harbour ini, mereka  tidak begitu memberi perhatian kepada usaha untuk mewujudkan satu sistem amaran yang akan memberi keutamaan kepada rnereka dalam mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan musuh.

Selain itu, cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir adalah kaku, kolot atau bersifat jumud. Jika di lihat dalam kes ini, berlaku ketidakadilan beliau ketika menggunakan sistem komunikasi yang ada pada beliau untuk rnendapat penjelasan daripada Washington. Beliau hanya bersetuju dengan pendapat yang disuarakan oleh penolong-penolongnya dan telah membuat kesimpulan bahawa tidak wujud sebarang kemungkinan serangan mengejut ke atas Pearl Harbour pada masa itu.









Soalan 2

Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan



            Halangan yang dihadapi ketika Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya  membuat keputusan ialah mereka tidak bersiap sedia untuk menghadapi serangan daripada pihak musuh iaitu Jepun. Walaupun mereka telah menerima  banyak amaran daripada pihak berkuasa tetapi mereka tidak peka dengan amaran-amaran tersebut. Hal ini menyebabkan mereka tidak bersiap sedia untuk membuat sebarng keputusan yang tepat untuk menghadapi serangan daripada musuh. Banyak maklumat atau informasi mengatakan pihak Jepun akan datang menyerang Pearl Harbour tetapi mereka tidak mengambil endah tentang itu semua. Hal ini menyebabkan mereka mengambil sikap sambil lewa dan terlalu yakin dengan andaian sendiri bahawa Jepun tidak akan menyerang mereka.

Halangan membuat keputusan berlaku kerana sikap yang tidak teguh pendirian iaitu mengenepikan amaran yang di terima. Hal ini membawa maksud bahawa tiada kata putus yang diambil sama ada hendak melakukan persediaan atau tidak apabila Jepun datang menyerang. Malah lebih malang lagi apabila tidak menghiraukan amaran yang diterima. Hal ini menyukarkan sebarang keputusan yang diambil. Selain itu, halangan yang wujud berlaku apabila melibatkan pembuatan keputusan secara beremosi. Laksamana Kimmel membuat keputusan dalam ketidakpastian atau kekeliruan. Dia tidak tahu apakah amaran tentang Jepun datang menyerang itu betul atau tidak sehingga mudah untuk mebuat keputusan agar tidak mempercayai amaran tersebut. Hal ini membuatkan penolong-penolong seakan buntu dan seterusnya melaksanakan arahan tersebut tanpa membuat sebarang pertimbangan.

Selain itu juga,  Laksamana Kimmel dan pengikutnya berfikir secara heuristik. Heuristik ialah menilai kebarangkalian sesuatu peristiwa. Dalam artikel ini, Laksaman Kimmel mengambil kira kemungkinan yang berlaku jika peperangan dengan Jepun berlarutan dan kesukaran yang akan mereka hadapi dalam menggerakkan tenaga manusia dan sumber-sumber terhad.

Laksamana Kimmel juga suka memandang rendah terhadap keupayaan orang lain iaitu musuh perangnya. Walaupun pelbagai ancaman yang dikeluarkan oleh pihak musuh, Laksaman Kimmel sudah mencukupi untuk mengambil langkah berjaga-jaga tapi mereka masih tidak mengendahkannya. Beliau telah bersetuju untuk tidak mengambil apa-apa langkah berjaga-jaga kerana pada tanggapan mereka Pearl Harbor tidak mungkin diserang pada masa itu. Malah tekaan mereka meleset, Pearl Harbor telah diserang dan musnah sama sekali.

Laksama Kimmel juga tidak rasional dalam pemikirannya. Beliau membuat sebarang keputusan tanpa memikirkan kesan daripada tindakannya itu. Sebagai contoh, beliau memutuskan untuk  tidak  mengadakan langkah berjaga-jaga ikutan amaran yang diterima daripada pihak musuh malah mengendahkankannya tetapi Kimmel sudah terlambat kerana tindakannya itu hanya tertumpu kepada kemudahan ketenteraan sahaja dan menghadapi sabotaj daripa penduduk tempatan. Beliau juga menerima pendapat daripada penolong secara bulat tanpa memikirkan kesannya.