Monday, August 23, 2010

PPT zt2263

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

ZT2263

KUMPULAN : ZT2263

NAMA AHLI KUMPULAN:           Nurul Kamilah bt. Daud

                                                            Nadzirah bt. Aziz

                                                            Nurina bt. Nasaruddin

                                                            Salwa bt. Ismail

                                                            Lyana bt. Rasali





KES ADMIRAL KIMMEL DI PEARL HARBOUR



Persoalan 1: Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?



Laksamana Kimmel, Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat telah membuat keputusan dalam situasi yang rumit. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai objektif yang besar iaitu untuk mempertahankan Amerika Syarikat daripada diperang oleh Jepun. Pada pendapat kami, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya tidak berfikir menggunakan cara yang rasional. Hal ini demikian kerana seseorang yang berfikir secara rasional akan mengenalpasti masalah, mewujudkan penyelesaian, mengenalpasti keputusan dan memilih penyelesaian yg terbaik. Namun , mereka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas  walaupun mereka mengetahui bahawa mereka dan bahagian-bahagian lain daripada angkatan tentera Amerika Syarikat tidak bersedia untuk menghadapi peperangan.



Memandangkan beliau tidak mengikut prosedur yang rasional, Herbert Simon, 'a decision theorist' telah mencadangkan keputusan yang dibuat berpandukan pemprosesan maklumat yang terhad. Hal ini dapat dilihat apabila ancaman yakin dinyatakan melalui amaran-amaran ini sepatutnya sudah mencukupi untuk mendorong Kimmel berbincang dengan penolong-penolongnya tentang langkah-langkah yang perlu diambil. Tetapi perbincangan mereka hanya terhad kepada realiti perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran ini. Keputusan ini dapat dilihat melalui kecenderungan untuk mencapai kebolehan untuk mengurus berbanding jumlah informasi yang optimum. Keduanya adalah menggunakan jalan pintas. Ini dapat dibuktikan apabila Kimmel mengangap bahawa Pearl Habour tidak terdedah kepada bahaya, beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu adalah memadai. Pada waktu yang sama, beliau mengandaikan bahawa kesemua unit tentera darat di Hawaii telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepenuhnya dengan unit-unit Meriam Penangficia kapal terbang dan radar berada dalam keadaan bersiap sedia. Di sini, beliau telah menunjukkan juga sikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan mereka tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil. Jika jalan pintas ini dipengaruhi oleh pengalaman yang lepas, mereka akan dapat membantu pembuat keputusan untuk membuat keputusan mengenalpasti masalah yang dihadapi ketika itu. Seterusnya, mereka berfikir menggunakan cara 'satisficing'. Hal ini demikian kerana mereka tidak mempunyai masa, maklumat yang tepat dan kebolehan untuk menguruskan kesukaran dengan proses yang rasional. Selain itu, mereka telah membuat keputusan yang hanya mencapai tahap paling minimum yang pada pandangan mereka sudah cukup bagus. Mereka bersikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil. Akibatnya, apabila keadaan sudah terlambat barulah Kimmel mendapati bahawa pihak tentera darat juga hanya berada pada tahap langkah berjaga-jaga yang terhad dan usaha mereka hanya tertumpu kepada mempertahankan kemudahan-kemudahan ketenteraan dan menghadapi kemungkinan sabotaj daripada kalangan penduduk tempatan.

Berdasarkan persoalan diatas, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya juga menggunakan Model Pentadbiran. Hal ini kerana mereka membuat keputusan dalam situasi yang rumit yang berpandukan oleh keputusan yang tidak dirancang, ketidaktepatan dan 'ambiguity'. Oleh itu, mereka tidak menggunakan prosedur yang rasional dan alternatif yang dibuat adalah terhad dalam membuat keputusan.































Persoalan 2 : Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?



Laksamana Admirel Kimmel merupakan Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat yang bertugas di Pearl Harbour. Pada suatu ketika, hubungan antara Amerika dan Jepun semakin meruncing dan Jepun menghantar beberapa amaran yang jelas untuk menyerang Pearl Harbour. Kimmel mengambil keputusan yang rasional untuk memastikan angkatan tentera bersiap sedia untuk menghadapi perkara tersebut. Tiada halangan yang timbul pada peringkat awal kerana pihak Amerika Syarikat di Pearl Harbor bersiap sedia berpandukan tanda-tanda amaran yang diberi oleh pihak Jepun. Namun begitu, mereka masih meneruskan rancangan awal untuk mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan Jepun. Walaupun tanda-tanda amaran serangan daripada pihak Jepun semakin jelas berdasarkan keyakinan yang tinggi dalam diri Kimmel bahawasanya pihak Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbour. Perasaan yakin yang begitu tinggi ditambah dengan 'bounded rationality' yang menjadi sandaran Kimmel dan penolong-penolongnya menyebabkan mereka berdiam diri daripada persiapan yang lebih teliti dan rapi. Kimmel tidak membuat keputusan yang rasional kerana terikat denagn maklumat yang terhad oleh sekutunya yang lain walaupun seringkali bermesyuarat dengan penolong-penolongnya. Kimmel menghadapi keadaan 'bounded rationality' kerana terikat dengan faktor persekitaran iaitu keadaan Pearl Harbour yang diyakininya kuat dan sesekali tidak akan diserang oleh pihak lain. Selain itu, faktor kekaburan atau 'ambiguity' juga menjadi halangan dalam proses pemikiran Kimmel dimana amaran yang diterima tidak disebut secara khusus bahawa Pearl Harbour akan diserang berbanding tempat-tempat lain yang dinyatakan secara khusus kedudukannya. Sebagai contoh, Filipina dan Guam dinyatakan secara khusus yang akan menjadi daerah serangan tentera Jepun. Oleh sebab faktor 'ambiguity' tesebut, sekali lagi Kimmel mengambil keputusan untuk tidak membuat persiapan yang lebih terperinci untuk menghadapi perang ataupun untuk membuat serangan balas ke atas pihak Jepun dan merasakan bahawa langkah berjaga-jaga yang diamalkan beberapa bulan yang lalu sudah memadai untuk menghadapi apa jua keadaan selepas ini.  Tambahan lagi, kapasiti terhad yang ada pada minda manusia juga menjadi halangan. Walaupun terdapat beberapa amaran yang ditujukan  di Pearl Harbour, Kimmel mengambil sikap berdiam diri dan tidak bertanya lebih lanjut mengenai keperincian setiap rancangan untuk menghadapi sebarang serangan daripada tentera darat dan hanya mengandaikan bahawa semuanya berada dalam keadaan bersiap sedia tanpa mengetahui bahawa pihak darat hanya bersiap sedia pada langkah berjaga-jaga yang terhad. Keadaan seperti ini bolehlah dikatakan seperti membuat keputusan berbentuk pentadbiran dimana terdapat ciri-ciri yang mampu menghalang minda beliau untuk membuat keputusan yang baik. Selain itu, amaran-amaran yang tidak jelas bentuknya menjadi halangan kepada Kimmel untuk membuat keputusan secara rasional yang memaksa beliau untuk menggunakan jalan singkat untuk mencari penyelesaian. Kaedah 'satisficing' juga digunakan untuk menyedapkan hati bahawasanya Pearl Harbour tidak akan menjadi titik serangan pihak Jepun. Ini kerana kod-kod yang telah berjaya dipecahkan oleh ahli-ahli kriptograf yang menunjukkan bahawa Jepun akan menyerang namun Kimmel mengambil kaedah satisficing iaitu menganggap bahawa kod-kod itu menunjukkan langkah berjaga-jaga pihak Jepun bukan sebagai persediaan untuk berperang. Keadaan sudah terlambat untuk beliau menukar keputusan apabila tanda-tanda amaran sudah menjadi sangat jelas. Namun begitu, Kimmel dan penolong-penolongnya masih menggunakan pendekatan jalan pintas dan juga 'satisficing' dalam  keputusan mereka dengan tidak mengendahkan sebarang amaran dan yakin dengan langkah berjaga-jaga yang terhad dan kekuatan yang ada pada Pearl Harbour. Pelbagai halangan yang dihadapi itulah yang menyebabkan Pearl Harbour diserang oleh tentera Jepun pada 7 Disember 1941.


























No comments: