Monday, August 23, 2010

Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan SURVIVOR

Soalan 1
Kami beranggapan bahawa Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya bersikap "Judging". Beliau berpegang teguh pada rancangannya dan tidak mengendahkan amaran-amaran mengenai kemungkinan berlakunya peperangan. Beliau kemudian membuat perancangan yang hanya mengutamakan program latihan untuk menyediakan anggota-anggota penting yang dapat menyempurnakan tugas-tugas mereka dan dapat memastikan agar penghantaran bekalan kepada pengkalan-pengkalan Amerika di Timur Jauh berjalan dengan licin.
Beliau juga menunjukkan sikap bias. Beliau mempunyai kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan ini mengganggu keupayaannya untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Sebagai contoh, Kimmel kerap membincangkan mengenai setiap amaran peperangan yang diterimanya dengan penolong-penolongnya. Tetapi, adakalanya beliau dibuai emosi tampil meminta jaminan tentang pendirian penolong-penolongnya. Beliau bersama-sama dengan penolong-penolongnya memegang rasional-rasional mereka. Oleh itu, sikap ini mengukuhkan lagi keputusannya untuk mengenepikan amaran-amaran yang diterimanya. Umpamanya, pada 27 November, 1941. Kimmel talah menerima maklumat yang jelas mengenai amaran perang daripada ketua operasi tentera laut di Washington. Amaran ini telah menimbulkan keresahannya, tetapi tidak pula menggerakkan beliau untuk mengambil langkah-langkah pertahanan yang baru.

Soalan 2
Halangan-halangan yang dihadapi oleh Laksamana Kimmel semasa membuat keputusan ialah sikapnya yang tidak bertanggungjawab. Beliau tidak mengendahkan amaran-amaran mengenai kemungkinan berlakunya peperangan. Beliau membuat perancangan yang mengutamakan program latihan untuk menyediakan anggota-anggota penting yang dapat menyempurnakan tugas-tugas mereka. Beliau juga memastikan agar penghantaran bekalan kepada pengkalan-pengkalan Amerika di Timur Jauh berjalan dengan licin. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya sedar akan risiko-risiko yang bakal mereka hadapi sekiranya mereka tidak bersiap sedia rnenghadapi peperangan dengan Jepun. Kos yang amat tinggi akan dialami untuk menghadapi peperangan yang sebegitu. Mereka bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan perang dan merasakan mereka masih mempunyai banyak masa untuk melaksanakannya.
                Walaupun tanda- tanda menjadi semakin jelas, sikap dan kelakuan mereka masih tidak berubah. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru. Mereka tidak mempedulikan petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang keras kepala dan tidak menganjak daripada keputusan yang telah dibuatnya.

Halangan seterusnya yang dihadapi merupakan penolong-penolongnya. Ancaman yang dinyatakan melalui amaran-amaran ini sepatutnya mencukupi untuk mendorong Kimmel berbincang dengan penolong-penolongnya tentang langkah-langkah yang perlu diambil. Tetapi, dalam perbincangan mereka penolong-penolong Kimmel menyatakan bahawa Hawaii atau Pearl Harbour tidak dinyatakan dengan khusus, sedangkan tempat-tempat lain seperti Filipina, Malaya serta tempat-tempat yang terpencil disebut secara khusus. Kimmel telah menerima penafian bahawa kekaburan mengenai keduduken Pearl Harbour dalam amaran-amaran bererti ia tidak dianggap sebagai satu amaran, walaupun amaran yang diterima menunjukkan sebaliknya. Hal ini membuktikan contoh kes "Bounded Rationality" di mana beliau dipengaruhi oleh pendapat penolong-penolongnya yang menafikan amaran serangan daripada pihak Jepun ke atas Pearl Harbour.

No comments: