Monday, August 30, 2010

Fw: Kes Admirel Kimmel-Jawapan Kumpulan Decisionism



----- Forwarded Message ----
From: Nurfadzilah Fadryin <teta_fadz89@yahoo.com>
To: ayahlong_azm.tutorial_kmk@blogger.com.my
Cc: pensyarah2263@gmail.com
Sent: Tue, August 17, 2010 7:20:14 PM
Subject: Kes Admirel Kimmel-Jawapan Kumpulan Decisionism

NURFADZILAH BT FADRYIN
A127907
Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?
Pada pendapat saya,Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikiran positif walaupun pada hakikatnya mereka sepatutnya berfikir diluar kotak. Mereka terlalu yakin dengan idea atau pendapat mereka sehingga terlepas pandang realiti keadaan yang berlaku. Ini juga salah satu dari sifat rasional yang mana Laksamana Kimmel mengetahui semua alternatif yang mereka dan juga mengetahui buruk baik alternatif tersebut. Selain itu Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir dalam kekurangan maklumat yang diperlukan. Sekiranya pengurus kekurangan maklumat ini menyebabkan susah untuk mengenalpasti semua penyelesaian alternatif dan juga gagal meniliti kesemua alternatif yang berpotensi untuk dilaksanakan.
Laksamana dan penolong-penolongnya banyak mengikut heuristika iaitu pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul. Mereka juga banyak mengguna heuristika analogi iaitu penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur. Buktinya mereka mereka tetap tidak bertindak untuk bersiap sedia dengan peperangan kerana pada mereka amaran-amaran yang diterima masih belum meyakinkan bahawa Jepun akan menyerang Pearl Harbour.
Bias adalah antara perkara yang menyebabkan mereka tidakdapat membuat keputusan dengan tepat. Terdapat dua jenis bias dalam proses pembuatan keputusan mereka, yang pertama ialah Selectively Perception Bias yang mana keputusan yang mereka buat hanya dipengaruhi oleh sesuatu maklumat.Buktinya, Kimmel hanya benar-benar yakin bahawa jepun akan menyerang sebaik menerima arahan supaya melaksanakan langkah-langkah pertahan yang berpatutan sebagai persediaan untuk melancarkan rancangan perang laut. Jenis Bias kedua ialah Personal Experience Bias iaitupembuatan keputusan kuat sangant dipengaruhi oleh pengalaman seseorang itu.Dalam kes ini Kimmel yakin bahawa Jepun tidak mungkin menyerang Pearl Harbour,kerana berpendapat kebanyakaan dari kekuatan Jepun tertumpu di Asia.

 2. Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan ?
Proses pembuatan keputusan sering sahaja tidak terlepas dari halangan –halangan yang menyukarkan kita untuk membuat keputusan yang tepat.Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya juga tidak terlepas daripada halangan-halangan tersebut.Halangan mereka pertama tekanan tugas yang harus dilaksanakan untuk memastikan penghantaran bekalan kepada pengkalanp-pengkalan Amerika di Timur Jauh berjalan lancar membuatkan mereka tidak begitu peka terhadap tanda-tanda atau amaran yang diberikan pihak jepun.Halangan kedua adalah mereka tidak bersedia untuk menghadapi peperangan yang besar memandangkan kos yang tinggi akan dialami untuk menghadapi peperangan sebegitu. Ini membuatkan mereka bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan perang dan merasakan masih punya masa yang panjang.
Halangan ketiga ialah mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut ke atas Amerika. Halangan keempat ialah Laksamana Kimmel tidak mendapat maklumat yang lengkap dan jelas mengenai petanda yang diberikan. Ini kerana Pearl Harbour tidak disebut  dengan jelas dan khusus, sedangkan tempat-tempat lain seperti Filipina, Malaya dan tempat-tempat lain yang terpencil disebut dengan khusus. Kimmel telah menerima penafian bahawa kekaburan mengenai kedudukan Pearl Harbour dalam amaran –amaran bererti ia tidak dianggap sebagai satu amaran, walaupun amaran yang diterima menunjukkan sebaliknya. Halangan ialah sikap jumud dalam gaya pemikiran Kimmel sendri. Kimmel mudah menyetujui pendapat penolong-penolongnya yang membuat kesimpulan bahawa tiada sebarang kemungkinan Pearl Harbour  akan diserang mengejut.
Halangan yang kelima ialah Kimmel mengandaikan bahawa kesemua unit tentera darat di Hawaii telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepenuhnya dengan unit-unit Meriam Penangficia kapal terbang dan radar berada dalam keadaan bersiap sedia. Disini Kimmel telah menunjukan sikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan mereka tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil. Halangan kelima ialah mereka tidakdapat memecahkan kod satu maklumat rahsia yang dihantar oleh Jepun yang mengandungi maklumat bahawa serangan mengejut akan dilakukan ke atas Pearl Harbour dalam masa terdekat ketika itu. Kod itu hanya berjaya dipecahkan empat hari sebelum serangan dilakukan. Bagaimanapun Kimmel sekali lagi tidak mengendahkan maklumat itu kerana yakin dengan pendapat penolongnya yang mengatakan bahawa kekuatan Jepun tertumpu di Asia dan serangan ke atas Pearl Harbour tidak mungkin dilakukan dalam masa terdekat.Sayangnya,pada keesokan harinya Pearl Habour telah diserang Jepun.

NIK SITI MUNIRAH BT NEK MAT DIN
A132430
 1) Pada pendapat saya, pada awalnya Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnye berfikir secara bersama untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menghadapi peperangan dengan Jepun.Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya sedar akan risiko yang mareka hadapi sekiranya mereka tidak bersiap sedia menghadapi peperangan dengan Jepun.Oleh itu, Laksaman Kimmel telah menggunakan heuristika jalan-jawapan iaitu satu kaedah berfikir ke arah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudian barulah cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya.Mereka bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rnacangan perang dan merasakan masih mempunyai banyak masa untuk melaksanaknanya.Namun begitu, mereka tidak berfikir panjang dan rasional apabila semakin banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour(Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut.Walaupun mereka mengetahui bahawa mereka dan bahagian-bahagian lain daripada angkatan tentera Amerika Syarikat tidak bersedia untuk menghadapi peperangan, mereka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas.Dalam membuat keputusan, emosi juga memainkan peranan dan akan memberi kesan terhadap keputusan yang akan dibuat.Laksamana Kimmel dibuai emosi dan tampil meminta jaminan tentang pendiriannya daripada penolong-penolongnya. Maka, mereka memegang rasional-rasionalnya dan mengenepikan amaran-amaran yang diterima. Selain itu, personaliti juga akan memberi kesan kepada keputusan yang akan dibuat.Sikap jumud Laksaman Kimmel menyebabkan beliau telah menyetujui pendapat yang diutarakan oleh penolong-penolongnya dan telah membuat kesimpulan bahawa tidak wujud sebarang kemungkinan serangan mengejut ke atas Pearl Harbour.Kesimpulannye, cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnye berfikir bergantung atas keadaan persekitaran, emosi, dan personaliti. 


SITI HANISAH MURSYIDAH BT YAHAYA
A132009
SOALAN 1
Pada pendapat saya, terdapat beberapa kelemahan dalam cara-cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir dan membuat keputusan. Mereke tidak menggunakan sumber maklumat yang diperolehi secara optimum dalam membuat keputusan. Walaupun mereka mengetahui bahawa Pearl Harbour (Hawaii) mungkin akan diserang, namun mereka tidak mengambil berat tentang ancaman itu. Petanda-petanda yang telah ditunjukkan tidak mempengaruhi keputusan yang telah dibuat oleh Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya. Hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa mereka membuat keputusan tanpa mengambil kira semua maklumat yang ada. Malah, mereka juga tidak mengutamakan perkara yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Ini dapat dilihat apabila mereka memilih untuk menggunakan sumber yang ada pada mereka sahaja untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar baru serta menghantar bekalan kepada pengkalan-pengkalan yang hampir dengan Jepun. Mereka sepatutnya mengutamakan kewujudkan satu sistem amaran dalam mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan musuh. Selain itu, Laksamana Kimmel juga terlalu yakin dengan keputusan yang dibuat tanpa mengambil kira risiko-risiko atau kemungkinan yang akan berlaku. Beliau tidak memandang serius ancaman yang diberikan terhadap serangan ke atas Pearl Harbour kerana beliau menafikan Pearl Harbour sebagai sasaran pihak Jepun. Beliau memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan lalu sudah memadai untuk menghadapi kemungkinan serangan musuh. Kelemahan kepimpinan dan komunikasi beliau dapat dilihat apabila beliau  terlambat untuk menyedari bahawa pihak tentera darat juga hanya berada pada tahap berjaga-jaga yang terhad. Hal ini menyebabkan pihak jepun menyerang Pearl Harbour dengan mudah. Kegagalan dan kelemahan Laksamana Kimmel berfikir dan membuat keputusan menyebabkan banyak akibat buruk yang berlaku dalam peristiwa Pearl Harbour.


Noor Diana Bt Nasruddin Tay
A133039

Soalan 1
            Daripada petikan tersebut, saya telah membuat kesimpulan bahawa Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya adalah seorang yang tidak professional dalam menjalankan tanggungjawab terhadap jawatan beliau sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat. Pada pendapat saya, Laksaman Kimmel dan penolong-penolongnya sentiasa mengambil mudah akan sesuatu perkara sehingga membawa keburukan dan kemusnahan kepada negara sendiri. Contohnya, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal iaitu mereka bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan peperangan dan merasakan masih mempunyai masa untuk melaksanakannya. Mereka juga mengetepikan setiap amaran baru. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya juga suka membuat andaian sendiri yang tidak berasaskan kepada fakta atau maklumat yang benar. Mereka berfikir pihak Jepun tidak akan menyerang mana-mana kawasan Amerika Syarikat, walaupun ada kemungkinan Jepun akan menyerang, serangan itu tidak mungkin dilakukan ke atas Pearl Harbour. Mereka dengan yakinnya tidak mahu mengubah perancangan mereka. Walaupun Kimmel kerap membincangkan mengenai setiap amaran peperangan yang diterima dengan penolong-penolongnya, namun beliau tetap mengetepikan amaran-amaran tersebut. Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai sikap sambil lewa dan tidak mahu cuba untuk selesaikan masalah. Contohnya, Kimmel telah menerima maklumat yang jelas mengenai amaran perang daripada ketua operasi tentera laut di Washington. Amaran ini telah menimbulkan keresahan beliau namun tidak pula menggerakkan beliau untuk mengambil langkah-langkah pertahanan yang baru. Selain itu, Laksamna Kimmel juga mudah terpengaruh dengan kata-kata penolong-penolongnya dan beliau tidak mempunyai pendirian yang tetap untuk membuat keputusan. Amaran-amaran yang begitu banyak telah diterima oleh Kimmel telah menimbulkan kebimbangan beliau kepada penolong-penolongnya. Walaubagaimanapun, salah seorang daripada penolongnya telah meyakinkan beliau bahawa pihak Jepun tidak akan mampu untuk menyerang Pearl Harbour kerana kebanyakkan daripada kekuatannya terikat di Asia. Laksamana Kimmel juga menunjukkan sikap cepat berpuas hati. Oleh sebab Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kepada bahaya , beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan adalah memadai.
Soalan 2
            Halangan-halangan yang wujud semasa Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya membuat keputusan ada dari segi rasionalism. Mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang semua alternatif yang mungkin berlaku. Mereka tidak mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai kepentingan daripada setiap satu alternatif. Selain itu, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai sikap kepuasan hati. Kimmel memilih alternatif yang pertama untuk memuaskan cirri-ciri keputusan yang dibuat. Mereka mudah berpuas hati kerana faktor mereka tidak mempunyai masa, maklumat atau kebolehan untuk menanggani kerumitan dengan proses yang rasional. Heuristika representatif juga merupakan kesilapan dan bias yang bersistematik. Mereka yakin bahawa pihak Jepun tidak akan memyerang kawasan Amerika Syarikat kerana kekuatannya diikat di Asia lalu mereka menganggap kawasan Pearl Harbour akan selamat daripada diserang. Disamping itu, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai persepsi yang baik terhadap pihak Jepun. Persepsi bergantung pada tempat, masa, sikap, motivasi dan sebagainya. Dalam proses membuat keputusan, jika persepsi betul dan tepat, pemahaman mengenai masalah akan jadi betul dan ini akan membantu pembuatan keputusan yang tepat. Berbanding dengan cara Laksamana Kimmel membuat keputusan, awal-awal lagi mereka telah menunjukkan persepsi dan andaian yang tidak tepat terhadap pihak Jepun. Mereka mengenepikan amaran-amaran serangan yang diterima dan tidak cuba untuk merancang strategi baru malah mengekalkan perancangan yang sedia ada tanpa apa-apa perubahan untuk menyelamatkan Pearl Harbour.

NAMA PELAJAR : SITI ANISAH BINTI HAJI ABDULLAH SANI
NO MATRIK : A133599
KES ADMIRAL KIMMEL DI PEARL HARBOUR

1)Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?
 Pada pendapat saya, setelah membaca keseluruhan petikan, jelas dapat disimpulkan di sini bahawa cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir adalah sangat tidak profesional sebagai seorang yang memegang jawatan tinggi dan bertanggungjawab menjaga keamanan dan kenteraman rakyat Amerika Syarikat di Kepulauan Pasifik. Pembuatan keputusan sepatutnya merupakan sesuatu tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan untuk mencapai hasil yang diharapkan.
 Cara pemikiran Kimmel dan penolong-penolongnya pada mulanya bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan perang dan merasakan masih terdapat banyak masa untuk melaksanakannya. Namun, apabila tanda-tanda peperangan semakin jelas, sikap dan kelakuan mereka mula berbeza. Mereka tetap berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada awal dan mengenepikan setiap amaran baru tanpa memikirkan impak yang akan berlaku kepada seluruh warga Amerika Syarikat di Kepulauan Pasifik sekiranya mereka diserang.
  Sebagai seorang Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat, dalam membuat keputusan, Kimmel memerlukan penelitian dan pengetahuan yang mendalam. Jenis keputusan bergantung kepada jenis masalah dan sesuatu keputusan yang baik itu perlulah berdasarkan pengalaman, kecekapan, ketepatan maklumat dan analisa yang betul. Kimmel seharusnya mengambil setiap amaran mengenai peperangan tersebut sebagai satu petanda dan berbincang dengan segera dengan penolong-penolongnnya untuk merancang strategi dan menguatkan lagi pasukan pertahanan mereka dan bukanlah menganggap amaran peperangan itu sesuatu benda yang remeh temeh seperti yang mereka lakukan pada masa itu.
 Disini juga dapat kita nyatakan bahawa cara Kimmel berfikir adalah bersifat bias iaitu kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan inilah yang mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Bias inilah yang membuatkan Kimmel terlalu yakin kepada diri sendiri dalam melakukan keputusan yang terbaik dan hanya menerima dan dipengaruhi semua pendapat daripada penolong-penolongnnya tanpa melihat dari sudut yang berbeza. Kesan daripada penyerangan oleh Jepun ke atas Pearl Harbour pada 7 Disember 1941, tiada tanda-tanda amaran awal dikeluarkan sehinggalah penyerangan berlaku. Sebanyak 18 kapal perang, 170 pesawat terbang dan 3700 nyawa telah terkorban.


2) Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?
 Terdapat pelbagai halangan yang wujud sebelum dan selepas sesuatu keputusan itu dibuat dan kebanyakan daripada halangan-halangan ini berpunca daripada sikap dan cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya membuat keputusan itu sendiri. Antara halangan yang wujud adalah sebagai contoh apabila sikap dan kelakuan mereka mula berbeza. Mereka masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour mugkin akan menjadi sasaran serangan mengejut. Usaha dalam mewujudkan satu sistem amaran yang akan memberi keutamaan kepada mereka dalam mempertahankan kawasan autoriti mereka tidak diberi perhatian malah diabaikan.
 Pihak jepun pada fikiran mereka tidak akan menyerang mana-mana kawasan Amerika Syarikat. Kimmel juga sering kali dibuai emosi dan hanya meminta dan terus menerima pakai semua jaminan dan pendirian penolong-penolongnya. Sikap ini mengukuhkan lagi keputusannya untuk mengenepikan amaran-amaran yang diterima. Justeru, dalam membuat keputusan, kita perlulah berupaya mengenalpasti keserupaan dan kelainan, membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan simptom masalah, memecahkan masalah kepada komponen-komponen yang lebih kecil dan mengenalpasti masalah mengikut prioiriti. Keputusan yang diambil Kimmel sangat dipengaruhi oleh penolong-penolongnya.
 Selain itu, ancaman yang diterima sepatutnya sudah mencukupi untuk menyedarkan Kimmel akan bahaya yang mungkin mereka hadapi namun perbincangan mereka hanya terhad kepada realiti perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran ini. Sekali lagi dapat kita saksikan kecenderungan Kimmel dalam bersikap bias yang jelas terbit daripada heuristika representatif dan heuristika ketercapaian. Beliau menggunakan keputusan yang sama dari awal hingga akhir (anchoring bias) iaitu mengandaikan bahawa Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbour dan seterusnya amat yakin dengan keupayaan diri untuk membuat keputusan yang terbaik (overconfidence bias).
 Halangan seterusnya adalah cara pemikiran Kimmel sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat boleh dikatakan sangat sempit kerana beliau tidak memikirkan sesuatu perkara itu jauh kehadapan. Oleh sebab Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kepada bahaya, beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu sudah memadai. Ini jelas menunjukkan keputusan yang dibuat adalah salah kerana alternatif yang ada tidak dilakukan, gagal untuk mengenalpasti risiko yang ada pada keputusan yang dipilh, maklumat yang ada tidak didalami dan juga gagal untuk melakukan rancangan yang ada.



2) Sewaktu Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya membuat keputusan, mereka menghadapi halangan seperti 'bias' iaitu kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu.Kecenderungan ini mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Apabila Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kepada bahaya, jadi langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan adalah memadai.Beliau juga mengambil sikap lepas tangan terhadap kesemua unit tentera darat di Hawaii. Mereka juga mengahadapi masalah dalam membuat keputusan kerana tidak mempunyai cukup informasi melalui kod-kod rahsia yang dimusnahkan oleh pihak Jepun sebagai langkah berjaga-jaga. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya langsung tidak ada usaha untuk mendapat penjelasan daripada Washington mengenai bagaimana bahagian perisikan menafsirkan maklumat itu. Mereka juga terlalu optimis dengan keputusan yang mereka lakukan pada awalnya kerana pada persepsi mereka Pearl Harbour tidak mungkin menjadi sasaran serangan walaupun banyak amaran-amaran yang diberi. Emosi juga memainkan peranan dalam membuat keputusan. Apabila emosi terganggu, rasionalisasi dalam membuat keputusan akan berkurangan. Contohnya sewaktu Kimmel menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan kapal-kapal perang Amerika Syarikat di Pearl HArbour memandangkan pihak Jepun sedang membuat persediaan untuk menyerang. Oleh sebab emosi yang terganggu, Kimmel telah dipengaruhi oleh penolong-penolongnya yang meyakinkan beliau bahawa pihak Jepun tidak akan mampu untuk menyerang Pearl Harbour kerana kebanyakan daripada  kekuatannya terikat di Asia. Maka, halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan telah menyebabkan Pearl Harbour diserang oleh Jepun.
sekian

No comments: