1.Pada pendapat saya,tentang cara Laksamana kimmel dan penolong-penolongnya berfikir a adalah tidak rasional kerana keputusan yang diambil oleh mereka adalah tidak berpadanan dengan keadaan yang akan mereka hadapi.Contoh ini dapat dilihat apabila laksamana kimmel tetap berpegang teguh dengan dasar yang mereka rumuskan dan mengenepikan setiap amaran baru,Sepatutnya laksamana kimmel berfikir secara rasional dengan mengambil tindakan bagi setiap amaran baru yang keluar kerana dia akan membuat keputusan dalam situasi rumit. Seorang yang berfikiran rasional akn membuat keputusan dengan baik kerana dia mempunyai kecenderungan terhadap fikirannya manakala dia juga boleh mengira kebaikan bg setiap keputusan yang di ambil olehnya.Dan ini amat berbeza gengan sikap laksamana kimmel. Selain itu,cara laksamana kimmel berfikir adalah kolot kerana menggunakan jalan pintas dalam membuat keputusan dalam situasi rumit yamg memerlukan penelitian dalam membuat keputusan.Sepatutnya dia tidak menggunakan jalan pintas kerana setiap jalan pintas yang di ambil mempunyai risiko yang tersendiri bahkan dia mempunyai masa untuk membuat keputusan.situasi ini dapat di lihat apabila laksamana kimmel masaih memberi cuti kepada anggota tentera lautdi Pearl Harbour(Hawai) dan banyak kapal perang marmanda pasifik yang dibenarkan berhenti di situ dan ia akan memudahkan sasaran di serang.Di samping itu juga ,laksamana kimmel menggunakan tahap pemikiran yang rendah kerana dia membuat andaiannya sendiri yang langkah berjaga yang dilakukan sebelum ni sudah mencukupi.Selain itu juga dia membuat andaian yang Pearl Harbour tidak akan diserang.Tindakan yang diambilnya tidak menunjukkan sikap seorang laksamana yang berpengalaman dalam membuat keputusan.Laksamana kimmel juga menggunakan model pentadbiran dalam membuat keputusan iaitu dengan mendapatkan penyetujuan dari penolong-penolongnya untuk menyongkong keputusannya. Disebabkan cara pemikiran laksamana kimmel yang tak teratur ,akhirnya Pearl Harbour di serang . 2. Kes Admiral Kimmel di Pearl Harbour adalah salah satu kes yang memerlukan banyak pembuatan keputusan.Tetapi bukan senang untuk mereka membuat keputusan kerana ini membabitkan banyak perkara-perkara besar. Terdapat banyak halangan – halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan. Halangan yang pertama ialah Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan. Mereka terlalu taksub dengan pendirian mereka. Mereka berulang kali menegaskan keinginan mereka untuk kekal dengan keputusan menggunakan sumber yang ada pada mereka sahaja untuk melatih kelasi dan askar- askar baru serta menghantar bekalan kepada pengkalan yang hampir dengan Jepun. Seperti yang kita pelajari, cara pembuatan keputusan ini boleh disamakan dengan Heuristika Analogi. Penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur. Halangan yang kedua ialah mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour akan menjadi sasaran serangan mengejut. Mereka tidak member perhatian kepada usaha-usaha mewujudkan satu system amaran yang akan member keutamaan kepada mereka dalam mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan musuh. Seperti yang kita pelajari, kita perlu mempunyai 'peralatan' yang khusus iaitu peralatan kognitif.Alat-alat kognitif ialah persepsi, memori dan perhatian. Ini jelas menunjukkan mereka tidak member perhatian bahawa Pearl Harbour (Hawaii) akan menjadi sasaran. Antara perkara yang membuatkan Kimmel tidak percaya yang Pearl Harbour akan menjadi sasaran ialah "satu serangan mengejut mengejut daripada mana-mana arah termasuklah ke atas Filifina dan Guam adalah satu kemungkinan". Mereka mendapat terlalu banyak arahan , jadi tidak tahu untuk memilih yang mana satu tempat yang akan menjadi sasaran. |
Monday, August 23, 2010
Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan SMS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment