Para pelajar semua,
Di bawah ini disertakan contoh LJ terpilih. Terdapat beberapa istilah diubah untuk tujuan penerbitan dan keperluan pembaca yang berbilang bangsa. Penulis telah menggunakan tema-tema yang digabungjalin dengan contoh pengalaman sendiri. Terdapat pelajar yang buat LJ dengan hanya mengupas dan meringkaskan apa yang dipelajari, ini kurang menarik. Saya juga akan kemukakan contoh dari kursus Pengurusan Emosi.
Untuk pengetahuan penulis, ustaz di bawah menggunakan guided intuition, intuition ini bukan ikut gerak hati saja, sebagai seorang yang tinggi di segi agama, beliau dipandu oleh sesuatu yang mulia (divine intervention).
AZM
Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah masuk minggu kedua saya mengikuti kuliah “KMK”. Pensyarah kami, Encik Zamri Mansor telah mengajar bab 2, iaitu “Model-model Membuat Keputusan”.
Menurut apa yang saya pelajari, model membuat keputusan ada 3, iaitu Classical Model, Administrative Model dan Political Model. Namun, saya masih samar-samar lagi mengenai model-model ni. Saya mesti mendapatkan maklumat lagi untuk lebih memahaminya.
Saya pernah terbaca sebuah buku yang agak famous bertajuk ”Aku Terima Nikahnya” yang ditulis oleh Hasrizal Abdul Jamil, beliau merupakan seorang pendakwah dan pakar motivasi. Penulis dikenali dengan gelaran Abu Saif dan pernah berkhidmat sebagai Minister Of Religion di Bealfast Islamic Center, Ireland Utara. Di dalam buku tersebut, diceritakan bagaimana beliau membuat keputusan untuk menikahi seorang doktor. Ada beberapa sahabatnya tidak bersetuju beliau berkahwin dengan doktor lantaran kesibukannya. Kisah ini amat unik bagi saya. Saya juga suka lawati blog beliau iaitu saifulislam.com. Banyak ilmu pengetahuan yang saya boleh dapati melaluinya.
Menurut penulis, beliau hanya berpandukan fatwa hati. Beliau memiliki sedikit sahaja maklumat tentang wanita tersebut dan memiliki gambar yang mana beliau langsung tidak boleh mengecam rupanya. Beliau berpegang pada pesan Rasulullah s.a.w bahawa hati itu tenteram kepada kebaikan, gelisah terhadap kejahatan. Sebelum membuat keputusan muktamad beliau memohon petunjuk Yang Maha Esa agar memberkati pilihannya. Dengan tenang beliau bersetuju untuk mengikat tali perkahwinan dengan wanita tersebut sehingga akhirnya terbina sebuah keluarga yang amat bahagia.
Decision yang dibuat oleh ustaz Hasrizal ni agaknya termasuk dalam kategori model yang mana ye?? Classical atau administrative atau political?? Nampaknya saya kena betul-betul faham ketiga-tiga model ni dulu baru saya dapat jawapannya..
No comments:
Post a Comment