Showing posts with label All Answers kes Admiral Kimmel. Show all posts
Showing posts with label All Answers kes Admiral Kimmel. Show all posts

Monday, August 30, 2010

Fw: Kes Admirel Kimmel-Jawapan Kumpulan Decisionism



----- Forwarded Message ----
From: Nurfadzilah Fadryin <teta_fadz89@yahoo.com>
To: ayahlong_azm.tutorial_kmk@blogger.com.my
Cc: pensyarah2263@gmail.com
Sent: Tue, August 17, 2010 7:20:14 PM
Subject: Kes Admirel Kimmel-Jawapan Kumpulan Decisionism

NURFADZILAH BT FADRYIN
A127907
Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?
Pada pendapat saya,Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikiran positif walaupun pada hakikatnya mereka sepatutnya berfikir diluar kotak. Mereka terlalu yakin dengan idea atau pendapat mereka sehingga terlepas pandang realiti keadaan yang berlaku. Ini juga salah satu dari sifat rasional yang mana Laksamana Kimmel mengetahui semua alternatif yang mereka dan juga mengetahui buruk baik alternatif tersebut. Selain itu Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir dalam kekurangan maklumat yang diperlukan. Sekiranya pengurus kekurangan maklumat ini menyebabkan susah untuk mengenalpasti semua penyelesaian alternatif dan juga gagal meniliti kesemua alternatif yang berpotensi untuk dilaksanakan.
Laksamana dan penolong-penolongnya banyak mengikut heuristika iaitu pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul. Mereka juga banyak mengguna heuristika analogi iaitu penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur. Buktinya mereka mereka tetap tidak bertindak untuk bersiap sedia dengan peperangan kerana pada mereka amaran-amaran yang diterima masih belum meyakinkan bahawa Jepun akan menyerang Pearl Harbour.
Bias adalah antara perkara yang menyebabkan mereka tidakdapat membuat keputusan dengan tepat. Terdapat dua jenis bias dalam proses pembuatan keputusan mereka, yang pertama ialah Selectively Perception Bias yang mana keputusan yang mereka buat hanya dipengaruhi oleh sesuatu maklumat.Buktinya, Kimmel hanya benar-benar yakin bahawa jepun akan menyerang sebaik menerima arahan supaya melaksanakan langkah-langkah pertahan yang berpatutan sebagai persediaan untuk melancarkan rancangan perang laut. Jenis Bias kedua ialah Personal Experience Bias iaitupembuatan keputusan kuat sangant dipengaruhi oleh pengalaman seseorang itu.Dalam kes ini Kimmel yakin bahawa Jepun tidak mungkin menyerang Pearl Harbour,kerana berpendapat kebanyakaan dari kekuatan Jepun tertumpu di Asia.

 2. Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan ?
Proses pembuatan keputusan sering sahaja tidak terlepas dari halangan –halangan yang menyukarkan kita untuk membuat keputusan yang tepat.Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya juga tidak terlepas daripada halangan-halangan tersebut.Halangan mereka pertama tekanan tugas yang harus dilaksanakan untuk memastikan penghantaran bekalan kepada pengkalanp-pengkalan Amerika di Timur Jauh berjalan lancar membuatkan mereka tidak begitu peka terhadap tanda-tanda atau amaran yang diberikan pihak jepun.Halangan kedua adalah mereka tidak bersedia untuk menghadapi peperangan yang besar memandangkan kos yang tinggi akan dialami untuk menghadapi peperangan sebegitu. Ini membuatkan mereka bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan perang dan merasakan masih punya masa yang panjang.
Halangan ketiga ialah mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut ke atas Amerika. Halangan keempat ialah Laksamana Kimmel tidak mendapat maklumat yang lengkap dan jelas mengenai petanda yang diberikan. Ini kerana Pearl Harbour tidak disebut  dengan jelas dan khusus, sedangkan tempat-tempat lain seperti Filipina, Malaya dan tempat-tempat lain yang terpencil disebut dengan khusus. Kimmel telah menerima penafian bahawa kekaburan mengenai kedudukan Pearl Harbour dalam amaran –amaran bererti ia tidak dianggap sebagai satu amaran, walaupun amaran yang diterima menunjukkan sebaliknya. Halangan ialah sikap jumud dalam gaya pemikiran Kimmel sendri. Kimmel mudah menyetujui pendapat penolong-penolongnya yang membuat kesimpulan bahawa tiada sebarang kemungkinan Pearl Harbour  akan diserang mengejut.
Halangan yang kelima ialah Kimmel mengandaikan bahawa kesemua unit tentera darat di Hawaii telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepenuhnya dengan unit-unit Meriam Penangficia kapal terbang dan radar berada dalam keadaan bersiap sedia. Disini Kimmel telah menunjukan sikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan mereka tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil. Halangan kelima ialah mereka tidakdapat memecahkan kod satu maklumat rahsia yang dihantar oleh Jepun yang mengandungi maklumat bahawa serangan mengejut akan dilakukan ke atas Pearl Harbour dalam masa terdekat ketika itu. Kod itu hanya berjaya dipecahkan empat hari sebelum serangan dilakukan. Bagaimanapun Kimmel sekali lagi tidak mengendahkan maklumat itu kerana yakin dengan pendapat penolongnya yang mengatakan bahawa kekuatan Jepun tertumpu di Asia dan serangan ke atas Pearl Harbour tidak mungkin dilakukan dalam masa terdekat.Sayangnya,pada keesokan harinya Pearl Habour telah diserang Jepun.

NIK SITI MUNIRAH BT NEK MAT DIN
A132430
 1) Pada pendapat saya, pada awalnya Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnye berfikir secara bersama untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menghadapi peperangan dengan Jepun.Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya sedar akan risiko yang mareka hadapi sekiranya mereka tidak bersiap sedia menghadapi peperangan dengan Jepun.Oleh itu, Laksaman Kimmel telah menggunakan heuristika jalan-jawapan iaitu satu kaedah berfikir ke arah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudian barulah cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya.Mereka bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rnacangan perang dan merasakan masih mempunyai banyak masa untuk melaksanaknanya.Namun begitu, mereka tidak berfikir panjang dan rasional apabila semakin banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour(Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut.Walaupun mereka mengetahui bahawa mereka dan bahagian-bahagian lain daripada angkatan tentera Amerika Syarikat tidak bersedia untuk menghadapi peperangan, mereka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas.Dalam membuat keputusan, emosi juga memainkan peranan dan akan memberi kesan terhadap keputusan yang akan dibuat.Laksamana Kimmel dibuai emosi dan tampil meminta jaminan tentang pendiriannya daripada penolong-penolongnya. Maka, mereka memegang rasional-rasionalnya dan mengenepikan amaran-amaran yang diterima. Selain itu, personaliti juga akan memberi kesan kepada keputusan yang akan dibuat.Sikap jumud Laksaman Kimmel menyebabkan beliau telah menyetujui pendapat yang diutarakan oleh penolong-penolongnya dan telah membuat kesimpulan bahawa tidak wujud sebarang kemungkinan serangan mengejut ke atas Pearl Harbour.Kesimpulannye, cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnye berfikir bergantung atas keadaan persekitaran, emosi, dan personaliti. 


SITI HANISAH MURSYIDAH BT YAHAYA
A132009
SOALAN 1
Pada pendapat saya, terdapat beberapa kelemahan dalam cara-cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir dan membuat keputusan. Mereke tidak menggunakan sumber maklumat yang diperolehi secara optimum dalam membuat keputusan. Walaupun mereka mengetahui bahawa Pearl Harbour (Hawaii) mungkin akan diserang, namun mereka tidak mengambil berat tentang ancaman itu. Petanda-petanda yang telah ditunjukkan tidak mempengaruhi keputusan yang telah dibuat oleh Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya. Hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa mereka membuat keputusan tanpa mengambil kira semua maklumat yang ada. Malah, mereka juga tidak mengutamakan perkara yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Ini dapat dilihat apabila mereka memilih untuk menggunakan sumber yang ada pada mereka sahaja untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar baru serta menghantar bekalan kepada pengkalan-pengkalan yang hampir dengan Jepun. Mereka sepatutnya mengutamakan kewujudkan satu sistem amaran dalam mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan musuh. Selain itu, Laksamana Kimmel juga terlalu yakin dengan keputusan yang dibuat tanpa mengambil kira risiko-risiko atau kemungkinan yang akan berlaku. Beliau tidak memandang serius ancaman yang diberikan terhadap serangan ke atas Pearl Harbour kerana beliau menafikan Pearl Harbour sebagai sasaran pihak Jepun. Beliau memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan lalu sudah memadai untuk menghadapi kemungkinan serangan musuh. Kelemahan kepimpinan dan komunikasi beliau dapat dilihat apabila beliau  terlambat untuk menyedari bahawa pihak tentera darat juga hanya berada pada tahap berjaga-jaga yang terhad. Hal ini menyebabkan pihak jepun menyerang Pearl Harbour dengan mudah. Kegagalan dan kelemahan Laksamana Kimmel berfikir dan membuat keputusan menyebabkan banyak akibat buruk yang berlaku dalam peristiwa Pearl Harbour.


Noor Diana Bt Nasruddin Tay
A133039

Soalan 1
            Daripada petikan tersebut, saya telah membuat kesimpulan bahawa Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya adalah seorang yang tidak professional dalam menjalankan tanggungjawab terhadap jawatan beliau sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat. Pada pendapat saya, Laksaman Kimmel dan penolong-penolongnya sentiasa mengambil mudah akan sesuatu perkara sehingga membawa keburukan dan kemusnahan kepada negara sendiri. Contohnya, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal iaitu mereka bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan peperangan dan merasakan masih mempunyai masa untuk melaksanakannya. Mereka juga mengetepikan setiap amaran baru. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya juga suka membuat andaian sendiri yang tidak berasaskan kepada fakta atau maklumat yang benar. Mereka berfikir pihak Jepun tidak akan menyerang mana-mana kawasan Amerika Syarikat, walaupun ada kemungkinan Jepun akan menyerang, serangan itu tidak mungkin dilakukan ke atas Pearl Harbour. Mereka dengan yakinnya tidak mahu mengubah perancangan mereka. Walaupun Kimmel kerap membincangkan mengenai setiap amaran peperangan yang diterima dengan penolong-penolongnya, namun beliau tetap mengetepikan amaran-amaran tersebut. Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai sikap sambil lewa dan tidak mahu cuba untuk selesaikan masalah. Contohnya, Kimmel telah menerima maklumat yang jelas mengenai amaran perang daripada ketua operasi tentera laut di Washington. Amaran ini telah menimbulkan keresahan beliau namun tidak pula menggerakkan beliau untuk mengambil langkah-langkah pertahanan yang baru. Selain itu, Laksamna Kimmel juga mudah terpengaruh dengan kata-kata penolong-penolongnya dan beliau tidak mempunyai pendirian yang tetap untuk membuat keputusan. Amaran-amaran yang begitu banyak telah diterima oleh Kimmel telah menimbulkan kebimbangan beliau kepada penolong-penolongnya. Walaubagaimanapun, salah seorang daripada penolongnya telah meyakinkan beliau bahawa pihak Jepun tidak akan mampu untuk menyerang Pearl Harbour kerana kebanyakkan daripada kekuatannya terikat di Asia. Laksamana Kimmel juga menunjukkan sikap cepat berpuas hati. Oleh sebab Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kepada bahaya , beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan adalah memadai.
Soalan 2
            Halangan-halangan yang wujud semasa Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya membuat keputusan ada dari segi rasionalism. Mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang semua alternatif yang mungkin berlaku. Mereka tidak mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai kepentingan daripada setiap satu alternatif. Selain itu, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai sikap kepuasan hati. Kimmel memilih alternatif yang pertama untuk memuaskan cirri-ciri keputusan yang dibuat. Mereka mudah berpuas hati kerana faktor mereka tidak mempunyai masa, maklumat atau kebolehan untuk menanggani kerumitan dengan proses yang rasional. Heuristika representatif juga merupakan kesilapan dan bias yang bersistematik. Mereka yakin bahawa pihak Jepun tidak akan memyerang kawasan Amerika Syarikat kerana kekuatannya diikat di Asia lalu mereka menganggap kawasan Pearl Harbour akan selamat daripada diserang. Disamping itu, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai persepsi yang baik terhadap pihak Jepun. Persepsi bergantung pada tempat, masa, sikap, motivasi dan sebagainya. Dalam proses membuat keputusan, jika persepsi betul dan tepat, pemahaman mengenai masalah akan jadi betul dan ini akan membantu pembuatan keputusan yang tepat. Berbanding dengan cara Laksamana Kimmel membuat keputusan, awal-awal lagi mereka telah menunjukkan persepsi dan andaian yang tidak tepat terhadap pihak Jepun. Mereka mengenepikan amaran-amaran serangan yang diterima dan tidak cuba untuk merancang strategi baru malah mengekalkan perancangan yang sedia ada tanpa apa-apa perubahan untuk menyelamatkan Pearl Harbour.

NAMA PELAJAR : SITI ANISAH BINTI HAJI ABDULLAH SANI
NO MATRIK : A133599
KES ADMIRAL KIMMEL DI PEARL HARBOUR

1)Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?
 Pada pendapat saya, setelah membaca keseluruhan petikan, jelas dapat disimpulkan di sini bahawa cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir adalah sangat tidak profesional sebagai seorang yang memegang jawatan tinggi dan bertanggungjawab menjaga keamanan dan kenteraman rakyat Amerika Syarikat di Kepulauan Pasifik. Pembuatan keputusan sepatutnya merupakan sesuatu tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan untuk mencapai hasil yang diharapkan.
 Cara pemikiran Kimmel dan penolong-penolongnya pada mulanya bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan perang dan merasakan masih terdapat banyak masa untuk melaksanakannya. Namun, apabila tanda-tanda peperangan semakin jelas, sikap dan kelakuan mereka mula berbeza. Mereka tetap berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada awal dan mengenepikan setiap amaran baru tanpa memikirkan impak yang akan berlaku kepada seluruh warga Amerika Syarikat di Kepulauan Pasifik sekiranya mereka diserang.
  Sebagai seorang Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat, dalam membuat keputusan, Kimmel memerlukan penelitian dan pengetahuan yang mendalam. Jenis keputusan bergantung kepada jenis masalah dan sesuatu keputusan yang baik itu perlulah berdasarkan pengalaman, kecekapan, ketepatan maklumat dan analisa yang betul. Kimmel seharusnya mengambil setiap amaran mengenai peperangan tersebut sebagai satu petanda dan berbincang dengan segera dengan penolong-penolongnnya untuk merancang strategi dan menguatkan lagi pasukan pertahanan mereka dan bukanlah menganggap amaran peperangan itu sesuatu benda yang remeh temeh seperti yang mereka lakukan pada masa itu.
 Disini juga dapat kita nyatakan bahawa cara Kimmel berfikir adalah bersifat bias iaitu kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan inilah yang mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Bias inilah yang membuatkan Kimmel terlalu yakin kepada diri sendiri dalam melakukan keputusan yang terbaik dan hanya menerima dan dipengaruhi semua pendapat daripada penolong-penolongnnya tanpa melihat dari sudut yang berbeza. Kesan daripada penyerangan oleh Jepun ke atas Pearl Harbour pada 7 Disember 1941, tiada tanda-tanda amaran awal dikeluarkan sehinggalah penyerangan berlaku. Sebanyak 18 kapal perang, 170 pesawat terbang dan 3700 nyawa telah terkorban.


2) Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?
 Terdapat pelbagai halangan yang wujud sebelum dan selepas sesuatu keputusan itu dibuat dan kebanyakan daripada halangan-halangan ini berpunca daripada sikap dan cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya membuat keputusan itu sendiri. Antara halangan yang wujud adalah sebagai contoh apabila sikap dan kelakuan mereka mula berbeza. Mereka masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour mugkin akan menjadi sasaran serangan mengejut. Usaha dalam mewujudkan satu sistem amaran yang akan memberi keutamaan kepada mereka dalam mempertahankan kawasan autoriti mereka tidak diberi perhatian malah diabaikan.
 Pihak jepun pada fikiran mereka tidak akan menyerang mana-mana kawasan Amerika Syarikat. Kimmel juga sering kali dibuai emosi dan hanya meminta dan terus menerima pakai semua jaminan dan pendirian penolong-penolongnya. Sikap ini mengukuhkan lagi keputusannya untuk mengenepikan amaran-amaran yang diterima. Justeru, dalam membuat keputusan, kita perlulah berupaya mengenalpasti keserupaan dan kelainan, membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan simptom masalah, memecahkan masalah kepada komponen-komponen yang lebih kecil dan mengenalpasti masalah mengikut prioiriti. Keputusan yang diambil Kimmel sangat dipengaruhi oleh penolong-penolongnya.
 Selain itu, ancaman yang diterima sepatutnya sudah mencukupi untuk menyedarkan Kimmel akan bahaya yang mungkin mereka hadapi namun perbincangan mereka hanya terhad kepada realiti perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran ini. Sekali lagi dapat kita saksikan kecenderungan Kimmel dalam bersikap bias yang jelas terbit daripada heuristika representatif dan heuristika ketercapaian. Beliau menggunakan keputusan yang sama dari awal hingga akhir (anchoring bias) iaitu mengandaikan bahawa Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbour dan seterusnya amat yakin dengan keupayaan diri untuk membuat keputusan yang terbaik (overconfidence bias).
 Halangan seterusnya adalah cara pemikiran Kimmel sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat boleh dikatakan sangat sempit kerana beliau tidak memikirkan sesuatu perkara itu jauh kehadapan. Oleh sebab Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kepada bahaya, beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu sudah memadai. Ini jelas menunjukkan keputusan yang dibuat adalah salah kerana alternatif yang ada tidak dilakukan, gagal untuk mengenalpasti risiko yang ada pada keputusan yang dipilh, maklumat yang ada tidak didalami dan juga gagal untuk melakukan rancangan yang ada.



2) Sewaktu Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya membuat keputusan, mereka menghadapi halangan seperti 'bias' iaitu kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu.Kecenderungan ini mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Apabila Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kepada bahaya, jadi langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan adalah memadai.Beliau juga mengambil sikap lepas tangan terhadap kesemua unit tentera darat di Hawaii. Mereka juga mengahadapi masalah dalam membuat keputusan kerana tidak mempunyai cukup informasi melalui kod-kod rahsia yang dimusnahkan oleh pihak Jepun sebagai langkah berjaga-jaga. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya langsung tidak ada usaha untuk mendapat penjelasan daripada Washington mengenai bagaimana bahagian perisikan menafsirkan maklumat itu. Mereka juga terlalu optimis dengan keputusan yang mereka lakukan pada awalnya kerana pada persepsi mereka Pearl Harbour tidak mungkin menjadi sasaran serangan walaupun banyak amaran-amaran yang diberi. Emosi juga memainkan peranan dalam membuat keputusan. Apabila emosi terganggu, rasionalisasi dalam membuat keputusan akan berkurangan. Contohnya sewaktu Kimmel menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan kapal-kapal perang Amerika Syarikat di Pearl HArbour memandangkan pihak Jepun sedang membuat persediaan untuk menyerang. Oleh sebab emosi yang terganggu, Kimmel telah dipengaruhi oleh penolong-penolongnya yang meyakinkan beliau bahawa pihak Jepun tidak akan mampu untuk menyerang Pearl Harbour kerana kebanyakan daripada  kekuatannya terikat di Asia. Maka, halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan telah menyebabkan Pearl Harbour diserang oleh Jepun.
sekian

Monday, August 23, 2010

PPT zt2263

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

ZT2263

KUMPULAN : ZT2263

NAMA AHLI KUMPULAN:           Nurul Kamilah bt. Daud

                                                            Nadzirah bt. Aziz

                                                            Nurina bt. Nasaruddin

                                                            Salwa bt. Ismail

                                                            Lyana bt. Rasali





KES ADMIRAL KIMMEL DI PEARL HARBOUR



Persoalan 1: Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?



Laksamana Kimmel, Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat telah membuat keputusan dalam situasi yang rumit. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai objektif yang besar iaitu untuk mempertahankan Amerika Syarikat daripada diperang oleh Jepun. Pada pendapat kami, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya tidak berfikir menggunakan cara yang rasional. Hal ini demikian kerana seseorang yang berfikir secara rasional akan mengenalpasti masalah, mewujudkan penyelesaian, mengenalpasti keputusan dan memilih penyelesaian yg terbaik. Namun , mereka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas  walaupun mereka mengetahui bahawa mereka dan bahagian-bahagian lain daripada angkatan tentera Amerika Syarikat tidak bersedia untuk menghadapi peperangan.



Memandangkan beliau tidak mengikut prosedur yang rasional, Herbert Simon, 'a decision theorist' telah mencadangkan keputusan yang dibuat berpandukan pemprosesan maklumat yang terhad. Hal ini dapat dilihat apabila ancaman yakin dinyatakan melalui amaran-amaran ini sepatutnya sudah mencukupi untuk mendorong Kimmel berbincang dengan penolong-penolongnya tentang langkah-langkah yang perlu diambil. Tetapi perbincangan mereka hanya terhad kepada realiti perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran ini. Keputusan ini dapat dilihat melalui kecenderungan untuk mencapai kebolehan untuk mengurus berbanding jumlah informasi yang optimum. Keduanya adalah menggunakan jalan pintas. Ini dapat dibuktikan apabila Kimmel mengangap bahawa Pearl Habour tidak terdedah kepada bahaya, beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu adalah memadai. Pada waktu yang sama, beliau mengandaikan bahawa kesemua unit tentera darat di Hawaii telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepenuhnya dengan unit-unit Meriam Penangficia kapal terbang dan radar berada dalam keadaan bersiap sedia. Di sini, beliau telah menunjukkan juga sikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan mereka tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil. Jika jalan pintas ini dipengaruhi oleh pengalaman yang lepas, mereka akan dapat membantu pembuat keputusan untuk membuat keputusan mengenalpasti masalah yang dihadapi ketika itu. Seterusnya, mereka berfikir menggunakan cara 'satisficing'. Hal ini demikian kerana mereka tidak mempunyai masa, maklumat yang tepat dan kebolehan untuk menguruskan kesukaran dengan proses yang rasional. Selain itu, mereka telah membuat keputusan yang hanya mencapai tahap paling minimum yang pada pandangan mereka sudah cukup bagus. Mereka bersikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil. Akibatnya, apabila keadaan sudah terlambat barulah Kimmel mendapati bahawa pihak tentera darat juga hanya berada pada tahap langkah berjaga-jaga yang terhad dan usaha mereka hanya tertumpu kepada mempertahankan kemudahan-kemudahan ketenteraan dan menghadapi kemungkinan sabotaj daripada kalangan penduduk tempatan.

Berdasarkan persoalan diatas, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya juga menggunakan Model Pentadbiran. Hal ini kerana mereka membuat keputusan dalam situasi yang rumit yang berpandukan oleh keputusan yang tidak dirancang, ketidaktepatan dan 'ambiguity'. Oleh itu, mereka tidak menggunakan prosedur yang rasional dan alternatif yang dibuat adalah terhad dalam membuat keputusan.































Persoalan 2 : Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?



Laksamana Admirel Kimmel merupakan Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat yang bertugas di Pearl Harbour. Pada suatu ketika, hubungan antara Amerika dan Jepun semakin meruncing dan Jepun menghantar beberapa amaran yang jelas untuk menyerang Pearl Harbour. Kimmel mengambil keputusan yang rasional untuk memastikan angkatan tentera bersiap sedia untuk menghadapi perkara tersebut. Tiada halangan yang timbul pada peringkat awal kerana pihak Amerika Syarikat di Pearl Harbor bersiap sedia berpandukan tanda-tanda amaran yang diberi oleh pihak Jepun. Namun begitu, mereka masih meneruskan rancangan awal untuk mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan Jepun. Walaupun tanda-tanda amaran serangan daripada pihak Jepun semakin jelas berdasarkan keyakinan yang tinggi dalam diri Kimmel bahawasanya pihak Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbour. Perasaan yakin yang begitu tinggi ditambah dengan 'bounded rationality' yang menjadi sandaran Kimmel dan penolong-penolongnya menyebabkan mereka berdiam diri daripada persiapan yang lebih teliti dan rapi. Kimmel tidak membuat keputusan yang rasional kerana terikat denagn maklumat yang terhad oleh sekutunya yang lain walaupun seringkali bermesyuarat dengan penolong-penolongnya. Kimmel menghadapi keadaan 'bounded rationality' kerana terikat dengan faktor persekitaran iaitu keadaan Pearl Harbour yang diyakininya kuat dan sesekali tidak akan diserang oleh pihak lain. Selain itu, faktor kekaburan atau 'ambiguity' juga menjadi halangan dalam proses pemikiran Kimmel dimana amaran yang diterima tidak disebut secara khusus bahawa Pearl Harbour akan diserang berbanding tempat-tempat lain yang dinyatakan secara khusus kedudukannya. Sebagai contoh, Filipina dan Guam dinyatakan secara khusus yang akan menjadi daerah serangan tentera Jepun. Oleh sebab faktor 'ambiguity' tesebut, sekali lagi Kimmel mengambil keputusan untuk tidak membuat persiapan yang lebih terperinci untuk menghadapi perang ataupun untuk membuat serangan balas ke atas pihak Jepun dan merasakan bahawa langkah berjaga-jaga yang diamalkan beberapa bulan yang lalu sudah memadai untuk menghadapi apa jua keadaan selepas ini.  Tambahan lagi, kapasiti terhad yang ada pada minda manusia juga menjadi halangan. Walaupun terdapat beberapa amaran yang ditujukan  di Pearl Harbour, Kimmel mengambil sikap berdiam diri dan tidak bertanya lebih lanjut mengenai keperincian setiap rancangan untuk menghadapi sebarang serangan daripada tentera darat dan hanya mengandaikan bahawa semuanya berada dalam keadaan bersiap sedia tanpa mengetahui bahawa pihak darat hanya bersiap sedia pada langkah berjaga-jaga yang terhad. Keadaan seperti ini bolehlah dikatakan seperti membuat keputusan berbentuk pentadbiran dimana terdapat ciri-ciri yang mampu menghalang minda beliau untuk membuat keputusan yang baik. Selain itu, amaran-amaran yang tidak jelas bentuknya menjadi halangan kepada Kimmel untuk membuat keputusan secara rasional yang memaksa beliau untuk menggunakan jalan singkat untuk mencari penyelesaian. Kaedah 'satisficing' juga digunakan untuk menyedapkan hati bahawasanya Pearl Harbour tidak akan menjadi titik serangan pihak Jepun. Ini kerana kod-kod yang telah berjaya dipecahkan oleh ahli-ahli kriptograf yang menunjukkan bahawa Jepun akan menyerang namun Kimmel mengambil kaedah satisficing iaitu menganggap bahawa kod-kod itu menunjukkan langkah berjaga-jaga pihak Jepun bukan sebagai persediaan untuk berperang. Keadaan sudah terlambat untuk beliau menukar keputusan apabila tanda-tanda amaran sudah menjadi sangat jelas. Namun begitu, Kimmel dan penolong-penolongnya masih menggunakan pendekatan jalan pintas dan juga 'satisficing' dalam  keputusan mereka dengan tidak mengendahkan sebarang amaran dan yakin dengan langkah berjaga-jaga yang terhad dan kekuatan yang ada pada Pearl Harbour. Pelbagai halangan yang dihadapi itulah yang menyebabkan Pearl Harbour diserang oleh tentera Jepun pada 7 Disember 1941.


























tutorial kemahiran membuat keputusan..

1.Pada pendapat saya,tentang cara Laksamana kimmel dan penolong-penolongnya berfikir a adalah tidak rasional kerana keputusan yang diambil oleh mereka adalah tidak berpadanan dengan keadaan yang akan mereka hadapi.Contoh ini dapat dilihat apabila laksamana kimmel tetap berpegang teguh dengan dasar yang mereka rumuskan dan mengenepikan setiap amaran baru,Sepatutnya laksamana kimmel berfikir  secara rasional dengan mengambil tindakan bagi setiap amaran baru yang keluar kerana dia akan membuat keputusan dalam situasi rumit. Seorang yang berfikiran rasional akn membuat keputusan dengan baik kerana dia mempunyai kecenderungan terhadap fikirannya manakala dia juga boleh mengira kebaikan bg setiap keputusan yang di ambil olehnya.Dan ini amat berbeza gengan sikap laksamana kimmel.                                                   Selain itu,cara laksamana kimmel berfikir adalah kolot kerana  menggunakan jalan pintas dalam membuat keputusan dalam situasi rumit yamg memerlukan penelitian dalam membuat keputusan.Sepatutnya dia tidak menggunakan jalan pintas kerana setiap jalan pintas yang di ambil mempunyai risiko yang tersendiri bahkan dia mempunyai masa untuk membuat keputusan.situasi ini dapat di lihat apabila laksamana kimmel masaih memberi cuti kepada anggota tentera lautdi Pearl Harbour(Hawai) dan banyak kapal perang marmanda pasifik yang dibenarkan berhenti di situ dan ia akan memudahkan sasaran di serang. Di samping itu juga ,laksamana kimmel menggunakan tahap pemikiran yang rendah kerana dia membuat andaiannya sendiri yang langkah berjaga yang dilakukan sebelum ni sudah mencukupi.Selain itu juga dia membuat andaian yang Pearl Harbour tidak akan diserang.Tindakan yang diambilnya  tidak menunjukkan sikap seorang laksamana yang berpengalaman dalam membuat keputusan.Laksamana kimmel juga menggunakan model pentadbiran dalam membuat keputusan iaitu dengan mendapatkan penyetujuan  dari penolong-penolongnya untuk menyongkong keputusannya. Disebabkan cara pemikiran laksamana kimmel yang tak teratur ,akhirnya Pearl Harbour di serang .       
2.                                                           Kes Admiral Kimmel di Pearl Harbour adalah salah satu kes yang memerlukan banyak pembuatan keputusan.Tetapi bukan senang untuk mereka membuat keputusan kerana ini membabitkan banyak perkara-perkara besar. Terdapat banyak halangan – halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan. Halangan yang pertama ialah Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan. Mereka terlalu taksub dengan pendirian mereka. Mereka berulang kali menegaskan keinginan mereka untuk kekal dengan keputusan menggunakan sumber yang ada pada mereka sahaja untuk melatih kelasi dan askar- askar baru serta menghantar bekalan kepada pengkalan yang hampir dengan Jepun. Seperti yang kita pelajari, cara pembuatan keputusan ini boleh disamakan dengan Heuristika Analogi. Penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur. Halangan yang kedua ialah mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour akan menjadi sasaran serangan mengejut. Mereka tidak member perhatian kepada usaha-usaha mewujudkan satu system amaran yang akan member keutamaan kepada mereka dalam mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan musuh. Seperti yang kita pelajari, kita perlu mempunyai 'peralatan' yang khusus iaitu peralatan kognitif.Alat-alat kognitif ialah persepsi, memori dan perhatian. Ini jelas menunjukkan mereka tidak member perhatian bahawa Pearl Harbour (Hawaii) akan menjadi sasaran. Antara perkara yang membuatkan Kimmel tidak percaya yang Pearl Harbour akan menjadi sasaran ialah "satu serangan mengejut mengejut daripada mana-mana arah termasuklah ke atas Filifina dan Guam adalah satu kemungkinan". Mereka mendapat terlalu banyak arahan , jadi tidak tahu untuk memilih yang mana satu tempat yang akan menjadi sasaran.

Tuesday, August 17, 2010

Kes Admirel Kimmel-Jawapan Kumpulan HD group


ZT2263

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN



NAMA KUMPULAN : HD GROUP



AHLI KUMPULAN :



SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR (KETUA)           A 127887

ZAINI BINTI ABDUL AZIZ                                                     A 128256

NORIZZATI HIDAYAH BINTI MOHAMMAD UNI             A 127735

NUR WAHIDA BINTI MAT SANI                                           A 128070







Soalan 1

Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?

Cara pemikiran Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya adalah berdasarkan mengikut emosi. Laksamana Kimmel membuat keputusan mengikut emosi yang boleh mempengaruhi sebarang keputusan yang di buat. Kadang kala beliau akan dibuai emosi dan ini akan mengakibatkan beliau tampil untuk meminta jaminan tentang pendirian mereka terhadap amaran yang diterima oleh mereka daripada penolong-penolongnya. Setiap keputusan yang di buat mengikut emosi adalah bukan keputusan yang tepat. Hal ini dibuktikan melalui cara beliau yang sentiasa meminta pandangan dari penolong-penolongnya dalam keadadan yang sentiasa beremosi.

Seterusnya, cara pemikiran mereka juga adalah berdasarkan bias iaitu kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Selain itu, bias juga merupakan kecenderungan untuk mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Dalam kes Kimmel di Pearl Harbour ini, mereka  tidak begitu memberi perhatian kepada usaha untuk mewujudkan satu sistem amaran yang akan memberi keutamaan kepada rnereka dalam mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan musuh.

Selain itu, cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir adalah kaku, kolot atau bersifat jumud. Jika di lihat dalam kes ini, berlaku ketidakadilan beliau ketika menggunakan sistem komunikasi yang ada pada beliau untuk rnendapat penjelasan daripada Washington. Beliau hanya bersetuju dengan pendapat yang disuarakan oleh penolong-penolongnya dan telah membuat kesimpulan bahawa tidak wujud sebarang kemungkinan serangan mengejut ke atas Pearl Harbour pada masa itu.









Soalan 2

Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan



            Halangan yang dihadapi ketika Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya  membuat keputusan ialah mereka tidak bersiap sedia untuk menghadapi serangan daripada pihak musuh iaitu Jepun. Walaupun mereka telah menerima  banyak amaran daripada pihak berkuasa tetapi mereka tidak peka dengan amaran-amaran tersebut. Hal ini menyebabkan mereka tidak bersiap sedia untuk membuat sebarng keputusan yang tepat untuk menghadapi serangan daripada musuh. Banyak maklumat atau informasi mengatakan pihak Jepun akan datang menyerang Pearl Harbour tetapi mereka tidak mengambil endah tentang itu semua. Hal ini menyebabkan mereka mengambil sikap sambil lewa dan terlalu yakin dengan andaian sendiri bahawa Jepun tidak akan menyerang mereka.

Halangan membuat keputusan berlaku kerana sikap yang tidak teguh pendirian iaitu mengenepikan amaran yang di terima. Hal ini membawa maksud bahawa tiada kata putus yang diambil sama ada hendak melakukan persediaan atau tidak apabila Jepun datang menyerang. Malah lebih malang lagi apabila tidak menghiraukan amaran yang diterima. Hal ini menyukarkan sebarang keputusan yang diambil. Selain itu, halangan yang wujud berlaku apabila melibatkan pembuatan keputusan secara beremosi. Laksamana Kimmel membuat keputusan dalam ketidakpastian atau kekeliruan. Dia tidak tahu apakah amaran tentang Jepun datang menyerang itu betul atau tidak sehingga mudah untuk mebuat keputusan agar tidak mempercayai amaran tersebut. Hal ini membuatkan penolong-penolong seakan buntu dan seterusnya melaksanakan arahan tersebut tanpa membuat sebarang pertimbangan.

Selain itu juga,  Laksamana Kimmel dan pengikutnya berfikir secara heuristik. Heuristik ialah menilai kebarangkalian sesuatu peristiwa. Dalam artikel ini, Laksaman Kimmel mengambil kira kemungkinan yang berlaku jika peperangan dengan Jepun berlarutan dan kesukaran yang akan mereka hadapi dalam menggerakkan tenaga manusia dan sumber-sumber terhad.

Laksamana Kimmel juga suka memandang rendah terhadap keupayaan orang lain iaitu musuh perangnya. Walaupun pelbagai ancaman yang dikeluarkan oleh pihak musuh, Laksaman Kimmel sudah mencukupi untuk mengambil langkah berjaga-jaga tapi mereka masih tidak mengendahkannya. Beliau telah bersetuju untuk tidak mengambil apa-apa langkah berjaga-jaga kerana pada tanggapan mereka Pearl Harbor tidak mungkin diserang pada masa itu. Malah tekaan mereka meleset, Pearl Harbor telah diserang dan musnah sama sekali.

Laksama Kimmel juga tidak rasional dalam pemikirannya. Beliau membuat sebarang keputusan tanpa memikirkan kesan daripada tindakannya itu. Sebagai contoh, beliau memutuskan untuk  tidak  mengadakan langkah berjaga-jaga ikutan amaran yang diterima daripada pihak musuh malah mengendahkankannya tetapi Kimmel sudah terlambat kerana tindakannya itu hanya tertumpu kepada kemudahan ketenteraan sahaja dan menghadapi sabotaj daripa penduduk tempatan. Beliau juga menerima pendapat daripada penolong secara bulat tanpa memikirkan kesannya.

Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan Tegas

Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?

                Pada pendapat saya, cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir adalah salah.

Hal ini disebabkan oleh, sikap Laksamana Kimmel yang begitu degil.  Contohnya, beliau mempunyai sikap yang begitu jumud dalam membuat keputusan. Dalam apa jua keadaan, beliau masih terlalu perpegang teguh pada pendiriannya iaitu menggunakan sumber yang sedia ada pada mereka untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar baru serta menghantar bekalan kepada pangkalan-pangkalan yang berhampiran dengan Jepun walaupun pada ketika itu beliau telah mendapat khabar angin bahawa pihak Jepun akan menyerang Pearl Harbour.

Selain daripada itu, saya juga berpendapat bahawa Laksamana Kimmel juga sering membuat keputusan dalam keadaan yang tidak rasional. Beliau tidak mengenali pasti masalah yang dihadapi, tidak mencari dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Tindakan beliau telah banyak menyusahkan orang ramai. Beliau juga kurang mengambil perhatian apa yang sedang berlaku di kelilingnya. Contohnya, beliau tidak bertanya dengan tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil.
Di samping itu, beliau juga sering membuat keputusan dalam keadaan heuristika, iaitu membuat keputusan dalam keadaan kekurangan maklumat. Contohnya, apabila terdapat sedikit maklumat tentang Jepun akan menyerang Pearl Harbour , beliau masih leka dan tidak endah akan maklumat tersebut serta terus berpegang teguh pada rancangannya untuk melatih kelasi dan askar baru.

Tambahan pula, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai persepsi yang salah terhadap pihak Jepun bahawa mereka adalah lemah dan tidak mungkin boleh mengalahkan mereka. Ini, menunjukkan bahawa mereka adalah sombong dan memandang rendah terhadap pihak lawan mereka. Justerunya, mereka mengabaikan maklumat-maklumat yang menyatakan bahawa Jepun akan menyerang Pearl Harbour. Oleh itu, persepsi yang salah terhadap pihak lawan telah menyebabkan Laksamana Kimmel tidak mempunyai pemahaman mengenai masalah yang sedia ada dan ini akan membawa kepada pembuatan keputusan yang tidak tepat.

Akhirnya, pemikiran Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya yang terlalu optimistik menyebabkan mereka tidak menghiraukan amaran-amaran yang telah dimaklumkan. Sebagai akibatnya, beliau gagal mempertahankan Pearl Harbor. Sekiranya sewaktu beliau menerima maklumat tentang Jepun akan menyerang Amerika Syarikat secara mengejut, beliau haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya. Oleh itu, beliau harus mengambil kira kemungkinan berlakunya peperangan dan kesukaran yang dihadapi.





Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?

                Terdapat halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan .

Halangan pertama yang dihadapi oleh mereka adalah membuat keputusan dalam situasi rumit, iaitu mereka tidak mempunyai maklumat yang mencukupi. Contohnya, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya pada awalnya mempunyai info-info yang terhad. Mereka beranggap bahawa pihak Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbour disebablan info yang menyatakan bahawa kebanyakan kekuatan Jepun tertumpu pada Negara Asia, khususnya Malaya . Oleh sebab itu, beliau dan penolong-penolongnya berteguh untuk meneruskan rancangan mereka untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar yang baru tetapi bukan tentera darat.

Kedua ialah dalam proses membuat keputusan, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai persepsi yang  terhadap pihak Jepun. Contohnya, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai keyakinan yang tinggi maka mereka menganggap bahawa pihak Jepun merupakan pihak yang lemah dan mudah untuk dikalahkan.  Hal ini mengakibatkan beliau mengabaikan maklumat-maklumat yang diperolehi bahawa pihak Jepun akan menyerang Pearl Harbor. Tambahan pula, beliau juga mempunyai sifat bias yang telah menyebabkan beliau tidak dapat menganalisa maklumat tentang serangan Pearl Harbor dengan rasional.

Akhirnya ialah sikap mereka yang tidak rasional dan tidak prihatin. Dalam keadaan yang mempunyai maklumat yang terhad, beliau dan penolong-penolongnya tidak membuat perbincangan secara mendalam untuk mengkaji maklumat-maklumat yang berkaitan dengan penyerangan Jepun terhadap Pearl Harbor. Tambahan pula, mereka memandang remeh tentang perkara ini. Justeru, mereka tidak mengambil inisiatif untuk mengukuhkan pertahanan di Pearl Harbor. Mereka seharusnya membuat keputusan dalam keadaan yang rasional iaitu mereka haruslah mengkaji maklumat dan mengenal pasti masalah-masalah yang sedia ada. Selepas itu, mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah tersebut dan akhirnya barulah membuat keputusan. Dengan ini, keputusan yang diambil adalah tepat dan yang terbaik.

Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan PLATO

Soalan Pertama


Pada pendapat kami, cara berfikir Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya tidak berpandangan jauh . Walaupun mereka memperoleh segala maklumat dan amaran, mereka tidak mengambil sebarang langkah untuk memperkukuh tentera pertahanan mereka di Pearl Harbour. Laksamana Kimmel sepatutnya bertindak dengan cepat dan bijak mengatur strategi untuk mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan Jepun. Cara berfikir Kimmel dan penolong-penolongnya boleh dikaikatkan dengan "over-confidence bias" dimana mereka terlalu yakin akan keupayaan diri sendiri dan tidak mengendahkan amaran yang telah dikeluarkan. Selain itu, Laksamana dan penolong-penolongnya tidak berwawasan dan tidak berpandangan jauh. Contohnya, "Tetapi, perbincangan mereka hanya terhad kepada realiti perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran ini. Semasa bermesyuarat, pcnolong-penolong Kimmel menyatakan bahawa Hawaii atau Pearl Harbour tidak disebut dengan khusus, sedangkan tempat-tempat lain seperti Filipina. Malaya serta tempat-tempat yang terpencil disebut secara khusus."  Situasi ini jelas meperlihatkan pemikiran jentera Kimmel yang tidak dapat berfikir jauh akan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku di Pearl Harbour berdasarkan maklumat dan amaran yang telah mereka peroleh. Walaupun, sehari sebelum 7 Disember, Laksamana Kimmel risau akan langkah-langkah keselamatan yang telah diambil oleh beliau namun penolong-penolongya masih degil akan keputusan yang telah mereka ambil. Contohnya, "Penolongnya yang lain pula memberi jaminan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah diambil memadai. Kami mengambil keputusan, "kata Kimmel kemudiannya, "bahawa apa yang telah kami laksanakan adalah memadai dan kami akan kekal dengannya". Demikianlah kata Kimmel sambil bertolak untuk menghadiri parti pada petang itu." Situasi di atas menunjukkan keputusan dan pemikiran Laksamana mudah dipengaruhi oleh penolong-penolonya yang akhirnya membawa kepda kemusnahan Pearl Harbour. Secara keseluruhannya, mendidik kita supaya berfikir and berpandangan jaug terhadap masalah yang kita hadapai selain bertindak pantas tetapi bijak agar keputusan yang kita ambil dapat menyelesaikan masalah tersebut.


Soalan 2


Berdasarkan perbincangan yang kami telah lakukan, terdapat beberapa halangan yang wujud semasa proses membuat keputusan tersebut antaranya ialah, masalah kos yang perlu ditanggung yang sangat tinggi untuk menghadapi peperangan tersebut iaitu keputusan yang dibuat nanti bakal berdepan dengan masalah kos yang terlalu tinggi untuk ditanggung oleh tentera Amerika kerana peperangan berskala besar tersebut melibatkan jumlah kos yang sangat besar. Selain itu, halangan juga dihadapi dari segi sikap Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya yang enggan mengambil kira pendapat daripada luar berhubung dengan peperangan tersebut menyebabkan keputusan baru yang lebih berkesan tidak dapat diambil bagi mengelakkan Pearl Harbour daripada diserang Jepun. Di samping itu juga, halangan juga berlaku dalam bentuk sikap pihak Laksaman Kimmel serta penolong-penolongnya yang terlalu angkuh dengan kekuatan yang ada pada tentera Amerika sehingga mereka tidak menyedari bahawa perancangan yang dibuat daripada pihak musuh iaitu Jepun jauh lebih berstrtegik berbanding perancangan mereka. Sebagai contoh, walaupun mereka mengetahui bahawa mereka dan bahagian-bahagian lain daripada angkatan tentera Amerika Syarikat tidak bersedia untuk menghadapi peperangan, mereka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas. Pihak Jepun, pada fikiran mereka, tidak akan menyerang mana-mana kawasan Amerika Syarikat. Walaupun ada kemungkinan Jepun akan menyerang, serangan itu tidak mungkin dilakukan ke atas Pearl Harbour. Halangan lain pula adalah daripada sikap Laksamana Kimmel yang tidak yakin dengan diri sendiri apabila telah menerima amaran peperangan namun masih bertindak leka terhadap amaran tersebut dan terus berada di pendirian lamanya walaupun beliau tahu akan risiko yang datang di dalam amaran-amaran tersebut. Sikap mengambil mudah terhadap amaran-amaran yang diberikan juga menyebabkan berlakunya masalah dalam mengambil keputusan yang terbaik dalam peperangan tersebut. Akhir sekali, sikap tidak mempercayai maklumat yang diberikan daripada pihak atasan menjadi penghalang kepada pembuatan keputusan di samping sikap malas untuk bertanya tentang penjelasan sesuatu perkara yang telah diarahkan kepada mereka. Hal ini menyebabkan keputusan terbaik tidak dapat dicapai semasa peperangan tersebut.

"Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan Think Tank"


Soalan 1

Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?



Pada pendapat kami, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir dengan menggunakan model administrative. Hal ini disebabkan, keputusan yang diambil oleh Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya merupakan keputusan yang kabur dan tidak pasti. Mereka juga tidak mempunyai alasan yang kukuh dalam membuat keputusan. Hali ini amat selaras dengan modul administrative yang mempunyai sifat-sifat seperti sesuatu yang kabur dan tidak pasti. Keputusan yang dibuat adalah sebuah keputusan yang tidak dirancang atau diprogramkan.



Tambahan pula, Kimmel hanya berpandukan kepada pemerhatian beliau tanpa menyelidiki secara terperinci akan maklumat tentang serangan yang mungkin akan dilakukan. Selain itu, keputusan yang dilakukan juga boleh dikategorikan sebagai bounded rasionality apabila mempunyai kekangan terhadap pelbagai bentuk pengaruh seperti karekter penolong-penolongnya dan melibatkan emosi Kimmel sendiri.



Paling mengecewakan apabila Laksamana Kimmel dan penolong-penolongya hanya menggunakan gerak hati semata-mata. Keadaan ini dapatlah dikatakan bahawa Laksamana dan penolong-penolongnya membuat keputusan secara terburu-buru dan sambil lewa tanpa meneliti maklumat yang sedia ada. Akibatnya, Kimmel dan laksamananya terpaksa berdepan dengan kesan yang buruk lantaran sikap terburu-buru mereka.





Soalan 2

Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?



Antara halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan adalah sikap sambil lewa Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya dengan mengambil mudah rancangan serangan Jepun tanpa bertanya. Kimmel dan penolong-penolongnya terpengaruh dengan sikap memandang rendah akan keupayaan Jepun untuk menyerang Pearl Harbour ekoran kedudukan dan persiapan serangan yang memadai dilihat oleh beliau.



Selain itu, kekurangan maklumat juga merupakan punca lain berlakunya kesilapan keputusan yang dibuat oleh Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya. Kimmel dan penolong-penolongnya tidak meneliti akan persiapan Jepun untuk menyerang Pearl Harbour. Maklumat yang diberikan oleh pentadbiran pusat British hanya berbentuk amaran dan tidak menberikan gambaran yang jelas. Melalui hal inilah kekaburan maklumat berlaku hingga Kimmel mengambil keputusan yang terburu-buru dan dalam keadaan sambil lewa.



Di samping itu, pengaruh persepsi yang ada dalam diri Kimmel dan penolongnya menyebabkan keputusan ini dilakukan. Persepsi Kimmel terhadap Jepun adalah mereka tidak mampu untuk menyerang Pearl Habour dan berpendapat bahawa pertahanan ketenteraannya adalah kukuh. Pertahanan ini dianggap beliau sebagai pertahanan yang mampu mengekang kemaraan Jepun, walhal tidak. Kesilapan perkiraan beliau ini boleh dikaitkan dengan pengaruh perhatian beliau terhadapan komponen tenteranya.

"Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan PERMATA KASIH'




TUGASAN TUTORIAL:  KES ADMIRAL KIMMEL DI PEARL HARBOUR



  1. Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?


Pada pendapat kami, Laksaman Kimmel seorang yang tidak tetap pemikirannya. Kadangkala, dia mempunyai pandangan yang jauh dan kadangkala ianya ternyata terhad.Laksamana Kimmel menerima banyak amaran mengenai kemungkinan berlakunya peperangan. Beliau kemudian membuat perancangan yang mengutamakan program latihan untuk menyediakan anggota-anggota penting yang dapat menyempurnakan tugas-tugas mereka dan dapat memastikan agar penghantaran bekalan kepada pengkalan Amerika di Timur Jauh berjalan dengan licin. Di sini, kami dapat melihat Laksamana Kimmel berpandangan jauh apabila perancangan yang dibuat sangat teliti untuk menghadapi ancaman musuh. Mereka bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan perang dan merasakan masih mempunyai banyak masa untuk melaksanakannya.



Pemikiran Laksamana Kimmel mula berubah apabila pada akhir musim luruh tahun 1941, sikap dan kelakuan mereka mula berbeza. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru. Fikiran dan pandangan Laksamana Kimmel pada ketika itu menunjukkan satu pemikiran yang tidak matang apabila hanya mengekalkan sumber yang ada sedangkan tanda-tanda peperangan  semakin jelas. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya merasakan diri mereka sangat kuat dan tidak mungkin akan jatuh oleh sebarang serangan Jepun. Hal ini dibuktikan apabila tiada perubahan terhadap rancangan mereka bahkan masih memberi cuti minggu kepada kebanyakan anggota tentera laut di Pearl Harbour. Selain itu ia dikuatkan lagi dengan kebenaran melabuhkan kapal-kapal perang dalam Armada Pasifik.



Walaubagaimanapun, pemikiran Laksamana Kimmel kadangkala menjadi goyah atau was-was. Hal ini dibuktikan dengan pernyataan daripada teks yang berbunyi "Kimmel kerap membincangkan mengenai setiap amaran peperangan yang diterima dengan penolong-penolongnya. Tetapi, kadangkala beliau dibuai emosi tampil meminta jaminan (tentang pendirian mereka) dengan penolong-penolongnya".



Selain itu juga, pemikiran beliau dilihat sebagai terhad atau tidak berkembang dan tidak berpandangan jauh. Ini dilihat daripada pernyataan teks "tetapi, perbincangan mereka hanya terhad kepada realiti perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran ini" dan "Kimmel telah menerima penafian bahawa kekaburan mengenai kedudukan Pearl Habour dalam amaran bererti ia tidak dianggap sebagai satu amaran, walaupun amaran yang diterima menunjukkan sebaliknya".



2.         Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?



Sebelum melancarkan perancangan yang telah dibuat,mereka telah mengalami beberapa kesukaran sperti kemungkinan berlakunya peperangan yang berlarutan dengan Jepun dan kesukaran yang akan dihadapi dalam menggerakkan tenaga manusia dan sumber-sumber yang terhad. Peperangan yang berlarutan dengan Jepun merupakan halangan yang dikhuatiri oleh mereka. Selain itu,kesukaran yang mereka alami menganggu perancangan mereka. Mereka akan menghadapi  risiko yang sangat besar jika mereka tidak bersedia berperang dengan Jepun. Ini kerana masalah menggerakkan tenaga manusia dan sumber-sumber yang terhad.



 Jumlah tenaga manusia yang tidak cukup tidak dapat membantu mereka melancarkan peperangan. Bukan itu sahaja, sumber-sumber yang terhad tidak dapat menampung segala urusan yang perlu dilaksanakan.Selain itu,mereka juga akan mengalami kos yang tinggi untuk menghadapi peperangan. Mereka akan mengalami kerugian jika peperangan ini dilancarkan. Mereka perlu merancang dengana lebih teliti untuk membanteras masalah kewangan yang tidak mencukupi.



"Mereka   gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour (Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut."  Baris ini menunjukkan bahawa masalah utama mereka ialah kegagalan mengenal pasti petanda-petanda yang akan terjadi. Mereka kemungkinan besar lalai dalam menjalani perancangan mereka. Bukan itu sahaja,mereka juga tidak mempunyai persediaan dalam mkenghadapi peperangan ini. Malah mereka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas.



Kebanyakan masalah yang mereka hadapi juga berpunca daripada tingkah laku dan pendeirian mereka yang tidak tetap. Mereka juga sering dibuai emosi seperti ketakutan dan kerisauan masalah yang dihadapi ketika berperang. Selain itu,segala perbincangan mereka hanyalah angan-angan kosong sahaja. Mereka tidak melaksanakan apa yang telah mereka rancangkan. Mereka juga bersikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan  tentera darat mereka tentang langkah-langkah yang telah diambil.  Selain itu, halangan- halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan adalah disebabkan oleh sikap ambil mudah dn tidak serius apabila sudah mendapat amaran-amaran serangan Jepun terhadap Pearl Harbour. Sebagai contoh Kimmel sudah banyak kali mendapat amaran namun hasil perbincangan dengan penolong- penolongnya, beliau merumuskan bahawa Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbour. Kimmel langsung tidak menyelidiki perkara tersebut lantaran beliau berfikir secara jumud. Hal ini juga dapat dilihat daripada ketidakadilan beliau menggunakan saluran-saluran komunikasi yang ada pada beliau untuk menghubungi pihak Washington bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan amaran serangan Pearl Harbour.



Malahan beliau hanya pandai menafikan kekaburan mengenai Pearl Harbour dalam amaran-amaran beerti ia tidak dipandang sebagai satu amaran walaupun amaran yang diterima adalah sebaliknya. Sepatutnya, Kimmel perlu sentiasa berwaspada dengan amaran- amaran seperti ini. Ironinya, dalam kita membuat keputusan beberapa perkara perlu dititik beratkan seperti rasionaliti dalam membuat keputusan. Dalam berpandukan rasionaliti, Kimmel sepatutnya mengambil amaran sebagai masalah yang sudah dikenalpasti dan seterusnya beliau perlu menjana jalan penyelesaian dengan bantuan penolong- penolongnya. Selepas itu, memilih penyelesaian yang terbaik dan melaksanakanya. Akhir sekali, mengkaji semula keberkesanan langkah-langkah tersebut. Jika dari awal Kimmel bertindak seperti ini sudah pasti Kimmel tidak akan menghadapi sebarang bentuk masalah dalam mempertahankan Pearl Harbour.