Pelajar-pelajar semua,
Berikut disertakan contoh Learning Journal yang baik daripada kursus lain. Tema-tema pengajaran digabungjalin dan disulami dengan rempah ratus kehidupan membuatkan pembaca rasa tertarik sebab ianya menarik.
AZM
Kelas hari ini merupakan kelasku yang pertama. Manakan tidak, baru sahaja aku bersama Mahani mendaftar kursus Pengurusan Emosi. Masuk sahaja dewan kuliah, sudah ramai yang hadir. Kami lewat, kebingungan. Lihat sahaja slide kuliah di hadapan, aku bertambah bingung, tak tahu apa yang sedang diajar Pensyarah. Di saat itu, air mukaku jelas menampakkan kerisauan gara-gara kurang memahami isi kandungan pengajaran hari itu. Hal ini disedari oleh sahabatku, lantas aku ditegur. Sebenarnya, riak mukaku tadi amat bertepatan dengan Theory Of Emotion (TOE) oleh Darwin, yang mana menyatakan bahawa, riak muka menggambarkan emosi. Kali ini aku cuba lebih menumpukan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh pensyarah. Kami seterusnya dijelaskan mengenai emosi primari, yang mana ianya merupakan sesuatu yang bersifat semulajadi, dan universal. Memang, kuakui bahawa perasaan tidak boleh dibuat-buat. Ianya datang secara semulajadi, sama seperti yang kualami, perasaan marah yang teramat sangat. Namun, aku percaya bahawa emosi yang seumpama ini mampu untuk ditangani.
Kuimbas semula, dari pagi sehingga berlangsungnya kelas pada sebelah petang, terlalu banyak emosi yang kualami. Dari sedih, gembira, marah, sehinggalah gementar, seluruh perasaan ini mengundang pelbagai ekspresi wajahku. Bukan itu sahaja, malah emosi-emosi ini turut merangsang pergerakan fizikalku. Antaranya, disebabkan kelewatan ke kelas, aku menjadi tak tentu arah, agak gementar, lantas pergerakan tadi aku lajukan. Hal ini dijelaskan oleh Plutchik dalam Language Of Emotion. Satu hal lagi yang masih kuingat, terdapat emosi berlawanan bagi emosi-emosi yang tertentu. Biasa lah, jika marah lawannya takut, jika gembira lawannya sedih, dan jika terima lawannya meluat. Perasaan ini memang biasa dirasai oleh manusia normal seperti aku dan rakan-rakan.
Sudah melepasi dua jam pertama, kurasakan mata semakin berat, menandakan rasa mengantuk kian dirasai. Kuteruskan juga mengikuti apa yang disampaikan pensyarah. Sekarang Plutchik mengemukakan empat model emosi, berdasarkan lapan emosi primari. Aku mula keliru memikirkan teori-teori, dan model-model yang dikemukakan. Semakin rumit rasanya, apabila setiap slide yang dipersembahkan, kebanyakannya dibuat dalam Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, ada yang menarik perhatianku, yang mana dijelaskan oleh Riak Muka Semulajadi Izard (Izard’s Innate Facial Expression), bahawa wajah gembira manusia, adalah lebih cenderung berbanding riak muka yang menggambarkan ketakutan. Aku kurang bersetuju dengan kenyataan ini, kerana kecenderungan untuk setiap emosi dan juga riak muka adalah bergantung kepada individu berkenaan. Namun begitu, mungkin terdapat peratusan tertentu dalam setiap emosi, serta riak wajah yang dipamerkan.
Sudah hampir masuk ke jam yang ketiga, keinginan untuk meninggalkan dewan kuliah mula berputik. Kubelek jam tangan berulang kali. Emosiku kian membangkit, kurasakan tidak sabar untuk meninggalkan dewan, tetapi kutahan bagi menghormati pensyarah dan juga kuliah yang sedang berlangsung. Memang benar, emosi dapat diatasi dan dikawal. Tambahan pula, aku amat bersetuju dengan pendapat bahawa emosi itu, sebahagiannya dapat dipelajari. Melalui apa yang kualami ketika itu, kukawal emosiku, lantas dapat menghentikan anggota badanku daripada menzahirkan emosi untuk meninggalkan dewan kuliah.
Tiba-tiba kuteringat akan keluarga di rumah. Masing-masing punya emosi yang tersendiri. Ayahku agak panas baran, ibu pula lemah lembut. Kufikir-fikir, mungkinkah emosi yang kualami selama ini, ada dipengaruhi oleh faktor genetik? Mungkin tidak, kerana menurut kajian Miller, emosi yang terbit dari seseorang individu, tidak langsung mempunyai asas biologi, yang mungkin diperturunkan dari satu generasi ke generasi. Aku pasti, emosi yang lahir adalah bersifat semulajadi, tanpa dipengaruhi oleh emosi ibu bapa, mahupun ahli keluarga lain.
Tup! Mejaku diketuk oleh rakan sebelah. Kelas hampir sampai ke hujungnya. Kini kuiz menanti. Mujurlah kali ini kami diberi kuiz untuk dijawab secara berkumpulan. Aku lega tatkala pensyarah memulakan kuiz, kami menjawab dengan penuh yakin, padahal kuliah minggu lepas tidak kami hadiri.
Keputusannya, hanya sebahagian sahaja soalan yang berjaya dijawab dengan betul. Kami pasrah, walaupun rasa agak terkilan kerana tak dapat markah penuh. Hal ini menimbulkan sedikit rasa risau dan takut, memandangkan markah hanya diberi kepada yang mendapat betul semua sahaja. Ini secara tidak langsung mangingatkanku kepada sesi kuliah sebentar tadi, melalui kajian yang dijalankan Albert, rasa takut sebenarnya adalah dipelajari. Sejauh mana kebenarannya, aku juga tak pasti. Kelas hari itu berakhir di situ, setelah pensyarah selesai mengumumkan kumpulan yang mendapat markah bonus, serta menyampaikan taklimat ringkas berkenaan kursus Pengurusan Emosi. Aku pulang dengan keletihan yang jelas terpancar di riak mukaku.
Showing posts with label Learning Journal. Show all posts
Showing posts with label Learning Journal. Show all posts
Friday, July 24, 2009
Contoh Learning Journal - Tajuk 2
Para pelajar semua,
Di bawah ini disertakan contoh LJ terpilih. Terdapat beberapa istilah diubah untuk tujuan penerbitan dan keperluan pembaca yang berbilang bangsa. Penulis telah menggunakan tema-tema yang digabungjalin dengan contoh pengalaman sendiri. Terdapat pelajar yang buat LJ dengan hanya mengupas dan meringkaskan apa yang dipelajari, ini kurang menarik. Saya juga akan kemukakan contoh dari kursus Pengurusan Emosi.
Untuk pengetahuan penulis, ustaz di bawah menggunakan guided intuition, intuition ini bukan ikut gerak hati saja, sebagai seorang yang tinggi di segi agama, beliau dipandu oleh sesuatu yang mulia (divine intervention).
AZM
Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah masuk minggu kedua saya mengikuti kuliah “KMK”. Pensyarah kami, Encik Zamri Mansor telah mengajar bab 2, iaitu “Model-model Membuat Keputusan”.
Menurut apa yang saya pelajari, model membuat keputusan ada 3, iaitu Classical Model, Administrative Model dan Political Model. Namun, saya masih samar-samar lagi mengenai model-model ni. Saya mesti mendapatkan maklumat lagi untuk lebih memahaminya.
Saya pernah terbaca sebuah buku yang agak famous bertajuk ”Aku Terima Nikahnya” yang ditulis oleh Hasrizal Abdul Jamil, beliau merupakan seorang pendakwah dan pakar motivasi. Penulis dikenali dengan gelaran Abu Saif dan pernah berkhidmat sebagai Minister Of Religion di Bealfast Islamic Center, Ireland Utara. Di dalam buku tersebut, diceritakan bagaimana beliau membuat keputusan untuk menikahi seorang doktor. Ada beberapa sahabatnya tidak bersetuju beliau berkahwin dengan doktor lantaran kesibukannya. Kisah ini amat unik bagi saya. Saya juga suka lawati blog beliau iaitu saifulislam.com. Banyak ilmu pengetahuan yang saya boleh dapati melaluinya.
Menurut penulis, beliau hanya berpandukan fatwa hati. Beliau memiliki sedikit sahaja maklumat tentang wanita tersebut dan memiliki gambar yang mana beliau langsung tidak boleh mengecam rupanya. Beliau berpegang pada pesan Rasulullah s.a.w bahawa hati itu tenteram kepada kebaikan, gelisah terhadap kejahatan. Sebelum membuat keputusan muktamad beliau memohon petunjuk Yang Maha Esa agar memberkati pilihannya. Dengan tenang beliau bersetuju untuk mengikat tali perkahwinan dengan wanita tersebut sehingga akhirnya terbina sebuah keluarga yang amat bahagia.
Decision yang dibuat oleh ustaz Hasrizal ni agaknya termasuk dalam kategori model yang mana ye?? Classical atau administrative atau political?? Nampaknya saya kena betul-betul faham ketiga-tiga model ni dulu baru saya dapat jawapannya..

Subscribe to:
Posts (Atom)