Tuesday, August 17, 2010

Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan Tegas

Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?

                Pada pendapat saya, cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir adalah salah.

Hal ini disebabkan oleh, sikap Laksamana Kimmel yang begitu degil.  Contohnya, beliau mempunyai sikap yang begitu jumud dalam membuat keputusan. Dalam apa jua keadaan, beliau masih terlalu perpegang teguh pada pendiriannya iaitu menggunakan sumber yang sedia ada pada mereka untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar baru serta menghantar bekalan kepada pangkalan-pangkalan yang berhampiran dengan Jepun walaupun pada ketika itu beliau telah mendapat khabar angin bahawa pihak Jepun akan menyerang Pearl Harbour.

Selain daripada itu, saya juga berpendapat bahawa Laksamana Kimmel juga sering membuat keputusan dalam keadaan yang tidak rasional. Beliau tidak mengenali pasti masalah yang dihadapi, tidak mencari dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Tindakan beliau telah banyak menyusahkan orang ramai. Beliau juga kurang mengambil perhatian apa yang sedang berlaku di kelilingnya. Contohnya, beliau tidak bertanya dengan tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil.
Di samping itu, beliau juga sering membuat keputusan dalam keadaan heuristika, iaitu membuat keputusan dalam keadaan kekurangan maklumat. Contohnya, apabila terdapat sedikit maklumat tentang Jepun akan menyerang Pearl Harbour , beliau masih leka dan tidak endah akan maklumat tersebut serta terus berpegang teguh pada rancangannya untuk melatih kelasi dan askar baru.

Tambahan pula, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai persepsi yang salah terhadap pihak Jepun bahawa mereka adalah lemah dan tidak mungkin boleh mengalahkan mereka. Ini, menunjukkan bahawa mereka adalah sombong dan memandang rendah terhadap pihak lawan mereka. Justerunya, mereka mengabaikan maklumat-maklumat yang menyatakan bahawa Jepun akan menyerang Pearl Harbour. Oleh itu, persepsi yang salah terhadap pihak lawan telah menyebabkan Laksamana Kimmel tidak mempunyai pemahaman mengenai masalah yang sedia ada dan ini akan membawa kepada pembuatan keputusan yang tidak tepat.

Akhirnya, pemikiran Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya yang terlalu optimistik menyebabkan mereka tidak menghiraukan amaran-amaran yang telah dimaklumkan. Sebagai akibatnya, beliau gagal mempertahankan Pearl Harbor. Sekiranya sewaktu beliau menerima maklumat tentang Jepun akan menyerang Amerika Syarikat secara mengejut, beliau haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya. Oleh itu, beliau harus mengambil kira kemungkinan berlakunya peperangan dan kesukaran yang dihadapi.





Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?

                Terdapat halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan .

Halangan pertama yang dihadapi oleh mereka adalah membuat keputusan dalam situasi rumit, iaitu mereka tidak mempunyai maklumat yang mencukupi. Contohnya, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya pada awalnya mempunyai info-info yang terhad. Mereka beranggap bahawa pihak Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbour disebablan info yang menyatakan bahawa kebanyakan kekuatan Jepun tertumpu pada Negara Asia, khususnya Malaya . Oleh sebab itu, beliau dan penolong-penolongnya berteguh untuk meneruskan rancangan mereka untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar yang baru tetapi bukan tentera darat.

Kedua ialah dalam proses membuat keputusan, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai persepsi yang  terhadap pihak Jepun. Contohnya, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai keyakinan yang tinggi maka mereka menganggap bahawa pihak Jepun merupakan pihak yang lemah dan mudah untuk dikalahkan.  Hal ini mengakibatkan beliau mengabaikan maklumat-maklumat yang diperolehi bahawa pihak Jepun akan menyerang Pearl Harbor. Tambahan pula, beliau juga mempunyai sifat bias yang telah menyebabkan beliau tidak dapat menganalisa maklumat tentang serangan Pearl Harbor dengan rasional.

Akhirnya ialah sikap mereka yang tidak rasional dan tidak prihatin. Dalam keadaan yang mempunyai maklumat yang terhad, beliau dan penolong-penolongnya tidak membuat perbincangan secara mendalam untuk mengkaji maklumat-maklumat yang berkaitan dengan penyerangan Jepun terhadap Pearl Harbor. Tambahan pula, mereka memandang remeh tentang perkara ini. Justeru, mereka tidak mengambil inisiatif untuk mengukuhkan pertahanan di Pearl Harbor. Mereka seharusnya membuat keputusan dalam keadaan yang rasional iaitu mereka haruslah mengkaji maklumat dan mengenal pasti masalah-masalah yang sedia ada. Selepas itu, mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah tersebut dan akhirnya barulah membuat keputusan. Dengan ini, keputusan yang diambil adalah tepat dan yang terbaik.

Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan PLATO

Soalan Pertama


Pada pendapat kami, cara berfikir Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya tidak berpandangan jauh . Walaupun mereka memperoleh segala maklumat dan amaran, mereka tidak mengambil sebarang langkah untuk memperkukuh tentera pertahanan mereka di Pearl Harbour. Laksamana Kimmel sepatutnya bertindak dengan cepat dan bijak mengatur strategi untuk mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan Jepun. Cara berfikir Kimmel dan penolong-penolongnya boleh dikaikatkan dengan "over-confidence bias" dimana mereka terlalu yakin akan keupayaan diri sendiri dan tidak mengendahkan amaran yang telah dikeluarkan. Selain itu, Laksamana dan penolong-penolongnya tidak berwawasan dan tidak berpandangan jauh. Contohnya, "Tetapi, perbincangan mereka hanya terhad kepada realiti perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran ini. Semasa bermesyuarat, pcnolong-penolong Kimmel menyatakan bahawa Hawaii atau Pearl Harbour tidak disebut dengan khusus, sedangkan tempat-tempat lain seperti Filipina. Malaya serta tempat-tempat yang terpencil disebut secara khusus."  Situasi ini jelas meperlihatkan pemikiran jentera Kimmel yang tidak dapat berfikir jauh akan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku di Pearl Harbour berdasarkan maklumat dan amaran yang telah mereka peroleh. Walaupun, sehari sebelum 7 Disember, Laksamana Kimmel risau akan langkah-langkah keselamatan yang telah diambil oleh beliau namun penolong-penolongya masih degil akan keputusan yang telah mereka ambil. Contohnya, "Penolongnya yang lain pula memberi jaminan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah diambil memadai. Kami mengambil keputusan, "kata Kimmel kemudiannya, "bahawa apa yang telah kami laksanakan adalah memadai dan kami akan kekal dengannya". Demikianlah kata Kimmel sambil bertolak untuk menghadiri parti pada petang itu." Situasi di atas menunjukkan keputusan dan pemikiran Laksamana mudah dipengaruhi oleh penolong-penolonya yang akhirnya membawa kepda kemusnahan Pearl Harbour. Secara keseluruhannya, mendidik kita supaya berfikir and berpandangan jaug terhadap masalah yang kita hadapai selain bertindak pantas tetapi bijak agar keputusan yang kita ambil dapat menyelesaikan masalah tersebut.


Soalan 2


Berdasarkan perbincangan yang kami telah lakukan, terdapat beberapa halangan yang wujud semasa proses membuat keputusan tersebut antaranya ialah, masalah kos yang perlu ditanggung yang sangat tinggi untuk menghadapi peperangan tersebut iaitu keputusan yang dibuat nanti bakal berdepan dengan masalah kos yang terlalu tinggi untuk ditanggung oleh tentera Amerika kerana peperangan berskala besar tersebut melibatkan jumlah kos yang sangat besar. Selain itu, halangan juga dihadapi dari segi sikap Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya yang enggan mengambil kira pendapat daripada luar berhubung dengan peperangan tersebut menyebabkan keputusan baru yang lebih berkesan tidak dapat diambil bagi mengelakkan Pearl Harbour daripada diserang Jepun. Di samping itu juga, halangan juga berlaku dalam bentuk sikap pihak Laksaman Kimmel serta penolong-penolongnya yang terlalu angkuh dengan kekuatan yang ada pada tentera Amerika sehingga mereka tidak menyedari bahawa perancangan yang dibuat daripada pihak musuh iaitu Jepun jauh lebih berstrtegik berbanding perancangan mereka. Sebagai contoh, walaupun mereka mengetahui bahawa mereka dan bahagian-bahagian lain daripada angkatan tentera Amerika Syarikat tidak bersedia untuk menghadapi peperangan, mereka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas. Pihak Jepun, pada fikiran mereka, tidak akan menyerang mana-mana kawasan Amerika Syarikat. Walaupun ada kemungkinan Jepun akan menyerang, serangan itu tidak mungkin dilakukan ke atas Pearl Harbour. Halangan lain pula adalah daripada sikap Laksamana Kimmel yang tidak yakin dengan diri sendiri apabila telah menerima amaran peperangan namun masih bertindak leka terhadap amaran tersebut dan terus berada di pendirian lamanya walaupun beliau tahu akan risiko yang datang di dalam amaran-amaran tersebut. Sikap mengambil mudah terhadap amaran-amaran yang diberikan juga menyebabkan berlakunya masalah dalam mengambil keputusan yang terbaik dalam peperangan tersebut. Akhir sekali, sikap tidak mempercayai maklumat yang diberikan daripada pihak atasan menjadi penghalang kepada pembuatan keputusan di samping sikap malas untuk bertanya tentang penjelasan sesuatu perkara yang telah diarahkan kepada mereka. Hal ini menyebabkan keputusan terbaik tidak dapat dicapai semasa peperangan tersebut.

"Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan Think Tank"


Soalan 1

Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?



Pada pendapat kami, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir dengan menggunakan model administrative. Hal ini disebabkan, keputusan yang diambil oleh Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya merupakan keputusan yang kabur dan tidak pasti. Mereka juga tidak mempunyai alasan yang kukuh dalam membuat keputusan. Hali ini amat selaras dengan modul administrative yang mempunyai sifat-sifat seperti sesuatu yang kabur dan tidak pasti. Keputusan yang dibuat adalah sebuah keputusan yang tidak dirancang atau diprogramkan.



Tambahan pula, Kimmel hanya berpandukan kepada pemerhatian beliau tanpa menyelidiki secara terperinci akan maklumat tentang serangan yang mungkin akan dilakukan. Selain itu, keputusan yang dilakukan juga boleh dikategorikan sebagai bounded rasionality apabila mempunyai kekangan terhadap pelbagai bentuk pengaruh seperti karekter penolong-penolongnya dan melibatkan emosi Kimmel sendiri.



Paling mengecewakan apabila Laksamana Kimmel dan penolong-penolongya hanya menggunakan gerak hati semata-mata. Keadaan ini dapatlah dikatakan bahawa Laksamana dan penolong-penolongnya membuat keputusan secara terburu-buru dan sambil lewa tanpa meneliti maklumat yang sedia ada. Akibatnya, Kimmel dan laksamananya terpaksa berdepan dengan kesan yang buruk lantaran sikap terburu-buru mereka.





Soalan 2

Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?



Antara halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan adalah sikap sambil lewa Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya dengan mengambil mudah rancangan serangan Jepun tanpa bertanya. Kimmel dan penolong-penolongnya terpengaruh dengan sikap memandang rendah akan keupayaan Jepun untuk menyerang Pearl Harbour ekoran kedudukan dan persiapan serangan yang memadai dilihat oleh beliau.



Selain itu, kekurangan maklumat juga merupakan punca lain berlakunya kesilapan keputusan yang dibuat oleh Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya. Kimmel dan penolong-penolongnya tidak meneliti akan persiapan Jepun untuk menyerang Pearl Harbour. Maklumat yang diberikan oleh pentadbiran pusat British hanya berbentuk amaran dan tidak menberikan gambaran yang jelas. Melalui hal inilah kekaburan maklumat berlaku hingga Kimmel mengambil keputusan yang terburu-buru dan dalam keadaan sambil lewa.



Di samping itu, pengaruh persepsi yang ada dalam diri Kimmel dan penolongnya menyebabkan keputusan ini dilakukan. Persepsi Kimmel terhadap Jepun adalah mereka tidak mampu untuk menyerang Pearl Habour dan berpendapat bahawa pertahanan ketenteraannya adalah kukuh. Pertahanan ini dianggap beliau sebagai pertahanan yang mampu mengekang kemaraan Jepun, walhal tidak. Kesilapan perkiraan beliau ini boleh dikaitkan dengan pengaruh perhatian beliau terhadapan komponen tenteranya.

"Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan PERMATA KASIH'




TUGASAN TUTORIAL:  KES ADMIRAL KIMMEL DI PEARL HARBOUR



  1. Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?


Pada pendapat kami, Laksaman Kimmel seorang yang tidak tetap pemikirannya. Kadangkala, dia mempunyai pandangan yang jauh dan kadangkala ianya ternyata terhad.Laksamana Kimmel menerima banyak amaran mengenai kemungkinan berlakunya peperangan. Beliau kemudian membuat perancangan yang mengutamakan program latihan untuk menyediakan anggota-anggota penting yang dapat menyempurnakan tugas-tugas mereka dan dapat memastikan agar penghantaran bekalan kepada pengkalan Amerika di Timur Jauh berjalan dengan licin. Di sini, kami dapat melihat Laksamana Kimmel berpandangan jauh apabila perancangan yang dibuat sangat teliti untuk menghadapi ancaman musuh. Mereka bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan perang dan merasakan masih mempunyai banyak masa untuk melaksanakannya.



Pemikiran Laksamana Kimmel mula berubah apabila pada akhir musim luruh tahun 1941, sikap dan kelakuan mereka mula berbeza. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru. Fikiran dan pandangan Laksamana Kimmel pada ketika itu menunjukkan satu pemikiran yang tidak matang apabila hanya mengekalkan sumber yang ada sedangkan tanda-tanda peperangan  semakin jelas. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya merasakan diri mereka sangat kuat dan tidak mungkin akan jatuh oleh sebarang serangan Jepun. Hal ini dibuktikan apabila tiada perubahan terhadap rancangan mereka bahkan masih memberi cuti minggu kepada kebanyakan anggota tentera laut di Pearl Harbour. Selain itu ia dikuatkan lagi dengan kebenaran melabuhkan kapal-kapal perang dalam Armada Pasifik.



Walaubagaimanapun, pemikiran Laksamana Kimmel kadangkala menjadi goyah atau was-was. Hal ini dibuktikan dengan pernyataan daripada teks yang berbunyi "Kimmel kerap membincangkan mengenai setiap amaran peperangan yang diterima dengan penolong-penolongnya. Tetapi, kadangkala beliau dibuai emosi tampil meminta jaminan (tentang pendirian mereka) dengan penolong-penolongnya".



Selain itu juga, pemikiran beliau dilihat sebagai terhad atau tidak berkembang dan tidak berpandangan jauh. Ini dilihat daripada pernyataan teks "tetapi, perbincangan mereka hanya terhad kepada realiti perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran ini" dan "Kimmel telah menerima penafian bahawa kekaburan mengenai kedudukan Pearl Habour dalam amaran bererti ia tidak dianggap sebagai satu amaran, walaupun amaran yang diterima menunjukkan sebaliknya".



2.         Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?



Sebelum melancarkan perancangan yang telah dibuat,mereka telah mengalami beberapa kesukaran sperti kemungkinan berlakunya peperangan yang berlarutan dengan Jepun dan kesukaran yang akan dihadapi dalam menggerakkan tenaga manusia dan sumber-sumber yang terhad. Peperangan yang berlarutan dengan Jepun merupakan halangan yang dikhuatiri oleh mereka. Selain itu,kesukaran yang mereka alami menganggu perancangan mereka. Mereka akan menghadapi  risiko yang sangat besar jika mereka tidak bersedia berperang dengan Jepun. Ini kerana masalah menggerakkan tenaga manusia dan sumber-sumber yang terhad.



 Jumlah tenaga manusia yang tidak cukup tidak dapat membantu mereka melancarkan peperangan. Bukan itu sahaja, sumber-sumber yang terhad tidak dapat menampung segala urusan yang perlu dilaksanakan.Selain itu,mereka juga akan mengalami kos yang tinggi untuk menghadapi peperangan. Mereka akan mengalami kerugian jika peperangan ini dilancarkan. Mereka perlu merancang dengana lebih teliti untuk membanteras masalah kewangan yang tidak mencukupi.



"Mereka   gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour (Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut."  Baris ini menunjukkan bahawa masalah utama mereka ialah kegagalan mengenal pasti petanda-petanda yang akan terjadi. Mereka kemungkinan besar lalai dalam menjalani perancangan mereka. Bukan itu sahaja,mereka juga tidak mempunyai persediaan dalam mkenghadapi peperangan ini. Malah mereka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas.



Kebanyakan masalah yang mereka hadapi juga berpunca daripada tingkah laku dan pendeirian mereka yang tidak tetap. Mereka juga sering dibuai emosi seperti ketakutan dan kerisauan masalah yang dihadapi ketika berperang. Selain itu,segala perbincangan mereka hanyalah angan-angan kosong sahaja. Mereka tidak melaksanakan apa yang telah mereka rancangkan. Mereka juga bersikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan  tentera darat mereka tentang langkah-langkah yang telah diambil.  Selain itu, halangan- halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan adalah disebabkan oleh sikap ambil mudah dn tidak serius apabila sudah mendapat amaran-amaran serangan Jepun terhadap Pearl Harbour. Sebagai contoh Kimmel sudah banyak kali mendapat amaran namun hasil perbincangan dengan penolong- penolongnya, beliau merumuskan bahawa Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbour. Kimmel langsung tidak menyelidiki perkara tersebut lantaran beliau berfikir secara jumud. Hal ini juga dapat dilihat daripada ketidakadilan beliau menggunakan saluran-saluran komunikasi yang ada pada beliau untuk menghubungi pihak Washington bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan amaran serangan Pearl Harbour.



Malahan beliau hanya pandai menafikan kekaburan mengenai Pearl Harbour dalam amaran-amaran beerti ia tidak dipandang sebagai satu amaran walaupun amaran yang diterima adalah sebaliknya. Sepatutnya, Kimmel perlu sentiasa berwaspada dengan amaran- amaran seperti ini. Ironinya, dalam kita membuat keputusan beberapa perkara perlu dititik beratkan seperti rasionaliti dalam membuat keputusan. Dalam berpandukan rasionaliti, Kimmel sepatutnya mengambil amaran sebagai masalah yang sudah dikenalpasti dan seterusnya beliau perlu menjana jalan penyelesaian dengan bantuan penolong- penolongnya. Selepas itu, memilih penyelesaian yang terbaik dan melaksanakanya. Akhir sekali, mengkaji semula keberkesanan langkah-langkah tersebut. Jika dari awal Kimmel bertindak seperti ini sudah pasti Kimmel tidak akan menghadapi sebarang bentuk masalah dalam mempertahankan Pearl Harbour.











Kes Admiral Kimmel - Jawapan Kumpulan Alternatif

1.

            Laksamana Kimmel dan penolongnya berfikir secara tidak rasional dan mudah mengenepikan segala kemungkinan yang mungkin timbul. Mereka hanya berfikir berlandaskan andaian dan bukan berdasarkan bukti-bukti dari amaran yang telah dikeluarkan.  Mereka percaya kepada kekuatan dan persediaan yang telah mereka  amalkan selama ini di Pearl Harbor mencukupi. Namun begitu, satu sikap yang harus dipuji ialah mereka bersikap optimistik terhadap keupayaan tentera mereka dalam menghadapi peperangan. Walaubagaimanapun, sikap ini tidak selari dengan amaran-amaran yang diterima dan Laksamana Kimmel tetap percaya Pearl Harbor tidak akan menjadi sasaran jika Jepun menyerang.

            Selain itu, Laksamana Kimmel juga bersikap emosional dan terlalu mengikut perasaan ketika berfikir. Beliau dan penolongnya tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Beliau terlalu yakin dengan pendiriannya dan enggan mengubahnya walaupun telah menerima banyak maklumat dan amaran-amaran yang telah diterima oleh mereka. Namun begitu beliau masih memegang keputusan yang dianggap rasional olehnya. Ketika mereka bemesyuarat membincangkan amaran-amaran ini, beliau masih tidak mengambil langkah berjaga-jaga dan hanya mebincangkan realiti amaran-amaran yang dikeluarkan tanpa mengambil kira keupayaan Jepun dalam melaksanakan serangan mengejut. Mereka masih beranggapan Pearl Harbor tidak berpotensi diserang seperti Filipina dan Malaya.

            Beliau juga tidak mengambil kira alternatif-alternatif lain yang ada. Contohnya, beliau mengenepikan sumber-sumber lain dan menbuat keputusan sendiri. Beliau tidak menggunakan saluran komunikasi dengan baik dan tidak meminta penjelasan serta berbincang dengan Washington dalam proses membuat keputusan. Contohnya, beliau hanya mengandaikan  kesemua unit tentera darat di Hawaii telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepenuhnya dengan unit-unit Meriam Penangficia kapal terbang dan radar berada dalam keadaan bersiap sedia. Di sini beliau telah menunjukkan juga sikap kurang mengambil endah.


2.

            Halangan-halangan yang wujud semasa proses membuat keputusan adalah Laksamana Kimmel terlalu mempercayai penolong-penolongnya hingga tidak mengendahkan amaran-amaran yang telah diterima. Misalnya, apabila penolongnya meyakinkan bahawa Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbor kerana seluruh kekuatan pihak tentera Jepun terikat di Asia, penolongnya turut meyakinkan beliau bahawa langkah berjaga-jaga  terhad  yang telah diambil sudah memadai. Beliau mempercayai kata-kata penolongnya tanpa memikirkan kemungkinan yang lain.

            Selain itu, mereka lebih menumpukan kepada perancangan untuk menjalankan program latihan bagi menyediakan anggota-anggota penting yang dapat menyempurnakan tugas-tugas mereka dan dapat memastikan agar penghantaran bekalan kepada pengkalan-pengkalan Amerika di Timur Jauh berjalan dengan licin. Hal ini menyebabkan fokus utama mereka terpesong. Selain itu sikap "over confident" yang dimiliki Laksamama Kimmel yang beranggapan mereka akan ada masa untuk mengatur dan merumuskan rancangan perang  turut mengganggu proses membuat keputusan .

             Sikap pandang rendah terhadap keupayaan Jepun juga menjadi faktor dalam membuat keputusan yang tidak bijak. Mereka beranggapan Jepun tidak akan berupya menyerang Pearl Harbor malah mereka (Laksamana Kimmel  dan penolongnya) memberi nama tempat-tempat selain Pearl Harbor yang lebih berpotensi  menjadi sasaran Jepun.

            Laksamana Kimmel juga sering mengadaptasi pendapat Herbert Simon dimana beliau membuat keputusan hanya dengan berasaskan andaian.  Contohnya, Laksamana Kimmel beranggapan bahawa Pearl Harbor tidak akan terddedah kepada sebarang serangan atau bahaya. Beliau juga mengandaikan bahawa semua unit tentera darat di Hawaii sudah mengambil langkah berjaga-jaga secukupnya.

            Hal ini kemudiannya telah membawa kepada halangan seterusnya iaitu sikap tidak peduli Laksamana Kimmel. Banyak perkara penting yang beliau tidak endahkan sehingga menjadi kegagalan beliau dalam menjangka serangan Jepun. Contohnya, semua amaran perang yang diterima tidak diambil kira dalam perancangan beliau. Beliau juga tidak mengendahkan tentera yang bertugas di  Hawaii yang akhirnya ketika Pearl Harbor diserang barulah mereka sedar bahawa mereka tidak pun bersedia untuk diserang.

            Kesimpulannya, keputusan yang diambil Laksamana Kimmel mempunyai banyak persamaan dengan pendapat Herbert Simon dan "Bounded Rationality".

           








Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan Inspirasi


Pada pendapat kami,cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir adalah mengikut teori bias. Bias yang kami maksudkan di sini ialah berdasarkan aspek 'overconfidence bias'. Hal ini jelas ditunjukkan apabila Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya terlalu yakin dengan kemampuan mereka untuk membuat keputusan yang bijak dan situasi ini amat bertepatan dengan definisi 'overconfidence bias' tersebut.

Kita boleh melihat kesahihan teori ini melalui cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir dan bersetuju untuk meneruskan perancangan. Perancangan tersebut mengutamakan program latihan untuk menyediakan anggota-anggota penting yang dapat menyempurnakan tugas-tugas mereka. Perancangan ini juga demi memastikan  agar penghantaran bekalan kepada pangkalan-pangkalan Amerika di Timur Jauh berjalan dengan licin walaupun mereka menyedari bahawa perancangan itu mengambil kira kemungkinan berlakunya peperangan yang berlarutan dengan Jepun. Sebagai contoh, pada akhir musim luruh tahun 1941, apabila tanda- tanda menjadi semakin jelas, sikap dan kelakuan mereka mula berbeza. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru. Mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour (Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut. Mereka berulang kali menegaskan keinginan mereka untuk kekal dengan keputusan menggunakan sumber yang ada pada mereka sahaja untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar baru serta menghantar bekalan kepada pengkalan-pengkalan yang hampir dengan Jepun. Mereka telah  tidak memberi perhatian kepada usaha mewujudkan satu sistem amaran yang akan memberi keutamaan kepada rnereka dalam mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan musuh. Selain daripada itu, contoh seterusnya dapat dilihat melalui peristiwa di mana, pada fikiran Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya, pihak Jepun  tidak akan menyerang mana-mana kawasan Amerika Syarikat. Mereka juga berpendapat  bahawa walaupun ada kemungkinan Jepun akan menyerang, serangan itu tidak mungkin dilakukan ke atas Pearl Harbour.

Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa pemikiran Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya adalah berasaskan teori bias iaitu 'overconfidence bias'. Kesan daripada cara mereka berfikir tersebut, mereka sendiri yang menerima padah apabila Pearl Harbour diserang.
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

Pada pendapat kami, halangan-halangan yang wujud dalam cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya membuat keputusan ialah perancangan yang tidak sempurna. Oleh sebab Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kapada bahaya, beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan sebelum itu adalah memadai. Pada ketika yang sama, beliau mengandaikan bahawa kesemua unit tentera darat di Hawaii telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepenuhnya dengan unit-unit Meriam Penangficia kapal terbang dan radar berada dalam keadaan bersiap sedia. Di sini beliau telah menunjukkan juga sikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan pihak tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil. Kesemua hal ini jelas menunjukkan bahawa perancangan yang dilakukan oleh Laksamana Kimmel hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga.

 Selain itu, kegagalan meneliti risiko dalam pilihan yang telah dibuat juga merupakan salah satu daripada halangan yang wujud dalam pembuatan keputusan Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya. Hal ini dapat dilihat apabila mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour (Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut.

Halangan seterusnya ialah kelemahan Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya  menganalisa maklumat yang mereka perolehi. Ancaman yang dinyatakan melalui amaran-amaran ini sepatutnya sudah mencukupi untuk mendorong Kimmel berbincang dengan penolong-penolongnya tentang langkah-langkah yang perlu diambil. Tetapi, perbincangan mereka hanya terhad kepada realiti perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran ini. Semasa bermesyuarat, pcnolong-penolong Kimmel menyatakan bahawa Hawaii atau Pearl Harbour tidak disebut dengan khusus, sedangkan tempat-tempat lain seperti Filipina. Malaya serta tempat-tempat yang terpencil disebut secara khusus. Hal ini jelas menunjukkan mereka bukan sahaja tidak memproses maklumat dengan baik malah mereka tidak mengendahkan langsung maklumat-maklumat yang diberikan oleh pihak Jepun dan Washington.

Kesimpulan daripada kes Laksamana Kimmel di Pearl Harbour, halangan-halangan yang wujud dalam proses membuat keputusan memberi kesan terhadap peristiwa yang bakal berlaku pada masa hadapan.  




Kes Admirel Kimmel - Jawapan Kumpulan Srikandi

Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan Srikandi

1. Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?
Pada pendapat kami, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya telah membuat keputusan berdasarkan 'bounded-rationality'.  'Bounded rationality' ialah keputusan yang dibuat telah dibatasi oleh pelbagai halangan ketika membuat keputusan. Antara contoh halangannya ialah Kimmel kerap membincangkan mengenai setiap amaran peperangan yang diterimanya dengan penolong-penolongnya. Tetapi adakalanya beliau dibuai emosi tampil meminta jaminan(tentang pendirian mereka) daripada penolong-penolongnya. Emosi itu adalah unsur kekangan dalam membuat keputusan. Selain itu juga, ia dapat dilihat apabila Laksamana Kimmel telah  mendapat petanda akan diserang tetapi tetap berpegang pada rasional beliau.
 Di samping itu, keputusan yang dibuat itu juga ada 'ambiguity' atau kekaburan. Iaitu ketika penolong-penolong Laksamana Kimmel mengatakan bahawa pihak Jepun tidak menyebut secara khusus Pearl Harbour  dalam serangan mereka berbanding dengan Filipina dan Malaya. Ini bermakna mereka tidak mendapat informasi yang betul.
Satisficing juga ada digunakan oleh Laksamana Kimmel dalam membuat keputusan mempertahankan Pearl Harbour.  Oleh sebab Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kapada bahaya, beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu adalah memadai. Ini kerana mengikut konsep 'satisficing' mereka membuat keputusan secara ala kadar iaitu tanpa maklumat dan tanpa mengambil masa yang lama.  Atau dengan kata lain menggunakan jalan pintas. 
Laksamana Kimmel juga telah menggunakan model membuat keputusan berdasarkan politikal.  Keputusan dibuat berdasarkan perundingan, bentuk pakatan, dan mewakili kepentingan tertutup. Laksamana Kimmel banyak membuat perbincangan dengan penolong-penolongnya bagi memastikan Pearl Harbour todak diserang olah Jepun. 
Laksamana Kimmel tidak merancang mempertahankan Pearl Harbour dengan betul.  Ini dapat dibuktikan apabila beliau mengarahkan tentera darat mempertahankan kemudahan-kemudahan ketenteraan dan menghadapi kemungkinan sabotaj daripada kalangan penduduk tempatan. Ini menunjukkan beliau menggunakan jalan pintas dalam mempertahankan Pearl Harbour. 
Mereka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas.  Pihak Jepun, pada fikiran mereka tidak akan menyerang mana-mana kawasan Amerika Syarikat. Ini menunjukkan mereka membuat keputusan berdasarkan model 'Administrative" kerana terdapat unsur 'satisficing' dan hanya bergantung pada gerak hati. 


2. Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?   
                          
  Terdapat beberapa halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan. Antara halangan tersebut ialah wujudnya unsur 'overconfidence bias'. Unsur ini menyatakan bahawa seseorang yang terlalu mempercayai kebolehan sendiri dalam membuat keputusan. 
Contohnya, Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kapada bahaya, beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu adalah memadai. Pada ketika yang sama, beliau mengandaikan bahawa kesemua unit tentera darat di Hawaii telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepenuhnya dengan unit-unit Meriam Penangficia kapal terbang dan radar berada dalam keadaan bersiap sedia. Di sini beliau telah menunjukkan juga sikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil. 
Dalam kes ini, sikap menunjukkan sikap 'overconfidence bias' dapat dilihat apabila beliau juga kurang mengambil endah kerana menganggap Pearl Harbor tidak terdedah kepada bahaya dan beliau tidak bertanya tentang langkah yang diambil. Beliau terlalu yakin dengan dirinya.
Seterusnya, halangan lain yang wujud semasa mereka membuat keputusan ialah kewujudan unsur 'anchoring bias' .Unsur ini telah menjadi halangan kerana mereka tetap menggunakan maklumat pertama dan maklumat awal sebagai panduan dalam keputusan yang dibuat.
Contohnya, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru. Mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour (Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut. Mereka berulang kali menegaskan keinginan mereka untuk kekal dengan keputusan menggunakan sumber yang ada pada mereka sahaja untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar baru serta menghantar bekalan kepada pengkalan-pengkalan yang hampir dengan Jepun.
Keputusan Laksamana Kimmel dan penolongnya yang masih berpegang teguh kepada dasar dalam peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru menunjukkan dengan jelas sikap 'anchoring bias' yang menjadi halangan dalam keputusan mereka.
Di samping itu, terdapat halangan lain semasa mereka membuat keputusan tersebut. Terdapat unsur 'confirmation bias'. Halangan ini hanya menggunakan fakta untuk menyokong keputusan yang dibuat.
Dalam kes ini, semasa bermesyuarat, pcnolong-penolong Kimmel menyatakan bahawa Hawaii atau Pearl Harbour tidak disebut dengan khusus, sedangkan tempat-tempat lain seperti Filipina. Malaya serta tempat-tempat yang terpencil disebut secara khusus. Kimmel telah menerima penafian bahawa kekaburan mengenai kedudukan Pearl Harbour dalam amaran-amaran bererti ia tidak dianggap sebagai satu amaran, walaupun amaran yang diterima menunjukkan sebaliknya.
Oleh sebab Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kapada bahaya, beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu adalah memadai.
Dalam kes ini, unsure 'confirmation bias' ketara dilihat apabila Kimmel menyatakan Pearl Harbor tidak berisiko kerana tidak disebut dengan khusus seperti Negara lain yang diserang.


Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan THE TEENAGERS

1  .Pada pendapat kami,kegagalan Amerika di Pearl Harbour menampakkan bahawa kuasa besar tidak sehebat yang kita sangkakan bahkan boleh dikalahkan oleh oleh kuasa kecil seperti jepun . Walaupun struktur organisasi kerajaan Amerika Syarikat amat mantap tetapi jika tidak bekerjasama besar kemungkinan akan menerima kekalahan .
Pearl Harbour merupakan kubu utama dari sudut daratan dan lautan sebagaimana yang kita lihat dari petikan cerita ini yang mengatakan beribu kapal laut terdapat di perairan di Pearl Harbour . Kelengkapan perang dan sistem komunikasi di Pearl Harbour juga kelihatan kukuh . Pada perang dunia kedua,jepun telah mengadakan revolusi perang demi
menyambut saranan Maharaja Jepun ketika itu . Ketika itu jepun telah berjaya menguasai sebahagian besar dari Asia . Teknik peperangan jepun ketika juga sangat unik , askar jepun telah menggunakan basikal untuk melalui denai-denai kecil yang sukar untuk dilalui oleh kereta kebal jepun . Di samping itu,sebelum memulakan penaklukan jepun telah mempengaruhi minda rakyat bagi negara tersebut dengan melancarkan
propaganda yang menguar-uarkan mari bersama-sama jepun menubuhkan Asia Timur Raya . Kebangkitan Jepun ketika itu telah menyebabkan kuasa-kuasa besar membuat persediaan dengan rapi untuk berhadapan kemungkinan peperangan bersama Jepun.Pearl Harbour ketika itu telah ditadbir oleh Laksamana Kimmel.Sebelum berlakunya,pelbagai amaran telah dikeluarkan oleh pihak Amerka Syarikat sendiri.Laksamana Kimmel ketika itu lebih
mengutamakan program latihan untuk menyediakan anggota-anggota tentera yang penting yang dapat menyempurnakan tugasan.Bagi saya,perancangan ini adlah terbaik yang dilakukan oleh Laksamana Kimmel jika peperangan tersebut berlarutan dengan jangka masa yang panjang.Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya sedar akan risiko yang akan mereka hadapi tetapi tetap optimistik terhadap sesuatu tindakan yang dilakukan oleh Laksamana Kimmel.
Keputusan yang dibuat oleh Laksamana Kimmel boleh dikategorikan dalam rasional yang terikat.Keputusan yang dibuat oleh Laksaman Kimmel terikat dengan pelbagai halangan.contoh bagi halangan tersebaut ialah seperti persendirian dan persekitaran. Dari segi persendirian,Laksamana Kimmel menghadapi saat yang sukar dan dibuai emosi diri sendiri.
Hal ini menyebabkan keputusan yang dibuat adalah tidak rasional. Laksamana Kimmel kelihatan terburu-buru membuat keputusan. Dari segi persekitaran,Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar lama dan tidak membuat pembaharuan dalam struktur organisasi sendiri kerana pihak jepun telah arif mengenai dasar lama yang dilakukan oleh Laksamana kimmel.Mereka kelihatan sungguh optimistik tentang keupayaan Amerika Syarikat dan tidak membuat persediaan yang mencukupi.
Keputusan yang dilakukan Laksamana Kimmel tidak sebulat suara tetapi menggunakan kuasa majoriti dalam membuat keputusan. Dalam hal ini laksamana Kimmel telah melaksanakan pentadbiran model
Laksamana Kimmel juga bersikap acuh tak acuh dengan tentera darat dan laut dan beliau mengandaikan pihak tentera telah bersedia. Laksamana Kimmel mempunyai kebatasan untuk mengetahui bagaimana keputusan diproses dan lebih cenderung untuk memenuhi kebolehan pengurusan dan pengoptimum jumlah informasi. Hal ini menyebabkan kimmel tidak dapat mengetahui semua alternatif bagi semua keputusan yang mustahil.
Laksamana Kimmel telah menggunakan jalan pintas untuk membuat keputusan. Jalan pintas ini dapat dilihat apabila kimmel menerima sebulat suara dari penolong-penolongnya dan menyiapkan diri untuk peperangan dengan keadaan yang minimum. Apabila kimmel menerima maklumat dari ketua operasi tentera laut di Washington menyebabkan kimmel kelihatan resah. Dalam suasana yang cukup tidak rasional, kimmel ingin terus mengekalkan corak lama.Perbincangan yang dibuat kimmel juga menampakkan hanya terhad kepada
realiti semata-mata. Ketika itu kimmel tidak mempunyai masa,informasi atau keupayaan untuk menangani kesukaran yang berkaitan dengan rasional.Kimmel tidak kelihatan rasional apabila tidak menggunakan saluran-saluran komunikasi untuk mendapatkan informasi yang mencukupi untuk membuat keputusan
Kimmel juga menggunakan proses satisficing didalam hal ini. Panglima Kimmel juga mengamalkan model pentadbiran dalam membuat keputusan.Dalam hal ini,keputusan akan dimenangi oleh majoriti.Secara kesimpulannya tindakan Kinnel dan penolong-penolongnya telah menyebabkan kekalhan Amerika Syarikat di tangan Jepun.


2  . Pada pendapat kami,terdapat beberapa halangan  yang dihadapi oleh Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnye dalam mereka membuat sesuatu keputusan.KIta dapat lihat di sini dimana mereka beranggapan mudah dalam membuat sesuatu keputusan .Hal ini dapat dilihat dari perenggan kedua petikan ini.Berdasarkan petikan ini,mereka sebenarnya sedar akan risiko yang bakal dihadapi oleh mereka pada peringkat awal lagi sekiranya tiada persiapan yang efektif untuk peperangan.Namun begitu mereka bersikap sambil lewa kerana mereka merasakan mereka mempunyai masa yang panjang untuk melakukan persiapan dalam peperangan tersebut.Dalam situasi ini, Laksana Kimmel tidak menggunakan sikap 'rationality' dalam membuat keputusan.Sebagai seorang ketua,beliau seharusnya mempunyai sikap 'rational' dalam membuat keputusan.'Rationality' ini adalah penting kerana seseorang itu seharusnya mempunyai maklumat yang cukup dalam alternatif membuat sesuatu keputusan.selain itu 'rationality' membantu seseorang menyelaraskan sesuatu masalah dan memilih alternatif yang terbaik dalam membuat keputusan.Seterusnya ,halangan yang seterusnya kita dapat lihat sikap angkuh dan tidak endah akan amaran peperangan.Mereka tetap dengan sikap optimis mereka di mana mereka berpegang teguh dengan dasar mereka.Mereka hanya membuat rasionalisasi yang tidak berasas di mana dalam konteks pemikiran mereka Jepun tidak akan menyerang Pearl Habour.Dalam hal ini,mereka tidak menggunakan cara klasikal model dalam membuat keputusan.Mereka tidak berfikir secara logik dalam melakukan sebarang keputusan.Mereka membuat andaian mereka sendiri dalam membuat keputusan mereka.Inilah salah satu halangan yang dihadapi oleh mereka dalam bentuk pemikiran.Sekali lagi sikap beliau dan penolong-penolongnya menyebabkan beberapa halangan telah timbul dalam membantu mereka membuat keputusan yang terbaik.Apabila kita rujuk pada perenggan ke-3,pada 27 November 1941,Kimmel menerima maklumat yang jelas mengenai amaran perang dari Washington.Amaran yang telah diberi ini diaharapkan dapat menyedarkan Kimmel dan penolongnya dalam membuat persiapan peperangan namun sebaliknya berlaku.Mereka berbincang dan mereka hanya menekankan kepada perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran tersbut.Hasil dari mesyuarat tersebut mereka membuat konklusi bahawa Pearl Habour tidak terdedah kepada bahaya kerana tidak disebut secara khusus berbanding tempat-tempat yang lain.Pemikiran dan keputusan yang dilakukan oleh mereka tidak mengikut heuristika.Mereka tidak berusaha berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan.Mereka tidak membuat sebarang kebarangkalian semasa perbincangan tersebut.Ini mengundang perasaan selesa dalam kalangan mereka sehingga mengabaikan sebarang amaran peperangan.Pepatah melayu ada menyebut 'jangan biarkan pisang berbuah dua kali',namun dalam kes ini,Kimmel dan pembantunya tetap melakukan kesalahan yang sama.Setelah menerima amaran daripada markas tentera laut Amerika Syarikat,mereka telah mengadakan perbincangan yang lama.Kimmel sedar bahawa pihak Jepun sedang membuat persiapan terakhir sebelum melancarkan serangan.Mereka membuat analisis dan mempertikaikan kod "kebanyakan" yang digunakan oleh Jepun.Akhirnya mereka sekali lagi mengambil remeh tentang perkara tersebut dan tidak mendapatkan sebarang rujukan maklumat dari Washington.Dalam hal ini, Kimmel dan penolongnya tidak mempunyai peranan 'cognitive tool'.Mereka tidak memahami tiga konsep dalam peranan ini iaitu persepsi ingatan dan perhatian.Setiap perkara yang diberikan kepada mereka hanya diambil remeh dan tiada perhatian dan penelitian yang sempurna dalam analisis mereka.Kesimpulannya,kita dapat dilihat di sini bahawa sikap Kimmel dan penolongnya adalah punca kepada halangan dalam membuat keputusan yang bernas dan tepat.

"Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan OPTIMIS"

PERSOALAN:


1.Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?
Peristiwa Pearl Harbour yang melibatkan Laksmana Kimmel sebagai Panglima
 Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat adalah contoh terabik bagi "Garbage Can Model" dimana organisasi tidak rasional dan keputusan yang diambil tidak menyelesaikan masalah.
Laksmana Kimmel dan penolong-penolongnya menerima banyak amaran mengenai kemungkinan berlakunya peperangan.Laksmana kimmel dan pengikutnya juga sedar akan risiko yang mareka hadapi sekiranya mereka tidak bersiap sedia rnenghadapi peperangan dengan Jepun.Namun mereka bersikap optimis dan merasakan bahawa mereka masih mempunyai banyak masa untuk membuat persiapan menghadapi serangan Jepun.
Pada akhir musim luruh 1941,mereka masih berpegang teguh dan mengenepikan setiap amaran baru.Mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour (Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut.Beliau telah mengabaikan amaran dan hanya membuat rancangan mengutamakan progam latihan tentera baru dan penghantaran bekalan ke pengkalan yang berdekatan dengan jepun.
Disamping itu,mereka telah mewujudkan rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas untuk menyedapkan hati masing-masing.Ini dapat dibuktikan apabila mereka tidak berniat mengubah rancangan dan masih memberi cuti hari Minggu kepada tentera di Pearl Harbour.Kapal-kapal perang Armada Pasifik juga dibenarkan berlabuh walhal kebarangkalian untuk serangan mengejut oleh Jepun adalah amat tinggi.Perbincangan antara mereka turut dilaksankan,tetapi akibat dibuai emosi, semua usaha ini umpama mencurah air ke daun keladi.
Perkara ini berlanjutan sehingga November 1941.ketua operasi tentera laut di Washington
telah memberi amaran jelas tentang ancaman perang.Kimmel sedar tetapi masih tidak  memantapkan lagi langkah berjaga-jaga.Beliau menganggap usaha yang terhad selama ini telah memadai.Sikap "satisficing" yang ada dalam diri kimmel dapat dilihat jelas dengan tindakan tersebut.

Laksmana Kimmel juga tidak mengambil endah apabila tidak langsung bertanya kepada tentera darat tentang persediaan menghadapi peperangan.Pada 3 Disember, perbincangan yang lama telah diadakan,namun analisa yang tidak tepat mengenai arahan Tokyo yang menyebut 'kebanyakan' tapi  bukan 'kesemuanya' telah dikeluarkan mereka hanya menunggu dan melihat tanpa membuat sebarang penambahbaikan.
Pada 6 Disember,seorang penolong yang terlampau yakin Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbour telah disokong ramai sekaligus mempengaruhi Kimmel."Bahawa apa yang telah kami laksanakan adalah memadai dan kami akan kekal dengannya" telah dijadikan kata putus.Keesokan harinya Pearl Harbour telah diserang.Peristiwa ini telah membuktikan ketidakrasional Laksmana Kimmel membuat keputusan hingga menyebabkan kerugian yang amat besar bagi Amerika Syarikat. 
2.Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?
Serangan Pearl Harbour pada 7 Disember 1941 boleh di klasifikasikan sebagai situasi rumit dimana ia melibatkan ribuan nyawa yang terkorban dan kerugian banyak harta dan kewangan bagi Amerika Syarikat.Ambiguity (kekaburan) melihat situasi ini ke tahap paling sukar,tanpa mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas serta ketiadaan maklumat yang menyeluruh.Halangan yang menyekat keputusan daripada menyertai masalah dalam kes Pearl Harbour adalah merangkumi 3 skop utama iaitu halangan emosi,kepincangan stratergi dan masalah komunikasi.
Halangan emosi adalah yang paling utama dimana ia menimpa Laksmana Kimmel dan penolong-penolongnya.Laksmana Kimmel terlayu yakin dan ego akan keputusannya yang hanya membuat persiapan terhad walaupun telah menerima amaran perang sejak awal lagi iaitu ketika musim panas 1941.Beliau turut memandang rendah kepada pihak Jepun dan menbuat andaian tanpa rasional yang berasas.Penolong Kimmel juga menambahburukkan keadaan apabila hanya bersetuju tanpa sebarang bantahan.Emosi yang tidak stabil akan mengundang kepada frasa di mana usaha yang dicurahkan tidak diberikan seratus peratus.
Halangan kedua yang memberikan kesan yang besar adalah kepincangan stratergi.Walaupun menerima beberapa kali amaran tentang serangan di Pearl Harbour, Laksmana Kimmel hanya menambahkan persiapan ketenteraan di kawasan yang berdekatan Jepun tanpa mengambil kira keselamatan Pearl Harbour.Para tentera tetap diberi cuti hujung minggu manakala kapal-kapal Armada pasifik masih diberi kebenaran untuk datang berdagang.Ini sekaligus telah mengundang bahaya penduduk tempatan.
Masalah komunikasi telah menjadi halangan ketiga di mana komunikasi tak telus diantara Laksmana Kimmel dan wakil tentera darat di Pearl harbour.Laksmana Kimmel tidak bertanya lebih lanjut tentang kesahihan amaran perang sebaliknya hanya memilih untuk berpeluk tubuh dan terus menunggu.Komunikasi tidak jelas juga berlaku antara beliau dan pengikut-pengikutnya yang membuat analisa secara tidak rasional dengan hanya memegang kata kunci 'kebanyakannya' bukan 'kesemuanya'.Masalah ini bertambah serius apabila Laksmana Kimmel tidak melaksanakan arahan yang diterima daripada pihak Washington.Surat amaran daripada Laksamana Stark juga diabaikan begitu sahaja.Akhirnya, pada keesokan harinya,& Disember 1941 Pearl Harbour telah diserang oleh pihak Jepun sekaligus menyebabkan kehilangan nyawa dan harta.

kes Admirel Kimmel_jawapan kumpulan RAINBOW


CARA-CARA LAKSAMANA KIMMEL DAN PENOLONG-PENOLONGNYA BERFIKIR
Dalam kes ini,Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan perang dan merasakan masih mempunyai banyak masa untuk melaksanakannya. Inggeris Oxford Dictionary mentakrifkan optimisme sebagai mempunyai "harapan dan keyakinan tentang masa depan atau berjaya hasil dari sesuatu; kecenderungan untuk memuat sudut pandang yang menguntungkan atau penuh harapan." Perkataan ini pada asalnya berasal dari bahasa Latin yang optimum, yang bermaksud "terbaik." Menjadi optimis, dalam erti kata khas, akhirnya bererti mengharapkan sesuatu hasil yang terbaik dari segala situasi. Dalam kes ini menunjukkan Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya bersifat optimistic kerana beliau dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru. Walaupun amaran mengenai serangan Jepun jelas diperkatakan.        
Mereka berulang kali menegaskan keinginan mereka untuk kekal dengan keputusan menggunakan sumber yang ada pada mereka sahaja untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar baru serta menghantar bekalan kepada pengkalan-pengkalan yang hampir dengan Jepun. Mereka telah  tidak memberi perhatian kepada usaha mewujudkan satu sistem amaran yang akan memberi keutamaan kepada rnereka dalam mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan musuh.
Mereka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas. Pihak Jepun, pada fikiran mereka, tidak akan menyerang mana-mana kawasan Amerika Syarikat. Walaupun ada kemungkinan Jepun akan menyerang, serangan itu tidak mungkin dilakukan ke atas Pearl Harbour. Mereka tidak nampak sebarang alasan untuk mengubah perancangan mereka. Kimmel kerap membincangkan mengenai setiap amaran peperangan yang diterimanya dengan penolong-penolongnya. Tetapi, adakalanya beliau dibuai emosi tampil meminta jaminan (tentang pendirian mereka) daripada penolong-penolongnya. Beliau bersama-sama dengan mereka memegang rasional-rasionalnya. Oleh itu, sikap ini mengukuhkan lagi keputusannya untuk mengenepikan amaran-amaran yang diterimanya. Hal ini menunjukkan Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya membuat keputusan secara Satificing iaitu membuat keputusan pilihan pertama memenuhi keperluan dan membuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian. Tatacara yang rasional tidak digunakan serta menggunakan gerak hati dan pengalaman yang pernah dilalui. Mereka juga membuat keputusan sekadar memenuhi keperluan. Sikap jumud dalam gaya pemikiran Kimmel dapat dilihat daripada ketidakadilan beliau menggunakan saluran-saluran komunikasi yang ada pada beliau untuk rnendapat penjelasan daripada Washington. Beliau telah menyetujui pendapat yang diutarakan oleh penolong-penolongnya dan telah membuat kesimpulan bahawa tidak wujud sebarang kemungkinan serangan mengejut ke atas Pearl Harbour pada ketika itu.
HALANGAN-HALANGAN YANG WUJUD DALAM LAKSAMANA KIMMEL DAN PENOLONG-PENOLONGNYA MEMBUAT KEPUTUSAN
Antara halangan yang dihadapi oleh Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya ialah kos yang tinggi akan dialami untuk menghadapi peperangan dengan Jepun Beliau kemudian membuat perancangan yang mengutamakan program latihan untuk menyediakan anggota-anggota penting yang dapat menyempurnakan tugas-tugas mereka dan dapat memastikan agar penghantaran bekalan kepada pengkalan-pengkalan Amerika di Timur Jauh berjalan dengan licin.Perancangan itu mengambil kira kemungkinan berlakunya peperangan yang barlarutan dengan Jepun dan kesukaran yang akan dihadapi dalam menggerakkan tenaga manusia dan sumber-sumber yang terhad. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya sedar akan risiko yang mereka hadapi sekiranya mereka tidak bersiap sedia rnenghadapi peperangan dengan Jepun. Mereka telah  tidak memberi perhatian kepada usaha mewujudkan satu sistem amaran yang akan memberi keutamaan kepada rnereka dalam mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan musuh.Mereka mengetahui bahawa mereka dan bahagian-bahagian lain daripada angkatan tentera Amerika Syarikat tidak bersedia untuk menghadapi peperangan. Seterusnya, sikap beliau yang mengikut emosi juga menjadi halangan dalam membuat keputusan iaitu beliau dibuai emosi tampil meminta jaminan (tentang pendirian mereka) daripada penolong-penolongnya. Beliau bersama-sama dengan mereka memegang rasional-rasionalnya. Oleh itu, sikap ini mengukuhkan lagi keputusannya untuk mengenepikan amaran-amaran yang diterimanya.
Semasa bermesyuarat, pcnolong-penolong Kimmel menyatakan bahawa Hawaii atau Pearl Harbour tidak disebut dengan khusus, sedangkan tempat-tempat lain seperti Filipina. Malaya serta tempat-tempat yang terpencil disebut secara khusus. Kimmel telah menerima penafian bahawa kekaburan mengenai keduduken Pearl Harbour dalam amaran-amaran bererti ia tidak dianggap sebagai satu amaran, walaupun amaran yang diterima menunjukkan sebaliknya. Sikap jumud dalam gaya pemikiran Kimmel dapat dilihat daripada ketidakadilan beliau menggunakan saluran-saluran komunikaai yang ada pada beliau untuk rnendapat penjelasan daripada Washington. Beliau telah menyetujui pendapat yang diutarakan oleh penolong-penolongnya dan telah membuat kesimpulan bahawa tidak wujud sebarang kemungkinan serangan mengejut ke atas Pearl Harbour pada ketika itu.
Oleh sebab Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kapada bahaya, beliau telah memutuskan ba¬hawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu adalah memadai. Beliau mengandaikan bahawa kesemua unit tentera darat di Hawaii telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepenuhnya dengan unit-unit Meriam Penangficia kapal terbang dan radar berada dalam keadaan bersiap sedia. pihak tentera darat juga hanya berada pada tahap langkah berjaga-jaga yang terhad dan usaha mereka hanya tertumpu kepada mempertahankan kernudahan-kemudahan ketenteraan dan menghadapi kernungkinan  sabotaj   daripada  kalangan  penduduk  ternpatan.
Mereka membuat analisis bahawa arahan yang dikeluarkan oleh Tokyo telah menyebutkan "kebanyakan" daripada kod dan bukan 'kesemuanya. Mereka menyimpulkan bahawa pemusnahan lebihan daripada kod itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga oleh pihak Jepun dan bukan sebagai persediaan untuk perang. Sekali lagi, tidak ada usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Washington mengenai bagaimana bahagian perisikan menafsirkan maklumat itu. ketua perisik tentara laut Kimmel telah memaklumkan kepadanya bahawa mereka gagal untuk mengesan kedudukan kapal-kapal pembawa kapal terbang Jepun.
Salah seorang daripada penolongnya telah meyakinkan beliau bahawa pihak Jepun tidak akan mampu untuk menyerang Pearl Harbour kerana kebanyakan daripada kekuatannya terikat di Asia. Penolongnya yang lain pula memberi jaminan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah diambil memadai. Kami mengambil keputusan, "kata Kimmel kemudiannya, "bahawa apa yang telah kami laksanakan adalah memadai dan kami akan kekal dengannya".