Tuesday, August 17, 2010

Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan B.M.K

SOALAN 1:BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG CARA LAKSAMANA KIMMEL DAN PENOLONG-PENOLONGNYA BERFIKIR
Pada pendapat saya,Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya boleh diklasifikasikan sebagai masyarakat yang menggunakan naluri(intuitive model) sebagai modelnya dalam membuat sesuatu keputusan.Mereka lebih bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan sesuatu rancangan perang dan masih berasakan mempunyai masa yang banyak lagi untuk melaksanakannya.Selain itu juga,mereka terlalu mengambil mudah terhadap amaran-amaran  yang telah diberitahu dahulu.Mereka mempunyai kecenderungan pelabuhan(anchoring bias) iaitu menggunakan maklumat awalan yang diterima pada satu ketika dahulu sebagai asas untuk membuat penilaian dalam melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu.Dalam kes ini,mereka gagal untuk mengambil perhatian tanda-tanda  yang semakin banyak  yang menunjukkan bahawa Pearl Habour mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut.Mereka tetap berulang kali menegaskan pendirian mereka bahawa keinginanan mereka untuk kekal dengan sumber yang ada(bounded rational) pada mereka untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar baru serta menghantar bekalan kepada pengkalan-pengkalan yang hampir sama dengan pengkalan Jepun.Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya juga terlalu cenderung yakin(overconfidence bias) terhadap keputusan yang mereka lakukan iaitu terlalu percaya terhadap keboehan diri sendiri dalam membuat sesuatu keputusan.Tidak dinafikan bahawa Kimmel kerap membincangkan mengenai  setiap amaran  yang diterimanya.Namun,adakalanya beliau lebih tegar dibuai emosi tampil meminta jaminan tentang diri mereka daripada penolong-penolongnya.Walaupun amaran berulang kali diberitahu,keresahan dalam diri mereka telah terpancar,tetapi hal ini tidak juga menggerakkan beliau untuk mengambil langkah-langkah pertahanan yang baru.Selain itu,perbincangan mereka juga terlalu terhad kepada realiti perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran sebelum ini(bounded rationality).



2) Apakah  halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?
 Halangan yang mempengaruhi mereka membuat keputusan ialah persepsi. Faktor yang mempengaruhi persepsi pula ialah anggapan. Mereka menganggap bahawa Pearl Habour tidak terdedah kepada bahaya. Kimmel telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu adalah memadai. Pada masa yang sama,beliau telah mengandaikan bahawa kesemua tentera darat di Hawaii telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepenuhnya dengan unit-unit. Meriam Penangficia ,kapal terbang dan radar berada dalam keadaan bersiap sedia. Beliau menunjukkan sikap kurang endah dan tidak bertanya dengan tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil. Halangan kedua pula ialah rasional yang terikat dalam membuat keputusan. Ia boleh dibahagikan kepada individu dan sekeliling.  Iaitu Kimmel percaya kepada penolong sekelilingnya yang berpegang teguh kepada dasar yang mereka rumuskan pada peringkat awal dan mengenepikan amaran baru. Mereka gagal untuk mengambil perhatian kepada petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Habour(Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut. Mereka berulang kali menegaskan bahawa keinginan mereka untuk kekal dengan keputusan menggunakan sumber yang ada pada mereka sahaja untuk melatih kelaso-kelasi kapal dan askar-askar baru. Mereka tidak memberi perhatian  kepada usaha mewujudkan satu system amaran yang akan mempertahankan Pearl Habour. Halangan yang ketiga pula ialah berpuas hati. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya sedar akan risiko yang mereka hadapi sekiranya mereka tidak bersiap sedia meghadapi peperangan dengan Jepun. Kos yang tinggi akan dialami untuk menghadapi peperangan yang sebegitu. Mereka bersikap optomistik tentang keupayann untuk merumuskan satu rancangan perang,dan merasakan masih mempunyai banyak masa untuk melaksanakan.

No comments: