Tuesday, August 17, 2010

Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan Tegas

Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?

                Pada pendapat saya, cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir adalah salah.

Hal ini disebabkan oleh, sikap Laksamana Kimmel yang begitu degil.  Contohnya, beliau mempunyai sikap yang begitu jumud dalam membuat keputusan. Dalam apa jua keadaan, beliau masih terlalu perpegang teguh pada pendiriannya iaitu menggunakan sumber yang sedia ada pada mereka untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar baru serta menghantar bekalan kepada pangkalan-pangkalan yang berhampiran dengan Jepun walaupun pada ketika itu beliau telah mendapat khabar angin bahawa pihak Jepun akan menyerang Pearl Harbour.

Selain daripada itu, saya juga berpendapat bahawa Laksamana Kimmel juga sering membuat keputusan dalam keadaan yang tidak rasional. Beliau tidak mengenali pasti masalah yang dihadapi, tidak mencari dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Tindakan beliau telah banyak menyusahkan orang ramai. Beliau juga kurang mengambil perhatian apa yang sedang berlaku di kelilingnya. Contohnya, beliau tidak bertanya dengan tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil.
Di samping itu, beliau juga sering membuat keputusan dalam keadaan heuristika, iaitu membuat keputusan dalam keadaan kekurangan maklumat. Contohnya, apabila terdapat sedikit maklumat tentang Jepun akan menyerang Pearl Harbour , beliau masih leka dan tidak endah akan maklumat tersebut serta terus berpegang teguh pada rancangannya untuk melatih kelasi dan askar baru.

Tambahan pula, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai persepsi yang salah terhadap pihak Jepun bahawa mereka adalah lemah dan tidak mungkin boleh mengalahkan mereka. Ini, menunjukkan bahawa mereka adalah sombong dan memandang rendah terhadap pihak lawan mereka. Justerunya, mereka mengabaikan maklumat-maklumat yang menyatakan bahawa Jepun akan menyerang Pearl Harbour. Oleh itu, persepsi yang salah terhadap pihak lawan telah menyebabkan Laksamana Kimmel tidak mempunyai pemahaman mengenai masalah yang sedia ada dan ini akan membawa kepada pembuatan keputusan yang tidak tepat.

Akhirnya, pemikiran Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya yang terlalu optimistik menyebabkan mereka tidak menghiraukan amaran-amaran yang telah dimaklumkan. Sebagai akibatnya, beliau gagal mempertahankan Pearl Harbor. Sekiranya sewaktu beliau menerima maklumat tentang Jepun akan menyerang Amerika Syarikat secara mengejut, beliau haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya. Oleh itu, beliau harus mengambil kira kemungkinan berlakunya peperangan dan kesukaran yang dihadapi.





Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?

                Terdapat halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan .

Halangan pertama yang dihadapi oleh mereka adalah membuat keputusan dalam situasi rumit, iaitu mereka tidak mempunyai maklumat yang mencukupi. Contohnya, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya pada awalnya mempunyai info-info yang terhad. Mereka beranggap bahawa pihak Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbour disebablan info yang menyatakan bahawa kebanyakan kekuatan Jepun tertumpu pada Negara Asia, khususnya Malaya . Oleh sebab itu, beliau dan penolong-penolongnya berteguh untuk meneruskan rancangan mereka untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar yang baru tetapi bukan tentera darat.

Kedua ialah dalam proses membuat keputusan, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai persepsi yang  terhadap pihak Jepun. Contohnya, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya mempunyai keyakinan yang tinggi maka mereka menganggap bahawa pihak Jepun merupakan pihak yang lemah dan mudah untuk dikalahkan.  Hal ini mengakibatkan beliau mengabaikan maklumat-maklumat yang diperolehi bahawa pihak Jepun akan menyerang Pearl Harbor. Tambahan pula, beliau juga mempunyai sifat bias yang telah menyebabkan beliau tidak dapat menganalisa maklumat tentang serangan Pearl Harbor dengan rasional.

Akhirnya ialah sikap mereka yang tidak rasional dan tidak prihatin. Dalam keadaan yang mempunyai maklumat yang terhad, beliau dan penolong-penolongnya tidak membuat perbincangan secara mendalam untuk mengkaji maklumat-maklumat yang berkaitan dengan penyerangan Jepun terhadap Pearl Harbor. Tambahan pula, mereka memandang remeh tentang perkara ini. Justeru, mereka tidak mengambil inisiatif untuk mengukuhkan pertahanan di Pearl Harbor. Mereka seharusnya membuat keputusan dalam keadaan yang rasional iaitu mereka haruslah mengkaji maklumat dan mengenal pasti masalah-masalah yang sedia ada. Selepas itu, mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah tersebut dan akhirnya barulah membuat keputusan. Dengan ini, keputusan yang diambil adalah tepat dan yang terbaik.

No comments: