Tuesday, August 17, 2010

Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan PLATO

Soalan Pertama


Pada pendapat kami, cara berfikir Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya tidak berpandangan jauh . Walaupun mereka memperoleh segala maklumat dan amaran, mereka tidak mengambil sebarang langkah untuk memperkukuh tentera pertahanan mereka di Pearl Harbour. Laksamana Kimmel sepatutnya bertindak dengan cepat dan bijak mengatur strategi untuk mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan Jepun. Cara berfikir Kimmel dan penolong-penolongnya boleh dikaikatkan dengan "over-confidence bias" dimana mereka terlalu yakin akan keupayaan diri sendiri dan tidak mengendahkan amaran yang telah dikeluarkan. Selain itu, Laksamana dan penolong-penolongnya tidak berwawasan dan tidak berpandangan jauh. Contohnya, "Tetapi, perbincangan mereka hanya terhad kepada realiti perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran ini. Semasa bermesyuarat, pcnolong-penolong Kimmel menyatakan bahawa Hawaii atau Pearl Harbour tidak disebut dengan khusus, sedangkan tempat-tempat lain seperti Filipina. Malaya serta tempat-tempat yang terpencil disebut secara khusus."  Situasi ini jelas meperlihatkan pemikiran jentera Kimmel yang tidak dapat berfikir jauh akan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku di Pearl Harbour berdasarkan maklumat dan amaran yang telah mereka peroleh. Walaupun, sehari sebelum 7 Disember, Laksamana Kimmel risau akan langkah-langkah keselamatan yang telah diambil oleh beliau namun penolong-penolongya masih degil akan keputusan yang telah mereka ambil. Contohnya, "Penolongnya yang lain pula memberi jaminan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah diambil memadai. Kami mengambil keputusan, "kata Kimmel kemudiannya, "bahawa apa yang telah kami laksanakan adalah memadai dan kami akan kekal dengannya". Demikianlah kata Kimmel sambil bertolak untuk menghadiri parti pada petang itu." Situasi di atas menunjukkan keputusan dan pemikiran Laksamana mudah dipengaruhi oleh penolong-penolonya yang akhirnya membawa kepda kemusnahan Pearl Harbour. Secara keseluruhannya, mendidik kita supaya berfikir and berpandangan jaug terhadap masalah yang kita hadapai selain bertindak pantas tetapi bijak agar keputusan yang kita ambil dapat menyelesaikan masalah tersebut.


Soalan 2


Berdasarkan perbincangan yang kami telah lakukan, terdapat beberapa halangan yang wujud semasa proses membuat keputusan tersebut antaranya ialah, masalah kos yang perlu ditanggung yang sangat tinggi untuk menghadapi peperangan tersebut iaitu keputusan yang dibuat nanti bakal berdepan dengan masalah kos yang terlalu tinggi untuk ditanggung oleh tentera Amerika kerana peperangan berskala besar tersebut melibatkan jumlah kos yang sangat besar. Selain itu, halangan juga dihadapi dari segi sikap Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya yang enggan mengambil kira pendapat daripada luar berhubung dengan peperangan tersebut menyebabkan keputusan baru yang lebih berkesan tidak dapat diambil bagi mengelakkan Pearl Harbour daripada diserang Jepun. Di samping itu juga, halangan juga berlaku dalam bentuk sikap pihak Laksaman Kimmel serta penolong-penolongnya yang terlalu angkuh dengan kekuatan yang ada pada tentera Amerika sehingga mereka tidak menyedari bahawa perancangan yang dibuat daripada pihak musuh iaitu Jepun jauh lebih berstrtegik berbanding perancangan mereka. Sebagai contoh, walaupun mereka mengetahui bahawa mereka dan bahagian-bahagian lain daripada angkatan tentera Amerika Syarikat tidak bersedia untuk menghadapi peperangan, mereka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas. Pihak Jepun, pada fikiran mereka, tidak akan menyerang mana-mana kawasan Amerika Syarikat. Walaupun ada kemungkinan Jepun akan menyerang, serangan itu tidak mungkin dilakukan ke atas Pearl Harbour. Halangan lain pula adalah daripada sikap Laksamana Kimmel yang tidak yakin dengan diri sendiri apabila telah menerima amaran peperangan namun masih bertindak leka terhadap amaran tersebut dan terus berada di pendirian lamanya walaupun beliau tahu akan risiko yang datang di dalam amaran-amaran tersebut. Sikap mengambil mudah terhadap amaran-amaran yang diberikan juga menyebabkan berlakunya masalah dalam mengambil keputusan yang terbaik dalam peperangan tersebut. Akhir sekali, sikap tidak mempercayai maklumat yang diberikan daripada pihak atasan menjadi penghalang kepada pembuatan keputusan di samping sikap malas untuk bertanya tentang penjelasan sesuatu perkara yang telah diarahkan kepada mereka. Hal ini menyebabkan keputusan terbaik tidak dapat dicapai semasa peperangan tersebut.

No comments: