Tuesday, August 17, 2010

"Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan Think Tank"


Soalan 1

Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?



Pada pendapat kami, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir dengan menggunakan model administrative. Hal ini disebabkan, keputusan yang diambil oleh Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya merupakan keputusan yang kabur dan tidak pasti. Mereka juga tidak mempunyai alasan yang kukuh dalam membuat keputusan. Hali ini amat selaras dengan modul administrative yang mempunyai sifat-sifat seperti sesuatu yang kabur dan tidak pasti. Keputusan yang dibuat adalah sebuah keputusan yang tidak dirancang atau diprogramkan.



Tambahan pula, Kimmel hanya berpandukan kepada pemerhatian beliau tanpa menyelidiki secara terperinci akan maklumat tentang serangan yang mungkin akan dilakukan. Selain itu, keputusan yang dilakukan juga boleh dikategorikan sebagai bounded rasionality apabila mempunyai kekangan terhadap pelbagai bentuk pengaruh seperti karekter penolong-penolongnya dan melibatkan emosi Kimmel sendiri.



Paling mengecewakan apabila Laksamana Kimmel dan penolong-penolongya hanya menggunakan gerak hati semata-mata. Keadaan ini dapatlah dikatakan bahawa Laksamana dan penolong-penolongnya membuat keputusan secara terburu-buru dan sambil lewa tanpa meneliti maklumat yang sedia ada. Akibatnya, Kimmel dan laksamananya terpaksa berdepan dengan kesan yang buruk lantaran sikap terburu-buru mereka.





Soalan 2

Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?



Antara halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan adalah sikap sambil lewa Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya dengan mengambil mudah rancangan serangan Jepun tanpa bertanya. Kimmel dan penolong-penolongnya terpengaruh dengan sikap memandang rendah akan keupayaan Jepun untuk menyerang Pearl Harbour ekoran kedudukan dan persiapan serangan yang memadai dilihat oleh beliau.



Selain itu, kekurangan maklumat juga merupakan punca lain berlakunya kesilapan keputusan yang dibuat oleh Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya. Kimmel dan penolong-penolongnya tidak meneliti akan persiapan Jepun untuk menyerang Pearl Harbour. Maklumat yang diberikan oleh pentadbiran pusat British hanya berbentuk amaran dan tidak menberikan gambaran yang jelas. Melalui hal inilah kekaburan maklumat berlaku hingga Kimmel mengambil keputusan yang terburu-buru dan dalam keadaan sambil lewa.



Di samping itu, pengaruh persepsi yang ada dalam diri Kimmel dan penolongnya menyebabkan keputusan ini dilakukan. Persepsi Kimmel terhadap Jepun adalah mereka tidak mampu untuk menyerang Pearl Habour dan berpendapat bahawa pertahanan ketenteraannya adalah kukuh. Pertahanan ini dianggap beliau sebagai pertahanan yang mampu mengekang kemaraan Jepun, walhal tidak. Kesilapan perkiraan beliau ini boleh dikaitkan dengan pengaruh perhatian beliau terhadapan komponen tenteranya.

No comments: