Tuesday, August 17, 2010

"Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan PERMATA KASIH'




TUGASAN TUTORIAL:  KES ADMIRAL KIMMEL DI PEARL HARBOUR



  1. Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?


Pada pendapat kami, Laksaman Kimmel seorang yang tidak tetap pemikirannya. Kadangkala, dia mempunyai pandangan yang jauh dan kadangkala ianya ternyata terhad.Laksamana Kimmel menerima banyak amaran mengenai kemungkinan berlakunya peperangan. Beliau kemudian membuat perancangan yang mengutamakan program latihan untuk menyediakan anggota-anggota penting yang dapat menyempurnakan tugas-tugas mereka dan dapat memastikan agar penghantaran bekalan kepada pengkalan Amerika di Timur Jauh berjalan dengan licin. Di sini, kami dapat melihat Laksamana Kimmel berpandangan jauh apabila perancangan yang dibuat sangat teliti untuk menghadapi ancaman musuh. Mereka bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan perang dan merasakan masih mempunyai banyak masa untuk melaksanakannya.



Pemikiran Laksamana Kimmel mula berubah apabila pada akhir musim luruh tahun 1941, sikap dan kelakuan mereka mula berbeza. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru. Fikiran dan pandangan Laksamana Kimmel pada ketika itu menunjukkan satu pemikiran yang tidak matang apabila hanya mengekalkan sumber yang ada sedangkan tanda-tanda peperangan  semakin jelas. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya merasakan diri mereka sangat kuat dan tidak mungkin akan jatuh oleh sebarang serangan Jepun. Hal ini dibuktikan apabila tiada perubahan terhadap rancangan mereka bahkan masih memberi cuti minggu kepada kebanyakan anggota tentera laut di Pearl Harbour. Selain itu ia dikuatkan lagi dengan kebenaran melabuhkan kapal-kapal perang dalam Armada Pasifik.



Walaubagaimanapun, pemikiran Laksamana Kimmel kadangkala menjadi goyah atau was-was. Hal ini dibuktikan dengan pernyataan daripada teks yang berbunyi "Kimmel kerap membincangkan mengenai setiap amaran peperangan yang diterima dengan penolong-penolongnya. Tetapi, kadangkala beliau dibuai emosi tampil meminta jaminan (tentang pendirian mereka) dengan penolong-penolongnya".



Selain itu juga, pemikiran beliau dilihat sebagai terhad atau tidak berkembang dan tidak berpandangan jauh. Ini dilihat daripada pernyataan teks "tetapi, perbincangan mereka hanya terhad kepada realiti perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran ini" dan "Kimmel telah menerima penafian bahawa kekaburan mengenai kedudukan Pearl Habour dalam amaran bererti ia tidak dianggap sebagai satu amaran, walaupun amaran yang diterima menunjukkan sebaliknya".



2.         Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?



Sebelum melancarkan perancangan yang telah dibuat,mereka telah mengalami beberapa kesukaran sperti kemungkinan berlakunya peperangan yang berlarutan dengan Jepun dan kesukaran yang akan dihadapi dalam menggerakkan tenaga manusia dan sumber-sumber yang terhad. Peperangan yang berlarutan dengan Jepun merupakan halangan yang dikhuatiri oleh mereka. Selain itu,kesukaran yang mereka alami menganggu perancangan mereka. Mereka akan menghadapi  risiko yang sangat besar jika mereka tidak bersedia berperang dengan Jepun. Ini kerana masalah menggerakkan tenaga manusia dan sumber-sumber yang terhad.



 Jumlah tenaga manusia yang tidak cukup tidak dapat membantu mereka melancarkan peperangan. Bukan itu sahaja, sumber-sumber yang terhad tidak dapat menampung segala urusan yang perlu dilaksanakan.Selain itu,mereka juga akan mengalami kos yang tinggi untuk menghadapi peperangan. Mereka akan mengalami kerugian jika peperangan ini dilancarkan. Mereka perlu merancang dengana lebih teliti untuk membanteras masalah kewangan yang tidak mencukupi.



"Mereka   gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour (Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut."  Baris ini menunjukkan bahawa masalah utama mereka ialah kegagalan mengenal pasti petanda-petanda yang akan terjadi. Mereka kemungkinan besar lalai dalam menjalani perancangan mereka. Bukan itu sahaja,mereka juga tidak mempunyai persediaan dalam mkenghadapi peperangan ini. Malah mereka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas.



Kebanyakan masalah yang mereka hadapi juga berpunca daripada tingkah laku dan pendeirian mereka yang tidak tetap. Mereka juga sering dibuai emosi seperti ketakutan dan kerisauan masalah yang dihadapi ketika berperang. Selain itu,segala perbincangan mereka hanyalah angan-angan kosong sahaja. Mereka tidak melaksanakan apa yang telah mereka rancangkan. Mereka juga bersikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan  tentera darat mereka tentang langkah-langkah yang telah diambil.  Selain itu, halangan- halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan adalah disebabkan oleh sikap ambil mudah dn tidak serius apabila sudah mendapat amaran-amaran serangan Jepun terhadap Pearl Harbour. Sebagai contoh Kimmel sudah banyak kali mendapat amaran namun hasil perbincangan dengan penolong- penolongnya, beliau merumuskan bahawa Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbour. Kimmel langsung tidak menyelidiki perkara tersebut lantaran beliau berfikir secara jumud. Hal ini juga dapat dilihat daripada ketidakadilan beliau menggunakan saluran-saluran komunikasi yang ada pada beliau untuk menghubungi pihak Washington bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan amaran serangan Pearl Harbour.



Malahan beliau hanya pandai menafikan kekaburan mengenai Pearl Harbour dalam amaran-amaran beerti ia tidak dipandang sebagai satu amaran walaupun amaran yang diterima adalah sebaliknya. Sepatutnya, Kimmel perlu sentiasa berwaspada dengan amaran- amaran seperti ini. Ironinya, dalam kita membuat keputusan beberapa perkara perlu dititik beratkan seperti rasionaliti dalam membuat keputusan. Dalam berpandukan rasionaliti, Kimmel sepatutnya mengambil amaran sebagai masalah yang sudah dikenalpasti dan seterusnya beliau perlu menjana jalan penyelesaian dengan bantuan penolong- penolongnya. Selepas itu, memilih penyelesaian yang terbaik dan melaksanakanya. Akhir sekali, mengkaji semula keberkesanan langkah-langkah tersebut. Jika dari awal Kimmel bertindak seperti ini sudah pasti Kimmel tidak akan menghadapi sebarang bentuk masalah dalam mempertahankan Pearl Harbour.











No comments: