Tuesday, August 17, 2010

Kes Admiral Kimmel - Jawapan Kumpulan Alternatif

1.

            Laksamana Kimmel dan penolongnya berfikir secara tidak rasional dan mudah mengenepikan segala kemungkinan yang mungkin timbul. Mereka hanya berfikir berlandaskan andaian dan bukan berdasarkan bukti-bukti dari amaran yang telah dikeluarkan.  Mereka percaya kepada kekuatan dan persediaan yang telah mereka  amalkan selama ini di Pearl Harbor mencukupi. Namun begitu, satu sikap yang harus dipuji ialah mereka bersikap optimistik terhadap keupayaan tentera mereka dalam menghadapi peperangan. Walaubagaimanapun, sikap ini tidak selari dengan amaran-amaran yang diterima dan Laksamana Kimmel tetap percaya Pearl Harbor tidak akan menjadi sasaran jika Jepun menyerang.

            Selain itu, Laksamana Kimmel juga bersikap emosional dan terlalu mengikut perasaan ketika berfikir. Beliau dan penolongnya tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Beliau terlalu yakin dengan pendiriannya dan enggan mengubahnya walaupun telah menerima banyak maklumat dan amaran-amaran yang telah diterima oleh mereka. Namun begitu beliau masih memegang keputusan yang dianggap rasional olehnya. Ketika mereka bemesyuarat membincangkan amaran-amaran ini, beliau masih tidak mengambil langkah berjaga-jaga dan hanya mebincangkan realiti amaran-amaran yang dikeluarkan tanpa mengambil kira keupayaan Jepun dalam melaksanakan serangan mengejut. Mereka masih beranggapan Pearl Harbor tidak berpotensi diserang seperti Filipina dan Malaya.

            Beliau juga tidak mengambil kira alternatif-alternatif lain yang ada. Contohnya, beliau mengenepikan sumber-sumber lain dan menbuat keputusan sendiri. Beliau tidak menggunakan saluran komunikasi dengan baik dan tidak meminta penjelasan serta berbincang dengan Washington dalam proses membuat keputusan. Contohnya, beliau hanya mengandaikan  kesemua unit tentera darat di Hawaii telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepenuhnya dengan unit-unit Meriam Penangficia kapal terbang dan radar berada dalam keadaan bersiap sedia. Di sini beliau telah menunjukkan juga sikap kurang mengambil endah.


2.

            Halangan-halangan yang wujud semasa proses membuat keputusan adalah Laksamana Kimmel terlalu mempercayai penolong-penolongnya hingga tidak mengendahkan amaran-amaran yang telah diterima. Misalnya, apabila penolongnya meyakinkan bahawa Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbor kerana seluruh kekuatan pihak tentera Jepun terikat di Asia, penolongnya turut meyakinkan beliau bahawa langkah berjaga-jaga  terhad  yang telah diambil sudah memadai. Beliau mempercayai kata-kata penolongnya tanpa memikirkan kemungkinan yang lain.

            Selain itu, mereka lebih menumpukan kepada perancangan untuk menjalankan program latihan bagi menyediakan anggota-anggota penting yang dapat menyempurnakan tugas-tugas mereka dan dapat memastikan agar penghantaran bekalan kepada pengkalan-pengkalan Amerika di Timur Jauh berjalan dengan licin. Hal ini menyebabkan fokus utama mereka terpesong. Selain itu sikap "over confident" yang dimiliki Laksamama Kimmel yang beranggapan mereka akan ada masa untuk mengatur dan merumuskan rancangan perang  turut mengganggu proses membuat keputusan .

             Sikap pandang rendah terhadap keupayaan Jepun juga menjadi faktor dalam membuat keputusan yang tidak bijak. Mereka beranggapan Jepun tidak akan berupya menyerang Pearl Harbor malah mereka (Laksamana Kimmel  dan penolongnya) memberi nama tempat-tempat selain Pearl Harbor yang lebih berpotensi  menjadi sasaran Jepun.

            Laksamana Kimmel juga sering mengadaptasi pendapat Herbert Simon dimana beliau membuat keputusan hanya dengan berasaskan andaian.  Contohnya, Laksamana Kimmel beranggapan bahawa Pearl Harbor tidak akan terddedah kepada sebarang serangan atau bahaya. Beliau juga mengandaikan bahawa semua unit tentera darat di Hawaii sudah mengambil langkah berjaga-jaga secukupnya.

            Hal ini kemudiannya telah membawa kepada halangan seterusnya iaitu sikap tidak peduli Laksamana Kimmel. Banyak perkara penting yang beliau tidak endahkan sehingga menjadi kegagalan beliau dalam menjangka serangan Jepun. Contohnya, semua amaran perang yang diterima tidak diambil kira dalam perancangan beliau. Beliau juga tidak mengendahkan tentera yang bertugas di  Hawaii yang akhirnya ketika Pearl Harbor diserang barulah mereka sedar bahawa mereka tidak pun bersedia untuk diserang.

            Kesimpulannya, keputusan yang diambil Laksamana Kimmel mempunyai banyak persamaan dengan pendapat Herbert Simon dan "Bounded Rationality".

           








No comments: