Tuesday, August 17, 2010

Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan Inspirasi


Pada pendapat kami,cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir adalah mengikut teori bias. Bias yang kami maksudkan di sini ialah berdasarkan aspek 'overconfidence bias'. Hal ini jelas ditunjukkan apabila Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya terlalu yakin dengan kemampuan mereka untuk membuat keputusan yang bijak dan situasi ini amat bertepatan dengan definisi 'overconfidence bias' tersebut.

Kita boleh melihat kesahihan teori ini melalui cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir dan bersetuju untuk meneruskan perancangan. Perancangan tersebut mengutamakan program latihan untuk menyediakan anggota-anggota penting yang dapat menyempurnakan tugas-tugas mereka. Perancangan ini juga demi memastikan  agar penghantaran bekalan kepada pangkalan-pangkalan Amerika di Timur Jauh berjalan dengan licin walaupun mereka menyedari bahawa perancangan itu mengambil kira kemungkinan berlakunya peperangan yang berlarutan dengan Jepun. Sebagai contoh, pada akhir musim luruh tahun 1941, apabila tanda- tanda menjadi semakin jelas, sikap dan kelakuan mereka mula berbeza. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru. Mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour (Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut. Mereka berulang kali menegaskan keinginan mereka untuk kekal dengan keputusan menggunakan sumber yang ada pada mereka sahaja untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar baru serta menghantar bekalan kepada pengkalan-pengkalan yang hampir dengan Jepun. Mereka telah  tidak memberi perhatian kepada usaha mewujudkan satu sistem amaran yang akan memberi keutamaan kepada rnereka dalam mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan musuh. Selain daripada itu, contoh seterusnya dapat dilihat melalui peristiwa di mana, pada fikiran Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya, pihak Jepun  tidak akan menyerang mana-mana kawasan Amerika Syarikat. Mereka juga berpendapat  bahawa walaupun ada kemungkinan Jepun akan menyerang, serangan itu tidak mungkin dilakukan ke atas Pearl Harbour.

Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa pemikiran Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya adalah berasaskan teori bias iaitu 'overconfidence bias'. Kesan daripada cara mereka berfikir tersebut, mereka sendiri yang menerima padah apabila Pearl Harbour diserang.
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

Pada pendapat kami, halangan-halangan yang wujud dalam cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya membuat keputusan ialah perancangan yang tidak sempurna. Oleh sebab Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kapada bahaya, beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan sebelum itu adalah memadai. Pada ketika yang sama, beliau mengandaikan bahawa kesemua unit tentera darat di Hawaii telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepenuhnya dengan unit-unit Meriam Penangficia kapal terbang dan radar berada dalam keadaan bersiap sedia. Di sini beliau telah menunjukkan juga sikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan pihak tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil. Kesemua hal ini jelas menunjukkan bahawa perancangan yang dilakukan oleh Laksamana Kimmel hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga.

 Selain itu, kegagalan meneliti risiko dalam pilihan yang telah dibuat juga merupakan salah satu daripada halangan yang wujud dalam pembuatan keputusan Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya. Hal ini dapat dilihat apabila mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour (Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut.

Halangan seterusnya ialah kelemahan Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya  menganalisa maklumat yang mereka perolehi. Ancaman yang dinyatakan melalui amaran-amaran ini sepatutnya sudah mencukupi untuk mendorong Kimmel berbincang dengan penolong-penolongnya tentang langkah-langkah yang perlu diambil. Tetapi, perbincangan mereka hanya terhad kepada realiti perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran ini. Semasa bermesyuarat, pcnolong-penolong Kimmel menyatakan bahawa Hawaii atau Pearl Harbour tidak disebut dengan khusus, sedangkan tempat-tempat lain seperti Filipina. Malaya serta tempat-tempat yang terpencil disebut secara khusus. Hal ini jelas menunjukkan mereka bukan sahaja tidak memproses maklumat dengan baik malah mereka tidak mengendahkan langsung maklumat-maklumat yang diberikan oleh pihak Jepun dan Washington.

Kesimpulan daripada kes Laksamana Kimmel di Pearl Harbour, halangan-halangan yang wujud dalam proses membuat keputusan memberi kesan terhadap peristiwa yang bakal berlaku pada masa hadapan.  




No comments: