Tuesday, August 17, 2010

Kes Admirel Kimmel - Jawapan Kumpulan Srikandi

Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan Srikandi

1. Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?
Pada pendapat kami, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya telah membuat keputusan berdasarkan 'bounded-rationality'.  'Bounded rationality' ialah keputusan yang dibuat telah dibatasi oleh pelbagai halangan ketika membuat keputusan. Antara contoh halangannya ialah Kimmel kerap membincangkan mengenai setiap amaran peperangan yang diterimanya dengan penolong-penolongnya. Tetapi adakalanya beliau dibuai emosi tampil meminta jaminan(tentang pendirian mereka) daripada penolong-penolongnya. Emosi itu adalah unsur kekangan dalam membuat keputusan. Selain itu juga, ia dapat dilihat apabila Laksamana Kimmel telah  mendapat petanda akan diserang tetapi tetap berpegang pada rasional beliau.
 Di samping itu, keputusan yang dibuat itu juga ada 'ambiguity' atau kekaburan. Iaitu ketika penolong-penolong Laksamana Kimmel mengatakan bahawa pihak Jepun tidak menyebut secara khusus Pearl Harbour  dalam serangan mereka berbanding dengan Filipina dan Malaya. Ini bermakna mereka tidak mendapat informasi yang betul.
Satisficing juga ada digunakan oleh Laksamana Kimmel dalam membuat keputusan mempertahankan Pearl Harbour.  Oleh sebab Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kapada bahaya, beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu adalah memadai. Ini kerana mengikut konsep 'satisficing' mereka membuat keputusan secara ala kadar iaitu tanpa maklumat dan tanpa mengambil masa yang lama.  Atau dengan kata lain menggunakan jalan pintas. 
Laksamana Kimmel juga telah menggunakan model membuat keputusan berdasarkan politikal.  Keputusan dibuat berdasarkan perundingan, bentuk pakatan, dan mewakili kepentingan tertutup. Laksamana Kimmel banyak membuat perbincangan dengan penolong-penolongnya bagi memastikan Pearl Harbour todak diserang olah Jepun. 
Laksamana Kimmel tidak merancang mempertahankan Pearl Harbour dengan betul.  Ini dapat dibuktikan apabila beliau mengarahkan tentera darat mempertahankan kemudahan-kemudahan ketenteraan dan menghadapi kemungkinan sabotaj daripada kalangan penduduk tempatan. Ini menunjukkan beliau menggunakan jalan pintas dalam mempertahankan Pearl Harbour. 
Mereka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas.  Pihak Jepun, pada fikiran mereka tidak akan menyerang mana-mana kawasan Amerika Syarikat. Ini menunjukkan mereka membuat keputusan berdasarkan model 'Administrative" kerana terdapat unsur 'satisficing' dan hanya bergantung pada gerak hati. 


2. Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?   
                          
  Terdapat beberapa halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan. Antara halangan tersebut ialah wujudnya unsur 'overconfidence bias'. Unsur ini menyatakan bahawa seseorang yang terlalu mempercayai kebolehan sendiri dalam membuat keputusan. 
Contohnya, Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kapada bahaya, beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu adalah memadai. Pada ketika yang sama, beliau mengandaikan bahawa kesemua unit tentera darat di Hawaii telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepenuhnya dengan unit-unit Meriam Penangficia kapal terbang dan radar berada dalam keadaan bersiap sedia. Di sini beliau telah menunjukkan juga sikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil. 
Dalam kes ini, sikap menunjukkan sikap 'overconfidence bias' dapat dilihat apabila beliau juga kurang mengambil endah kerana menganggap Pearl Harbor tidak terdedah kepada bahaya dan beliau tidak bertanya tentang langkah yang diambil. Beliau terlalu yakin dengan dirinya.
Seterusnya, halangan lain yang wujud semasa mereka membuat keputusan ialah kewujudan unsur 'anchoring bias' .Unsur ini telah menjadi halangan kerana mereka tetap menggunakan maklumat pertama dan maklumat awal sebagai panduan dalam keputusan yang dibuat.
Contohnya, Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru. Mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour (Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut. Mereka berulang kali menegaskan keinginan mereka untuk kekal dengan keputusan menggunakan sumber yang ada pada mereka sahaja untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar baru serta menghantar bekalan kepada pengkalan-pengkalan yang hampir dengan Jepun.
Keputusan Laksamana Kimmel dan penolongnya yang masih berpegang teguh kepada dasar dalam peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru menunjukkan dengan jelas sikap 'anchoring bias' yang menjadi halangan dalam keputusan mereka.
Di samping itu, terdapat halangan lain semasa mereka membuat keputusan tersebut. Terdapat unsur 'confirmation bias'. Halangan ini hanya menggunakan fakta untuk menyokong keputusan yang dibuat.
Dalam kes ini, semasa bermesyuarat, pcnolong-penolong Kimmel menyatakan bahawa Hawaii atau Pearl Harbour tidak disebut dengan khusus, sedangkan tempat-tempat lain seperti Filipina. Malaya serta tempat-tempat yang terpencil disebut secara khusus. Kimmel telah menerima penafian bahawa kekaburan mengenai kedudukan Pearl Harbour dalam amaran-amaran bererti ia tidak dianggap sebagai satu amaran, walaupun amaran yang diterima menunjukkan sebaliknya.
Oleh sebab Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kapada bahaya, beliau telah memutuskan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu adalah memadai.
Dalam kes ini, unsure 'confirmation bias' ketara dilihat apabila Kimmel menyatakan Pearl Harbor tidak berisiko kerana tidak disebut dengan khusus seperti Negara lain yang diserang.


No comments: