Tuesday, August 17, 2010

Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan THE TEENAGERS

1  .Pada pendapat kami,kegagalan Amerika di Pearl Harbour menampakkan bahawa kuasa besar tidak sehebat yang kita sangkakan bahkan boleh dikalahkan oleh oleh kuasa kecil seperti jepun . Walaupun struktur organisasi kerajaan Amerika Syarikat amat mantap tetapi jika tidak bekerjasama besar kemungkinan akan menerima kekalahan .
Pearl Harbour merupakan kubu utama dari sudut daratan dan lautan sebagaimana yang kita lihat dari petikan cerita ini yang mengatakan beribu kapal laut terdapat di perairan di Pearl Harbour . Kelengkapan perang dan sistem komunikasi di Pearl Harbour juga kelihatan kukuh . Pada perang dunia kedua,jepun telah mengadakan revolusi perang demi
menyambut saranan Maharaja Jepun ketika itu . Ketika itu jepun telah berjaya menguasai sebahagian besar dari Asia . Teknik peperangan jepun ketika juga sangat unik , askar jepun telah menggunakan basikal untuk melalui denai-denai kecil yang sukar untuk dilalui oleh kereta kebal jepun . Di samping itu,sebelum memulakan penaklukan jepun telah mempengaruhi minda rakyat bagi negara tersebut dengan melancarkan
propaganda yang menguar-uarkan mari bersama-sama jepun menubuhkan Asia Timur Raya . Kebangkitan Jepun ketika itu telah menyebabkan kuasa-kuasa besar membuat persediaan dengan rapi untuk berhadapan kemungkinan peperangan bersama Jepun.Pearl Harbour ketika itu telah ditadbir oleh Laksamana Kimmel.Sebelum berlakunya,pelbagai amaran telah dikeluarkan oleh pihak Amerka Syarikat sendiri.Laksamana Kimmel ketika itu lebih
mengutamakan program latihan untuk menyediakan anggota-anggota tentera yang penting yang dapat menyempurnakan tugasan.Bagi saya,perancangan ini adlah terbaik yang dilakukan oleh Laksamana Kimmel jika peperangan tersebut berlarutan dengan jangka masa yang panjang.Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya sedar akan risiko yang akan mereka hadapi tetapi tetap optimistik terhadap sesuatu tindakan yang dilakukan oleh Laksamana Kimmel.
Keputusan yang dibuat oleh Laksamana Kimmel boleh dikategorikan dalam rasional yang terikat.Keputusan yang dibuat oleh Laksaman Kimmel terikat dengan pelbagai halangan.contoh bagi halangan tersebaut ialah seperti persendirian dan persekitaran. Dari segi persendirian,Laksamana Kimmel menghadapi saat yang sukar dan dibuai emosi diri sendiri.
Hal ini menyebabkan keputusan yang dibuat adalah tidak rasional. Laksamana Kimmel kelihatan terburu-buru membuat keputusan. Dari segi persekitaran,Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar lama dan tidak membuat pembaharuan dalam struktur organisasi sendiri kerana pihak jepun telah arif mengenai dasar lama yang dilakukan oleh Laksamana kimmel.Mereka kelihatan sungguh optimistik tentang keupayaan Amerika Syarikat dan tidak membuat persediaan yang mencukupi.
Keputusan yang dilakukan Laksamana Kimmel tidak sebulat suara tetapi menggunakan kuasa majoriti dalam membuat keputusan. Dalam hal ini laksamana Kimmel telah melaksanakan pentadbiran model
Laksamana Kimmel juga bersikap acuh tak acuh dengan tentera darat dan laut dan beliau mengandaikan pihak tentera telah bersedia. Laksamana Kimmel mempunyai kebatasan untuk mengetahui bagaimana keputusan diproses dan lebih cenderung untuk memenuhi kebolehan pengurusan dan pengoptimum jumlah informasi. Hal ini menyebabkan kimmel tidak dapat mengetahui semua alternatif bagi semua keputusan yang mustahil.
Laksamana Kimmel telah menggunakan jalan pintas untuk membuat keputusan. Jalan pintas ini dapat dilihat apabila kimmel menerima sebulat suara dari penolong-penolongnya dan menyiapkan diri untuk peperangan dengan keadaan yang minimum. Apabila kimmel menerima maklumat dari ketua operasi tentera laut di Washington menyebabkan kimmel kelihatan resah. Dalam suasana yang cukup tidak rasional, kimmel ingin terus mengekalkan corak lama.Perbincangan yang dibuat kimmel juga menampakkan hanya terhad kepada
realiti semata-mata. Ketika itu kimmel tidak mempunyai masa,informasi atau keupayaan untuk menangani kesukaran yang berkaitan dengan rasional.Kimmel tidak kelihatan rasional apabila tidak menggunakan saluran-saluran komunikasi untuk mendapatkan informasi yang mencukupi untuk membuat keputusan
Kimmel juga menggunakan proses satisficing didalam hal ini. Panglima Kimmel juga mengamalkan model pentadbiran dalam membuat keputusan.Dalam hal ini,keputusan akan dimenangi oleh majoriti.Secara kesimpulannya tindakan Kinnel dan penolong-penolongnya telah menyebabkan kekalhan Amerika Syarikat di tangan Jepun.


. Pada pendapat kami,terdapat beberapa halangan  yang dihadapi oleh Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnye dalam mereka membuat sesuatu keputusan.KIta dapat lihat di sini dimana mereka beranggapan mudah dalam membuat sesuatu keputusan .Hal ini dapat dilihat dari perenggan kedua petikan ini.Berdasarkan petikan ini,mereka sebenarnya sedar akan risiko yang bakal dihadapi oleh mereka pada peringkat awal lagi sekiranya tiada persiapan yang efektif untuk peperangan.Namun begitu mereka bersikap sambil lewa kerana mereka merasakan mereka mempunyai masa yang panjang untuk melakukan persiapan dalam peperangan tersebut.Dalam situasi ini, Laksana Kimmel tidak menggunakan sikap 'rationality' dalam membuat keputusan.Sebagai seorang ketua,beliau seharusnya mempunyai sikap 'rational' dalam membuat keputusan.'Rationality' ini adalah penting kerana seseorang itu seharusnya mempunyai maklumat yang cukup dalam alternatif membuat sesuatu keputusan.selain itu 'rationality' membantu seseorang menyelaraskan sesuatu masalah dan memilih alternatif yang terbaik dalam membuat keputusan.Seterusnya ,halangan yang seterusnya kita dapat lihat sikap angkuh dan tidak endah akan amaran peperangan.Mereka tetap dengan sikap optimis mereka di mana mereka berpegang teguh dengan dasar mereka.Mereka hanya membuat rasionalisasi yang tidak berasas di mana dalam konteks pemikiran mereka Jepun tidak akan menyerang Pearl Habour.Dalam hal ini,mereka tidak menggunakan cara klasikal model dalam membuat keputusan.Mereka tidak berfikir secara logik dalam melakukan sebarang keputusan.Mereka membuat andaian mereka sendiri dalam membuat keputusan mereka.Inilah salah satu halangan yang dihadapi oleh mereka dalam bentuk pemikiran.Sekali lagi sikap beliau dan penolong-penolongnya menyebabkan beberapa halangan telah timbul dalam membantu mereka membuat keputusan yang terbaik.Apabila kita rujuk pada perenggan ke-3,pada 27 November 1941,Kimmel menerima maklumat yang jelas mengenai amaran perang dari Washington.Amaran yang telah diberi ini diaharapkan dapat menyedarkan Kimmel dan penolongnya dalam membuat persiapan peperangan namun sebaliknya berlaku.Mereka berbincang dan mereka hanya menekankan kepada perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran tersbut.Hasil dari mesyuarat tersebut mereka membuat konklusi bahawa Pearl Habour tidak terdedah kepada bahaya kerana tidak disebut secara khusus berbanding tempat-tempat yang lain.Pemikiran dan keputusan yang dilakukan oleh mereka tidak mengikut heuristika.Mereka tidak berusaha berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan.Mereka tidak membuat sebarang kebarangkalian semasa perbincangan tersebut.Ini mengundang perasaan selesa dalam kalangan mereka sehingga mengabaikan sebarang amaran peperangan.Pepatah melayu ada menyebut 'jangan biarkan pisang berbuah dua kali',namun dalam kes ini,Kimmel dan pembantunya tetap melakukan kesalahan yang sama.Setelah menerima amaran daripada markas tentera laut Amerika Syarikat,mereka telah mengadakan perbincangan yang lama.Kimmel sedar bahawa pihak Jepun sedang membuat persiapan terakhir sebelum melancarkan serangan.Mereka membuat analisis dan mempertikaikan kod "kebanyakan" yang digunakan oleh Jepun.Akhirnya mereka sekali lagi mengambil remeh tentang perkara tersebut dan tidak mendapatkan sebarang rujukan maklumat dari Washington.Dalam hal ini, Kimmel dan penolongnya tidak mempunyai peranan 'cognitive tool'.Mereka tidak memahami tiga konsep dalam peranan ini iaitu persepsi ingatan dan perhatian.Setiap perkara yang diberikan kepada mereka hanya diambil remeh dan tiada perhatian dan penelitian yang sempurna dalam analisis mereka.Kesimpulannya,kita dapat dilihat di sini bahawa sikap Kimmel dan penolongnya adalah punca kepada halangan dalam membuat keputusan yang bernas dan tepat.

No comments: