PERSOALAN:
1.Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?
Peristiwa Pearl Harbour yang melibatkan Laksmana Kimmel sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat adalah contoh terabik bagi "Garbage Can Model" dimana organisasi tidak rasional dan keputusan yang diambil tidak menyelesaikan masalah. Laksmana Kimmel dan penolong-penolongnya menerima banyak amaran mengenai kemungkinan berlakunya peperangan.Laksmana kimmel dan pengikutnya juga sedar akan risiko yang mareka hadapi sekiranya mereka tidak bersiap sedia rnenghadapi peperangan dengan Jepun.Namun mereka bersikap optimis dan merasakan bahawa mereka masih mempunyai banyak masa untuk membuat persiapan menghadapi serangan Jepun. Pada akhir musim luruh 1941,mereka masih berpegang teguh dan mengenepikan setiap amaran baru.Mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour (Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut.Beliau telah mengabaikan amaran dan hanya membuat rancangan mengutamakan progam latihan tentera baru dan penghantaran bekalan ke pengkalan yang berdekatan dengan jepun. Disamping itu,mereka telah mewujudkan rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas untuk menyedapkan hati masing-masing.Ini dapat dibuktikan apabila mereka tidak berniat mengubah rancangan dan masih memberi cuti hari Minggu kepada tentera di Pearl Harbour.Kapal-kapal perang Armada Pasifik juga dibenarkan berlabuh walhal kebarangkalian untuk serangan mengejut oleh Jepun adalah amat tinggi.Perbincangan antara mereka turut dilaksankan,tetapi akibat dibuai emosi, semua usaha ini umpama mencurah air ke daun keladi. Perkara ini berlanjutan sehingga November 1941.ketua operasi tentera laut di Washington telah memberi amaran jelas tentang ancaman perang.Kimmel sedar tetapi masih tidak memantapkan lagi langkah berjaga-jaga.Beliau menganggap usaha yang terhad selama ini telah memadai.Sikap "satisficing" yang ada dalam diri kimmel dapat dilihat jelas dengan tindakan tersebut.
Laksmana Kimmel juga tidak mengambil endah apabila tidak langsung bertanya kepada tentera darat tentang persediaan menghadapi peperangan.Pada 3 Disember, perbincangan yang lama telah diadakan,namun analisa yang tidak tepat mengenai arahan Tokyo yang menyebut 'kebanyakan' tapi bukan 'kesemuanya' telah dikeluarkan mereka hanya menunggu dan melihat tanpa membuat sebarang penambahbaikan. Pada 6 Disember,seorang penolong yang terlampau yakin Jepun tidak akan menyerang Pearl Harbour telah disokong ramai sekaligus mempengaruhi Kimmel."Bahawa apa yang telah kami laksanakan adalah memadai dan kami akan kekal dengannya" telah dijadikan kata putus.Keesokan harinya Pearl Harbour telah diserang.Peristiwa ini telah membuktikan ketidakrasional Laksmana Kimmel membuat keputusan hingga menyebabkan kerugian yang amat besar bagi Amerika Syarikat. 2.Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan? Serangan Pearl Harbour pada 7 Disember 1941 boleh di klasifikasikan sebagai situasi rumit dimana ia melibatkan ribuan nyawa yang terkorban dan kerugian banyak harta dan kewangan bagi Amerika Syarikat.Ambiguity (kekaburan) melihat situasi ini ke tahap paling sukar,tanpa mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas serta ketiadaan maklumat yang menyeluruh.Halangan yang menyekat keputusan daripada menyertai masalah dalam kes Pearl Harbour adalah merangkumi 3 skop utama iaitu halangan emosi,kepincangan stratergi dan masalah komunikasi. Halangan emosi adalah yang paling utama dimana ia menimpa Laksmana Kimmel dan penolong-penolongnya.Laksmana Kimmel terlayu yakin dan ego akan keputusannya yang hanya membuat persiapan terhad walaupun telah menerima amaran perang sejak awal lagi iaitu ketika musim panas 1941.Beliau turut memandang rendah kepada pihak Jepun dan menbuat andaian tanpa rasional yang berasas.Penolong Kimmel juga menambahburukkan keadaan apabila hanya bersetuju tanpa sebarang bantahan.Emosi yang tidak stabil akan mengundang kepada frasa di mana usaha yang dicurahkan tidak diberikan seratus peratus. Halangan kedua yang memberikan kesan yang besar adalah kepincangan stratergi.Walaupun menerima beberapa kali amaran tentang serangan di Pearl Harbour, Laksmana Kimmel hanya menambahkan persiapan ketenteraan di kawasan yang berdekatan Jepun tanpa mengambil kira keselamatan Pearl Harbour.Para tentera tetap diberi cuti hujung minggu manakala kapal-kapal Armada pasifik masih diberi kebenaran untuk datang berdagang.Ini sekaligus telah mengundang bahaya penduduk tempatan. Masalah komunikasi telah menjadi halangan ketiga di mana komunikasi tak telus diantara Laksmana Kimmel dan wakil tentera darat di Pearl harbour.Laksmana Kimmel tidak bertanya lebih lanjut tentang kesahihan amaran perang sebaliknya hanya memilih untuk berpeluk tubuh dan terus menunggu.Komunikasi tidak jelas juga berlaku antara beliau dan pengikut-pengikutnya yang membuat analisa secara tidak rasional dengan hanya memegang kata kunci 'kebanyakannya' bukan 'kesemuanya'.Masalah ini bertambah serius apabila Laksmana Kimmel tidak melaksanakan arahan yang diterima daripada pihak Washington.Surat amaran daripada Laksamana Stark juga diabaikan begitu sahaja.Akhirnya, pada keesokan harinya,& Disember 1941 Pearl Harbour telah diserang oleh pihak Jepun sekaligus menyebabkan kehilangan nyawa dan harta.
|
No comments:
Post a Comment