Tuesday, June 15, 2010

FAQs Tugasan 2

Di bawah ini adalah pertanyaan yang lazim ditanya (FAQs) berserta dengan jawapan saya yang dipetik daripada chatroom. Sebelum tanya apa-apa soalan, sila rujuk dulu di sini, kemungkinan boleh dijadikan panduan.

Kkina: Boleh saya dapat penerangan mengenai verbatim? kita perlu transkripkan semula rakaman yang dibuat kan?termasuk suara dari penanya jgk?
Ayahlong: Verbatim ialah tulis seperti yang diucapkan, perkataan demi perkataan, dlm bentuk dialog. Suara drp informan x perlu hantar, tapi boleh hantar jika rasa boleh bantu naikkan markah.

Sherling: Dalam bahagian dapatan, (min 4 pint)untuk informan membuat keputusan.yang min 4 point itu ialah setiap informan sekurang-kurangnya mesti mempunyai 4 point atau semua informan sekurang-kurangnya ada 4 point?
Ayahlong: Secara keseluruhan (semua informan) empat point

Lai: Bagi bahagian dapatan secara keseluruhan iaitu Jadual/ ringkasan dan Deskripsi biodata informan yang ditulis dalam satu perenggan,adakah kami perlu pilih dan tulis maklumat bagi 1 informan sahaja atau semua informan?
Lai: ZT2263.Salam sejahtera,ayahlong.Bagaimanakah kami kaitakan cabaran yang dihadapi dengan konsep yang dipelajari dalam kuliah bagi perbincangan secara keseluruhan? Contohnya,cabaran kesuntukan masa. Terima kasih.
Ayahlong: Bagi bahagian dapatan secara keseluruhan iaitu Jadual/ ringkasan dan Deskripsi biodata informan yang ditulis dalam satu perenggan, tulis maklumat bagi semua informan. Bagaimana kaitkan cabaran yang dihadapi dengan konsep yang dipelajari dalam kuliah contohnya,cabaran kesuntukan masa- boleh kaitan dengan bounded ratuionality, heuritika dsb.

Anon6384: salam..ayahlong..saya nk tanya tentang kertas kerja membuat keputusan, mcm mana nak buat dokumentasi dapatn yang bahagian lampiran tu eh?
Ayahlong: dokumentasi dapatn yang bahagian lampiran. Sepatutnya ini dilakukan selepas setiap orang interview informan. Lepas interview dengar balik rakaman atau baca balik transkrip dan buat ulasan/dokumentasi apa yg difaham drp informan tersebut

Anon7155: maksudnya ulasan itu perlu kaitkan dengan pe yang belajar dalam kuliah ke?
Ayahlong: Ulasan itu menjawab 2 soalan kajian (1) bagaiamana informan tersebut membuat keputusan (2) apa cabaran yang dihadapi informan tersebut dalam membuat keputusan.

Anon7016: salam ayahlong, macam maner nak kembangkan dapatan? jadual biodata, deskripsi.
Anon7489: salam ayahlong, macam maner nk kembangkan dapatan? jadual biodata, deskripsi biodata 1 perenggan, bagaimana mereka MK dlm bentuk pointfom, apa cabaran yang dihadapi semasa MK dlm bentuk pointform. saya dapat dlm 2 muka surat. boleh kembang lagi tak?
Ayahlong: Macamana nak kembangkan dapatan? Tak perlu kembangkan, buat saja apa yang ditentukan. Yang perlu dikembangkan ialah perbincangan.

aa125035: Boleh saya bertanya. kaedah kajian yang sepatutnya ditulis berdasarkan dua metod iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif atau terus sahaja nyatakan kaedah secara rakaman temubual.. itu sahaja. terima kasih.
Ayahlong: Terus saja nyatakan bahawa kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif di mana data dikutip menerusi temubual berstruktur.

No comments: