Monday, August 9, 2010

Tutorial 9 Ogos 2010

KES ADMIRAL KIMMEL DI PEARL HARBOUR

Pada musim panas tahun 1941, ketika hubungan di antara Amerika Syarikat dengan Jepun mula tegang, Laksamana Kimrnel, Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat, menerima banyak amaran mengenai kemungkinan berlakunya peperangan. Beliau kemudian mombuat perancangan yang mengutamakan program latihan untuk menyediakan anggota-anggota penting yang dapat menyempurnakan tugas-tugas mereka dan dapat memastikan agar penghantaran bekalan kepada pengkalan-pengkalan Amerika di Timur Jauh berjalan dengan licin.

Perancangan itu mengambil kira kemungkinan berlakunya peperangan yang barlarutan dengan Jepun dan kesukaran yang akan dihadapi dalam menggerakkan tenaga manusia dan sumber-sumber yang terhad. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya sedar akan risiko yang mareka hadapi sekiranya mereka tidak bersiap sedia rnenghadapi peperangan dengan Jepun. Kos yang tinggi akan dialami untuk menghadapi peperangan yang sebegitu. Mereka bersikap optimistik tentang keupayaan untuk merumuskan satu rancangan perang dan merasakan masih mempunyai banyak masa untuk melaksanakannya.

Tetapi. pada akhir musim luruh tahun 1941, apabila tanda- tanda menjadi semakin jelas, sikap dan kelakuan mereka mula berbeza. Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya masih berpegang teguh kepada dasar yang telah mereka rumuskan pada peringkat awal dan mengenepikan setiap amaran baru. Mereka gagal untuk mengambil perhatian petanda-petanda yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa Pearl Harbour (Hawaii) mungkin akan menjadi sasaran serangan mengejut. Mereka berulang kali menegaskan keinginan mereka untuk kekal dengan keputusan menggunakan sumber yang ada pada mereka sahaja untuk melatih kelasi-kelasi dan askar-askar baru serta menghantar bekalan kepada pengkalan-pengkalan yang hampir dengan Jepun. Mereka telah  tidak memberi perhatian kepada usaha mewujudkan satu sistem amaran yang akan memberi keutamaan kepada rnereka dalam mempertahankan Pearl Harbour daripada serangan musuh.
Walaupun mereka mengetahui bahawa mereka dan bahagian-bahagian lain daripada angkatan tentera Amerika Syarikat tidak bersedia untuk menghadapi peperangan, me¬reka membuat rasionalisasi-rasionalisasi yang tidak berasas. Pihak Jepun, pada fikiran mereka, tidak akan menyerang mana-mana kawasan Amerika Syarikat. Walaupun ada kemungkinan Jepun akan menyerang, serangan itu tidak mungkin dilakukan ke atas Pearl Harbour. Mereka tidak nampak sebarang alasan untuk mengubah perancangan mereka. Cuti hari minggu tetap diberikan kepada kebanyakan anggota tentera laut di Pearl Harbour. Banyak kapal-kapal perang dalam Armada Pasifik yang dibenarkan berlabuh di situ akan menjadi sasaran yang mudah untuk diserang.

Kimmel kerap membincangkan mengenai setiap amaran peperangan yang diterimanya dengan penolong-penolongnya. Tetapi, adakalanya beliau dibuai emosi tampil meminta jaminan (tentang pendirian mereka) daripada penolong-penolongnya. Beliau bersama-sama dengan mereka memegang rasional-rasionalnya. Oleh itu, sikap ini mengukuhkan lagi keputusannya untuk mengenepikan amaran-amaran yang diterimanya. Umpamanya, pada 27 November, 1941. Kimmel talah menerima maklumat yang jelas mengenai amaran perang daripada ketua operasi tentera laut di Washington. Amaran ini telah menimbulkan keresahannya, tetapi tidak pula menggerakkan beliau untuk mengambil langkah-langkah pertahanan yang baru.

Maklumat ini adalah sebagai susulan kepada amaran-amaran yang telah disampaikan kepada Kimmel tiga hari sebelum itu Susulan ini menyatakan bahawa kemungkinan perang dengan Jepun adalah amat besar. *Satu serangan mengejut daripada mana-mana arah termasuklah ke atas Filipina atau Guam adalah satu kemungkinan," menurut maklumat itu lagi. Amaran itu menyatakan. "tindakan perang oleh Jepun adalah dijangka dalam masa beberapa hari. Kimmel diarahkan untuk melaksanakan langkah-langkah pertahanan yang berpatutan sebagai persediaan untuk melancarkan rancangan perang tentera laut.

Ancaman yang dinyatakan melalui amaran-amaran ini sepatutnya sudah mencukupi untuk mendorong Kimmel berbincang dengan penolong-penolongnya tentang langkah-langkah yang perlu diambil. Tetapi, perbincangan mereka hanya terhad kepada realiti perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran-amaran ini. Semasa bermesyuarat, pcnolong-penolong Kimmel menyatakan bahawa Hawaii atau Pearl Harbour tidak disebut dengan khusus, sedangkan tempat-tempat lain seperti Filipina. Malaya serta tempat-tempat yang terpencil disebut secara khusus. Kimmel telah menerima penafian bahawa kekaburan mengenai keduduken Pearl Harbour dalam amaran-amaran bererti ia tidak dianggap sebagai satu amaran, walaupun amaran yang diterima menunjukkan sebaliknya.

Sikap jumud dalam gaya pemikiran Kimmel dapat dilihat daripada ketidakadilan beliau menggunakan saluran-saluran komunikaai yang ada pada beliau untuk rnendapat penjelasan daripada Washington. Beliau telah menyetujui pendapat yang diutarakan oleh penolong-penolongnya dan telah membuat kesimpulan bahawa tidak wujud sebarang kemungkinan serangan mengejut ke atas Pearl Harbour pada ketika itu.
Oleh sebab Kimmel menganggap bahawa Pearl Harbour tidak terdedah kapada bahaya, beliau telah memutuskan ba¬hawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu adalah memadai. Pada ketika yang sama, beliau mengandaikan bahawa kesemua unit tentera darat di Hawaii telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepenuhnya dengan unit-unit Meriam Penangficia kapal terbang dan radar berada dalam keadaan bersiap sedia. Di sini beliau telah menunjukkan juga sikap kurang mengambil endah dan tidak bertanya dengan mereka tentera darat tentang langkah-langkah yang telah diambil.

Akibatnya, apabila keadaan sudah terlambat, barulah Kixnmel mendapati bahawa pihak tentera darat juga hanya berada pada tahap langkah berjaga-jaga yang terhad dan usaha mereka hanya tertumpu kepada mempertahankan kernudahan-kemudahan ketenteraan dan menghadapi kernungkinan  sabotaj   daripada  kalangan  penduduk  ternpatan.

Pada 3 Disember, 1941. Kimmel telah mengadakan perbincangan yang lama dengan penolong-pcnolongnya selepas menerima amaran daripada rnarkas tentera laut di Washington bahawa ahli-ahli kriptograf Amorika Syarikat telah berjaya momecahkan kod satu maklumat rahsia yang dihantar oleh Tokyo kepada semua pejabat-pejabat diplomatiknya di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia yang mengarahkan diplomat-diplomat Jepun untuk memusnahkan kod-kod rahsia mereka.  Kimmel sedar bahawa arahan sebegini bererti Jepun sedang membuat persediaan-persediaan terakhir sebelum melancarkan serangan ke atas Amerika Syarikat. Sekali lagi. Kimmel dan pembantunya talah menumpukan perhatian mereka kepada memulai perkataan-perkataan yang digunakan dalam amaran ini. Mereka membuat analisis bahawa arahan yang dikeluarkan oleh Tokyo telah menyebutkan "kebanyakan" daripada kod dan bukan 'kesemuanya. Mereka menyimpulkan bahawa pemusnahan lebihan daripada kod itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga oleh pihak Jepun dan bukan sebagai persediaan untuk perang. Sekali lagi, tidak ada usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Washington mengenai bagaimana bahagian perisikan menafsirkan maklumat itu.
Pada 6 Disember iaitu hari sebelum serangan dilancarkan oleh Jepun, Kimme mula sedar bahawa himpunan maklumat yang banyak menunjukkan tanda-tanda yang menamakan. Selain amaran-amaran rasmi mengenai perang pada minggu sebelumnya, beliau talah menerima surat daripada Laksamana Stark di Washington yang menyatakan bahawa Presiden Roosevelt dan Setiausaha Negera Hull kini meraaakan bahawa pihak Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan mengejut.

Pada hari yang sama juga, Kimmel talah menerima arahan daripada Laksamana Stark untuk memusnahkan dokumen-dokumen rahsia di semua pengkalan-pengkalan Amerika Syarikat di pulau-pulau Pasifik. Federal Bureau of Investigation (FBI) pula telah memaklumkan pada Kimmel bahawa mereka telah mendapati kakitangan Konsul Jepun M Hawaii talah membakar dokumen-dokumen sejak dua hari yang lalu. Sementara itu, ketua perisik tentara laut Kimmel telah memaklumkan kepadanya bahawa mereka gagal untuk mengesan kedudukan kapal-kapal pembawa kapal terbang Jepun.

Amaran-amaran yang begitu banyak yang diterima oleh Kimmel telah menyebabkan beliau berfikir semula mengenai keadaan yang sedang dihadapinya. Pada tengah hari 6 Disember, sambil memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang perlu dihadapinya, beliau menyatakan kebimbangan kepada penolong-penolongnya. Beliau risau dengan keselamatan kapal-kapal perang Amerika Syarikat di Pearl Harbour memandangkan pihak Jepun sedang membuat persediaan untuk menyerang. Walaubagaimanapun, salah seorang daripada penolongnya telah meyakinkan beliau bahawa pihak Jepun tidak akan mampu untuk menyerang Pearl Harbour kerana kebanyakan daripada kekuatannya terikat di Asia. Penolongnya yang lain pula memberi jaminan bahawa langkah berjaga-jaga yang terhad yang telah diambil memadai. Kami mengambil keputusan, “kata Kimmel kemudiannya, “bahawa apa yang telah kami laksanakan adalah memadai dan kami akan kekal dengannya”. Demikianlah kata Kimmel sambil bertolak untuk menghadiri parti pada petang itu.

Pada keesokan harinya, 7 Disember, 1941, Jepun telah menyerang Pearl Harbour.

PERSOALAN
Apakah pendapat anda tentang cara Laksamana Kimmel dan penolong-penolongnya berfikir?
Apakah halangan-halangan yang wujud dalam cara mereka membuat keputusan?

Sumber: Rozhan Othman, Pengurusan Dakwah.

ARAHAN UNTUK HANTAR JAWAPAN

Sila jawab 2 soalan tersebut berbentuk esei (250 - 300 perkataan setiap satu soalan, ini bermakna lebih kurang 500-600 perkataan semuanya). Kaitkan jawapan anda dengan apa yangtelah dipelajari di kuliah. Sila jangan guna fail attachment untuk hantar jawapan sebaliknya taip terus dalam e-mail atau di copy pastekan daripada notepad (Word juga boleh tapi mungkin ada error). Gambar berkaitan boleh dihantar dengan cara guna attachment.

Sila hantar jawapan tutorial anda ke blog dengan menaip "Kes Admirel Kimmel- Jawapan Kumpulan XXX' (di mana XXX adalah nama kumpulan anda) pada subjek e-mail dan menghantar ke alamat berikut: ayahlong_azm.tutorial_kmk[at]blogger.com dan cc kepada pensyarah2263[at]gmail.com

Tarikh akhir hantar ialah pada Isnin 16 Ogos. Ada markah penyertaan. Gantikan [a] pada alamat e-mail di atas dengan @.

No comments: